SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Aku juga musykil dengan kemusykilan ini.

Posted by DETGUAQ11 Wednesday, July 6, 2011



Tujuh kemusykilan Sinar Harian

Banyak pihak berasa sedikit lega apabila Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 bercadang untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka ingin menyuarakan hasrat mengadakan perhimpunan aman di stadium. Dan, Perdana Menteri sudahpun menyuarakan kesediaan beliau untuk membenarkan perhimpunan itu diadakan di situ, dengan syarat para pesertanya ‘pergi dengan aman, perhimpunan diadakan secara aman dan pulang dengan aman.’

Perhimpunan di stadium tentulah lebih baik, lebih bertanggungjawab dan lebih bertamadun. Namun, keputusan menukar bentuk perhimpunan itu sebenarnya membuatkan pihak-pihak yang terlibat perlu mengubah pula pelan masing-masing, tidak kira sama ada mengaplikasikan plan B mahupun back to the drawing board kerana pendekatan, bentuk dan kesan perhimpunan itu sendiri sudah bertukar wajah.

Benar, daripada satu segi, langkah ini mengendurkan bahang konflik emosi. Namun, apabila sesuatu cabaran itu dapat diselesaikan, cabaran yang lain pula yang timbul. Dan tidak semestinya cabaran hasil daripada keputusan yang diambil itu lebih rendah risikonya. Dinamika situasi ini harus ditangani dengan cermat. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aktiviti manusia ramai yang pastinya akan terpengaruh dengan mob psychology.

Inilah yang menjadi kemusykilan kami di Sinar Harian. Kami berfikir, berbincang, bertelagah dan akhirnya sependapat, perhimpunan di stadium juga bakal menimbulkan pelbagai implikasi. Terdapat tujuh kemusykilan yang harus diambil perhatian dan perlu ditangani segera sebelum 9 Julai ini.

Pertama, apakah membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 itu bermakna Bersih 2.0 itu bukan lagi pertubuhan haram? Atau, apakah kini ia sudah halal? Akta apakah yang menghalalkannya? Atau, apakah Bersih 2.0 dibenarkan bergerak atas budi bicara ia sebagai sebuah jawatankuasa sementara dan perlu didaftarkan sebagai sebuah persatuan?

Kedua, apakah perhimpunan di stadium itu membolehkan para penyokong datang ke stadium dengan baju Bersih 2.0? Seandainya iya, ironinya ialah baju yang diharamkan kerana ia menggambarkan Bersih 2.0 kini sudah dihalalkan. Bagaimana pun, adalah pelik pula seandainya perhimpunan boleh diadakan tetapi pengharaman pakaian itu masih kekal.

Ketiga, apakah perarakan di luar stadium tidak akan terjadi? Apabila Bersih 2.0 dibenarkan diadakan di stadium kelak, bagaimana pula keadaan konvoi bas dan kereta yang dipenuhi oleh penyokong-penyokong Bersih 2.0 yang datang daripada pelbagai arah? Tidakkah ia satu bentuk demonstrasi jalanan kerana ia berlaku di luar stadium? Apakah kita hanya akan membenarkan para penyokong memakai baju Bersih 2.0 hanya di dalam stadium untuk mengelak fenomena demonstrasi jalanan?

Keempat, bagaimana dengan kedudukan lebih 100 orang yang telah ditahan atas pelbagai tuduhan berkaitan Bersih 2.0 seperti menghasut dan memilih baju berimej pertubuhan haram? Apakah mereka akan terus didakwa atau pendakwaan ke atas mereka digugurkan?

Kelima, apakah perhimpunan di stadium dapat menjamin tiada penglibatan pihak ketiga? Apakah tidak mungkin mereka boleh menyusup masuk ke stadium dan mencetuskan kekecohan sehingga memudaratkan keselamatan negara?

Keenam, tujuan asal Bersih 2.0 adalah untuk berarak menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Apakah perhimpunan di stadium menepati maksud asal iaitu berarak ke Istana Negara? Apakah perhimpunan di stadium ini masih relevan dengan tujuan asal penganjur?

Ketujuh, apakah reaksi Perkasa dan golongan anti Bersih 2.0 termasuk pertubuhan silat? Hampir pasti mereka tidak akan hendak berhimpun di stadium yang lain pula. Jika demikian, apakah mereka akan terus berdiam diri?

Memuaskan hati semua pihak memanglah sukar. Tidak ada situasi kalah-kalah dalam keputusan membenarkan perhimpunan diadakan di stadium. Bagaimana pun, ia bukan juga situasi menang-menang pula bagi mana-mana pihak. Ia adalah keputusan yang betul. Tetapi, apakah ia keputusan yang tepat? 


Walaupun dari semalam beberapa persoalan juga timbul dalam fikiran aku, kalaupun tidak tujuh, tetapi sekurang-kurangnya 4 persoalan yang berlegar di ruang fikiran aku turut juga menjadi kemusykilan sehingga kini.  Kemuskilan aku:

1.  Walaupun kami bloggers pro UMNO/BN menentang hasrat AMBINGAI untuk mengadap DYMM kerana berpendapat AMBINAGI mewakili satu pertubuhan yang belum didaftarkan kerana walaupun kononnya ada 60 NGO bersekutu dibawah BEERSHIT, tetapi BEERSHIT tetap satu pertubuhan HARAM, kerana bukan sahaja tidak berdaftar, tetapi terlalu banyak kekaburan terhadap tindakan AMBINGAI yang tetap beriya-iya untuk berDENO walau apapun statusnya.


2.  Siapakah perancang disebalik anjuran untuk pertemuan dengan DYMM?  Adakah orang yang bertemu dan menawarkan pertemuan ini berbuat demikian atas ilhamnya sendiri ataupun dia hanyalah satu watak wayang kulit dan ada dalang yang bermain tali?  Orangyang merancang pertemuan ini tentulah bukan calang-calang orang dan perantaranya juga mestilah orang yang berpengaruh sehingga dapat mempengaruhi serta meyakini pegawai-pegawai diIstana sehingga tidak sempat memikirkan implikasi dari rancangan untuk membawa AMBINGAI mengadap DYMM YDP Agong.  Siapa mereka?  Tentu ada.


3.  Seperti juga SINAR HARIAN, aku juga tertanya-tanya berkenaan pengumuman oleh Menteri KDN bahawa BEERSHIT2.0 HARAM.  Apakah maksud haram itu hanya perhimpunan pada 9hb Julai nanti atau haram kepada kedua-duanya?


4.  Jika perhimpunan itu sudah mendapat kebenaran pula oleh kerajaan, perlukah lagi pihak polis berjaga siang malam untuk membuat sekatan?


**Akhirnya aku beranggapan bahawa tiada gunanya lagi polis membuat sekatan, namun satu peraturan perlu di kenakan kepada penganjur dan mereka yang gila nak berhimpun ini iaitu mereka hanya boleh memakai pakaian kuning berlogo BEERSHIT2.0 hanya didalam kawasan stadium dan Stadium Melawati Selangor adalah tempat yang paling cocol sekali.  Stadium Merdeka bukanlah tempat untuk mereka.

0 Responses to Aku juga musykil dengan kemusykilan ini.

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO