SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

NAK BERINTERAKSI DENGAN PEMIMPIN? SEMAKIN MUDAH.....

Posted by Anonymous Tuesday, July 5, 2011


Najib Pelawa Orang Ramai Sertai Perbincangan Meja Bulat Mengenai Bajet 2011

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa orang ramai mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat berkaitan Bajet Negara 2012 bertajuk 'A Budget for Sustainable Growth' menerusi blog beliau www.1malaysia.com.my

Beliau berkata orang ramai masih boleh memberi pendapat mengenai tajuk itu dengan menyertai perbincangan meja bulat tersebut yang kini berbaki 13 hari.

Dalam entri terbaru dalam blog beliau, Najib berkata sepanjang dua tahun pentadbirannya, beliau telah mengambil pendekatan yang lebih terangkum terhadap pembentukan dasar.

"Salah satu contohnya ialah perumusan Bajet Negara. Bagi Bajet 2010 dan 2011, saya telah mendapatkan input daripada rakyat dengan mempelawa semua rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan cadangan menerusi blog saya untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan," katanya.

Najib berkata dalam Bajet 2011, rakyat boleh dapati bahawa melalui kaedah itu, kerajaan telah membentangkan beberapa cadangan termasuk memperkenalkan dasar gaji minimum, skim bantuan kewangan untuk golongan muda dan keluarga serta pelaburan dalam teknologi hijau yang diilhamkan daripada hasil input dari rakyat Malaysia.

"Tahun ini, perumusan Bajet juga perlu mengambil kira satu fenomena global: kos makanan dan petrol yang semakin meningkat.

"Peningkatan jumlah penduduk dunia secara pantas, ditambah pula dengan usaha berterusan pelbagai negara untuk mencapai kemajuan dan perindustrian telah meningkatkan penggunaan bahan bakar dan makanan," katanya.

Pada masa yang sama, kata Perdana Menteri, para pengeluar makanan dan bahan bakar sedang bergelut untuk memenuhi permintaan pengguna dan cabaran perubahan iklim dunia.

Menurutnya masalah itu bukan dihadapi oleh Malaysia sahaja, malah banyak lagi negara lain yang lebih terancam akibat situasi itu dan semakin ramai penduduknya yang diselubungi kemiskinan.

"Sungguhpun kerajaan masih mengekalkan subsidi yang besar terhadap beberapa barangan utama untuk meringankan bebanan kewangan rakyat, namun adalah tidak munasabah untuk kekal sebegini sedang kita berusaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi.

"Perlu diingat bahawa Malaysia sedang berusaha ke arah menjadi sebuah negara berstatus maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, dengan pendapatan per kapita US$15,000 dan negara juga sedang berhadapan dengan suasana ekonomi dunia yang masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis kewangan 2008," katanya.

Perdana Menteri juga mengemukakan tiga soalan untuk dibincangkan bersama-sama orang ramai dalam perbincangan meja bulat itu iaitu:

Apakah bidang atau golongan rakyat yang perlu diberi perhatian dalam Bajet 2012 yang boleh menjamin pertumbuhan jangkamasa panjang dan berdaya kekal?

Adakah Bajet ini lebih wajar tertumpu kepada kebajikan rakyat atau pembangunan ekonomi? Kebaikan jangka pendek atau jangka panjang?

Bagaimanakah Kerajaan boleh meningkatkan lagi ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan Bajet ini?

-- BERNAMA



0 Responses to NAK BERINTERAKSI DENGAN PEMIMPIN? SEMAKIN MUDAH.....

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ