SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani.

Posted by detguaq12 Saturday, July 9, 2011



Setelah puas menunggu, sepertinya juga musim durian yang semakin galak buah-buahnya yang masak dan guugr untuk dilahap oleh penagih durian, akhirnya UMNO Bahagian Sungai Petani (UBSP) bermesyuarat pada hari ini.  Ketika aku beredar tadi, aku nampak perwakilan-perwakilan sedang keluar mengikut cawangan masing-masing dengan teratur dan keadaan agak teang serta terkawal.

Ketika di Kuala Lumpur, lembu-lembu Ambiga terus diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang berdegil dan masuk keKL serta berlindung dibeberapa buah hotel seperti KL international dan Hilton perwakilan UMNO Sungai Petani nampaknya begitu bersemangat.  Kumpulan penyokong Ali Yahya(GPA), penyokong GAA dan perwakilan yang tidak menyebelahi kepada mana-mana kumpulan berada didalam dan luar dewan dengan tujuan yang sama, iaitu memenuhi peraturan parti yang menetapkan setiap UMNO Bahagian wajib mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan hari ini adalah tarikh terakhir manakala Sungai Petani rupanya menempa sejarah sebagai Bahagian yang terakhir mengadakan Mesyuarat Perwakiklan Bahagian. Ibaratnya kalau berlumba lari, pelari yang bernama UBSP adalaj yang terakhir  melintasi garisan penamat larian.  Tahniah kerana masih mampu menghabiskan larian anda walaupun nampak tercungap-cungap dengan teruk.

Aku yang berada sejak awal lagi  memang mengharapkan mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar berbanding mesyuarat yang telah diadakan pada tahun lepas kerana ingin melihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri samada mesyuarat kali ini sama seperti tahun lepas atau sebaliknya.

Ternyata rupa-rupanya telah ada perancangan dari kumpulan yang menyokong Ketua UBSP(GPA) untuk mengadakan mini protes ala-ala demonsrtrasi bagi mempertikaikan  beberapa perkara yang mereka berasa tidak puas hati.  Namun ianya langsung tidak mengganggu perjalanan mesyuarat di mana perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah.  Manakala Timbalan Pengerusi BPUNK Dato' Mukhriz Tun Mahathir turut berucap mewakili UBSP (dan Ketuanya).

Ternyata kesemua perwakilan nampaknya akur dengan perancangan yang diatur sebegitu rupa bagi mengelakkan ketegangan semasa perasmian mesyuarat seperti yang telah berlaku pada tahun lepas.

Selepas selssai perasmian oleh Pengerusi BPUNK, satu sidang akhbar telah di adakan bagi menerangkan kedudukan atau status UBSP dan tindakan perlu oleh BPUNK dan UBSP sendiri yang di terangkan oleh Dato' Paduka Ahmad Bashah dan Timbalan beliau, Dato' Muhkriz Tun Mahathir.

Beberapa segmen video clip dan audio ucapan oleh Dato' Muhkriz juga Dato' Paduka Ahmad Bashah akan aku upload kemudian.

**UMNO kumpul orang untuk fikirkan KEMAKMURAN
Pembangkang kumpul lembu untuk bagi KECAMUKAN!!!

7 Responses to Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani.

  1. Anonymous Says:
  2. orang dokkalut kat KL hangpakalut dok bergadu....menyampah

     
  3. Anonymous Says:
  4. aku kesian kat ali yahaya baru sahaja jadi ketua bahagian dah kena gantung.Kawan baik dia Raman Padang Serai dah kena letak jawatan.Mereka terima nasib yg sama.Demi UMNO SP dan UMNO Kedah aku syorkan agar Ali undur terus dari jawatan KB SP.Masa depan Ali sudah gelap baginya.Bung masa sahaja.Berilah tokoh lain pimpin UMNO SP agar masa depan UMNO SP terus menyinar.Ali yahaya telah gagal memimpin UMNO SP yg sedang jadi pembangkang di Kedah.Ali yahaya jangan tamak dan haloba.Letakkan perti UMNO didepan.Ali Yahaya mempunyai banyak kelemahan peribadi serhingga gagal tadbir UMNO SP.Eloklah Ali undur diri .Bagi UMNO bernafas semula.Kalau tidak tentu sekali akan hancur.Ini lah lemahnya zaman Ali Yahaya jadi KB Sg Petani.Siapa lagi nak hormat UMNO kalau UMNO kacau bilau.Ambil iktibar apa yg sedang berlaku di KL angkara BERSIH kerana UMNO dilihat rapuh.Kalau UMNO kuat tentu sekali BERSIH tak wujud.Wahai pemimpin UMNO janganlah pentingkan diri macam di SP ini.Kalau sayang UMNO Ali undur lah kerana kehadziran kamu memrugikan UMNO.Terima kasih sdr Det Guaq kerana begitu susah payah buat laporan ini.Rupanya kita sahaja yg tak ada kepentingan ini begitu sayang dan cinta dengan jasa UMNO.Tanpa jawatan pun kita berkorban.Sebaliknya manusia ego dengan kuasa akan membuat parti kesayang melayu rosak.Terima kasih DetGuaq.Maaf no kalau kasar sikit.

     
  5. AtAs PaGaQ Says:
  6. > bagi ler contoh yg terbaik ...wahai semua ketua2 umno seluruh tanah melayu!!!
    > jgn dok bergocoh/serang sama sendiri
    > nanti menang sorak...kg tergadai

    atas pagaq
    jitra

     
  7. MAYA as Says:
  8. DiKedah 2 Bahagian ada masaalah besar:

    1.UMNO Padang Serai;
    Ketua bahagian Rahman telah diarah letak jawatan kerana isu dirinya yang hampir sama Anwar Berahim.Beliau telah pun letak jawatan.
    2.UMNO Sungai Petani:
    Ketua bahagian Ali Yahaya digantung jawatan kerana gagal mentadbir UMNO Sungai Petani denagn baik.UMNO Sungai Petani sekarang di tadbir oleh panel dari UMNO Kedah yg diketuai oleh Dato Mukriz.


    Itu dua ketua bahagian yang imej mereka cukup rendah dan memalukan UMNO.Kalau macam ini ada harapan kah UMNO nak tawan Kedah semula.

    Apa yg jelas kelemahan Pimpinan UMNO Kedah turut menyumbang pada krisis UMNO di Kedah.Lambat bertindak.Lambat selesai masaalah.Lambat beri nasihat.Lambat panggil pemimpin bahagian.

    Jalan terakhir agaknya UMNO Kedah pun elok juga digantung dan ditadbir oleh Majlis Tertinggi pula.Ini kerana UMNO Kedah teramat lemah dan lembik.

    Bolehkag UMNO /BN menang pada PRU 13 nanti......Penataq hujah tolong jawab sat.Atau pun syok sendiri

     
  9. Anonymous Says:
  10. Det Guaq!!! Terima Kasih atas ambik berat hang ke atas UBSP walaupun BUKAN JK. Aku sgt setuju dgn anon 11.06. Kalau benar Ali berdarah UMNO, dia mesti letak jawatan KB. Pebetui dulu cawangan sendiri. Jangan dok kuat sangat main wayang. Petang Jumaat punyanya la sedih derama nak letak jawatan, pagi sabtu baik punya sepandok hang upah depa angkat depan Dato Mukris. Malangnya silap timing, pengarah derama mana ajak angkat sepandok sambil nyanyi lagi UMNO tibai pulak UMNOPN, wakil Majlis Tertinggi UMNO. . . . . Tahniah wakil CBakaq Kapoq yg mendedahkan punca sebenaq masalah UBSP. Dari KBSP sampai ke AJKBSP semua takmau tanggungjawab. DAN Majlis Tertinggi UMNO pun bukan lah BUTA PERUT & MATA tak nampak apa yg sebenaqnya berlaku. Kepada 4 ucapan penangguhan, TIPU lah diri sendiri lagi. Det Guaq.......hang memang jantan.

     
  11. Salam Det,

    Sepanjang pemerhatian saya, persidangan telah berjalan dengan baik walaupun dicemarkan dengan insiden "berdemo" oleh penyokong Ketua Bahagian(KB) yang tidak puas hati terhadap beberapa tindakan BPUNK.

    Namun, sebelah petangnya semasa ucapan penangguhan KB menyatakan beliau menyokong apa jua tindakan yang diambil oleh BPUNK demi perpaduan UMNO SP.

    Apa makna semuanya ini, kalau sebelah pagi menentang, petangnya pula menyokong tindakan BPUNK. Sekarang dimana muka ketua-ketua cawangan yg menyokong beliau nak letak bila KB telah berpaling tadah menyokong BPUNK. Akhirnya sapa yang cabuk!!!! Fikir-fikirlah sendiri!!!

    Tahniah kepada Cikgu Md. Akhir, terima kasih kepada Det Guar yang sudi ke SP dan sembang-sembang dengan kami disini, InsyaAllah umur panjang kita jumpa lagi.

     
  12. detguaq Says:
  13. Anakpantaimerdeka,

    Saya juga ingin mengucapkan terimakasih atas keramahan tuan, walaupun baru sekali kita bertemu. terima kaih juga cikgu sham dan rahim tokey restoran tepi sungai(stesen bas) kerana sudi berkongsi kisah.

    Walaupun UBSP aku anggap 'ground zero', terserahlah kepada ahlinua sendiri untuk membangunkan kembali UBSP. Tetapi aku optimis, jika Najib 'apply' formula winnable candidate, aku yakin selepas PRU13 sekiranya parllimen SUngai Petani dan ketiga-tiga DUNnya di rampas kembali, tapak ground zero UBSP akan dengan cepat membangun semula dan lebih utuh, insyaAllah.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO