SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

MERDEKAKAH KITA?

Tengahmalam nanti tepat jam 12.00 tengahmalam sepatutnya mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sudah 52 tahun merdeka. Pukul 12.00 selepas tengahmalam(awal pagi) 31/08/1957 seluruh rakyat Malaysia melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Tanyalah Tok Maniam, tanyalah apek Long See tanyalah datuk kita yang apapun nama mereka, tok tam ka, tok din ka, tok arq ka(tok det led dan tok joe barrom budak-budak lagi) apakah semua mereka turut melaungkan Merdeka atau hanya tok-tok Melayu sahaja yang melaungkan gema kemerdekaan semasa itu. Pasti jawapannya semua mereka tidak kira bangsa, majoriti atau manoriti meghenggah sampai tersemboi ughat ayam tang leheaq kerana akhirnya Tanah Melayu merdeka juga akhirnya setelah runtuhnya(gagal) Malayan Union. Aku percaya saki-baki mereka yang kehidupan mereka masih Allah beri hayat untuk menggambarkan peristiwa itu. Tanya mereka "Benarkah mereka bersetuju dengan kontrak sosial?" Malah tentunya mereka berterimakasih yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tokwan-towan dan toknek-toknek kita orang Melayu menerima mereka sebagai rakyat Tanah Melayu dengan sungguh mudah sebagai pemilik asal tanah bertuah ini.

Dan bila sampai ketika ini dikala Malaysia sudah boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai, kemakmuran yang telah dirasai, keamanan yang sedang dikecapi apakah kaum-kaum lain terus menghargai apa yang dihargai oleh datok-nenek mereka semasa mula-mula merdeka dahulu?

Lalu bila aku baca artikel panjang Dr Ridhuan Tee yang bertajuk BERSALAH PADA NENEK MOYANG, lalu saya berpandangan bahawa saya wajar mengutarakan pandangan saya pula. Pada saya walaupun dari segi susur galur bangsa, memang benar meraka tetap terus mempunyai pertalian dengan umbi mereka ditanah besar cina dan india walaupun kita tahu mengikut sejarah, bangsa yang merempat keTanah Melayu adalah bangsa yang dipinggir oleh suku kaum yang lain, yang lebih berkuasa dari suku kaum yang merempat keTanah Melayu. Dan memang benar orang inggeris mengimpot orang cina keMalaysia untuk bekerja disyarikat-syarikat milik mereka terutama dalam industri perlombongan serta orang india untuk sektor perladangan, tetapi ada juga yang menyelinap kesini untuk berniaga kerana sistem kerajaan Tanah Melayu dari dahulu lagi mengamalkan sistem terbuka.

Lalu apabila mereka telah berhijrah kesini, generasi terdahulu dari perempat berbangsa cina dan indialah sewajibnya dianggap sebagai satu titik/garis mula peradapan mereka ditempat baru. Mereka inilah yang sepatutnya dianggap datuk nenek yang perlu dihormati dan dijungjung serta disanjung, bukan mereka yang tinggal ditanah asal mereka. Kerana apa? Kerana hanya generasi pra-merdeka dari bangsa cina dan india yang terbabit dalam sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Yang ada ditanah asal mereka tidak terbabit. Tiada pertanggungjawaban. Lalu jika mereka akur dengan dengan syarat-syarat yang digariskan sebelum mencapai kemerdekaan sehinggalah selepas Tanah Melayu merdeka sehinggakan generasi berkenaan dengan begitu mudah mendapat kerakyatan secara Jus Soli, maka mereka inilah DATUK NENEK yang wajib bangsa cina Malaysia sekarang hormati. Dan apa yang jelas sekarang, bukan Dr Ridhuan Tee yang bersalah kepada DATUK NENEK yang bagi saya sudah terputus pertalian pertanggungjawapan kerana jauhnya mereka dengan tanah asal mereka tetapi mereka yang terus meminta-minta hak orang secara kurang ajar inilah yang telah bersalah kepada DATUK NENEK mereka yang bukan sahaja akur dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh Bangsa Melayu pada ketika hendak merdeka dahulu, malah berterimakasih kerana dengan kebaikan budi serta lembut hati Bangsa Melayu yang menerima mereka tanpa curiga.

Kesimpulannya SEGELINTIR orang cina Malaysia dan orang India Malaysialah yang telah MENDERHAKA KEPADA DATUK NENEK MEREKA!!!

SIAPAKAH MEREKA YANG SEGELINTIR INI?


Semalam aku dengan beberapa orang kawan aku mengadakan majlis perpisahan kecil dengan blogger yang juga kawan kami iaitu Duke Of UMNO yang akan bertukar tempat kerja kerana kenaikan pangkat. Beliau akan bekerja diKuala Lumpur, iaitu diHQ majikan beliau entah sehingga berapa lama. Tahniah! Alhamdulillah.

Kami menggunakan Restoran 8 beradik sebagai vanue untuk majlis berkenaan yang di'organize' oleh spanar bengkok yang selalu singgah di'kedai kopi' duke(shoutbox!). Duke ditemani oleh isteri begitu juga spanar bengkok. Aku dan 2 orang kawan lagi iaitu armG2 dan AbusgBelida hanya bertemankan kesejukan malam.

Kerana tidak rujuk balik dgn sms spanar, aku tiba awal. Jadi aku guna masa yang ada untuk kehujung jeti dan duduk menghadap jambatan semeling yang tidak pernah sunyi dari deruan jentera kenderaan yang melintasi sungai merbok. Aku lihat ditebing bersebelahan rstoran ada banyak sampan-sampan dan bot pemancing ditambat dikayu bakau yang menjadi penambat agar sampan-sampan dan bot pemancing tidak hanyut menurut arus. SEJUK!!!!

Akhirnya spanar bengkok tiba bersama anaknya yang sedang lena dan isterinya yang bernama lampu depan. "Tu yang aku malaih nak berghenkaey tu...." aku sapa spanar sebagai salam. "Aku sayang bini". "Hang tak sayang bini, tu yang hang tak bawa!". PANG!!! kata-kata dia menampar pipi hati aku. "Aku bukan tak sayang bini, tapi anak-anak ada yang nak mai ada yang tak mau, jadi aku tinggaikan mesyuarat kat depa dan biaq depa buat keputusan sendiri." "majoriti kata tak mau mai, aku akurlah."

Lepaih spanar mai barulah Duke mai dengan bini dia. Kami tukaq ke meja yang lebih besaq kerana lepaih ni dua orang lagi nak mai. Bini spanar yang dok dododi anak dlm kheta, keluaq mai dan dududk disebelah bini Duke dan terus borak macma lama dah kenai. Tang ni bini aku kalah. Dia jenih penyengap. Bukan macam aku. Dok tak lama hat dua orang lagipun sampai.

Teruih kami pakat-pakat order menu. Aku suggest ikan goreng jer, sebab aku kenyang lagi. Spanar pula tambah menu dnegan dua ekor ikan masak steam dan udang goreng tepong. Duke pesan tomyam dan kailan goreng. Pendek ceghita sampai saja pesanan, masing-masing balun sajian dengan penuh persaan hiba kerana duke yang akan berpindah ke KeyEl.

Sambil tu kami dok ceghitalah pasai politik semasa baik tempatan, mahupun nasional. Dari cegita Merbok timbul ceghita Jerai dari Jerai timbul Aloq Setaq dan tidak ketinggalan Luas dan Kota Seputih. Tak sah juga kalau tak mengimbau kembali PRK Permatang Pasir. Pengajaran yang cukup berguna untuk dijadikan ubat politik. Ceghita parpu bergambar dgn kj juga tersembur dari mulut aku menyebabkan duke tersembur ayaq yg dia dok minum. Dan bila armG2 timbulkan ceghita pasal Brader Anvar Bin Ibrahim, aku dan kengkawan yang lain secara spontan membetulkan posisi dikerusi masing-masing.....kami ghasa singkaey pungkoq bila dengaq nama sekoq ni.

Spana yang aktif diMerbok dok imbau ceghita bagaimana dia seolah terkena 'getah' bila diserempakkan dengan rombongan kempen kj semasa PRK Permtg Pasir hari tu. Nak mufarakah, dia pi dgn kawan. Nak tak nak ikuuuuttt je lah walau hati bagai bara. Aku, armG2 dan Abu pula dok sembang pasai Jerai.....hmmm....pakat dok meghungut pasai KB pulak dah...Ghamai dok kata KB Jerai la ni tak macam KB dulu, nampaknya pendekatan ala-ala koperat dan profesional menjadi sesuatu yang luar biasa bagi ahli UMNO Jerai. Yang tahap 'marah kari berapi' pun dah ada. KB Jerai tak boleh lewa, mungkin kena ubah pendekatan dengan ahli-ahli. TKB Jeraipun tak boleh loy. Terkecuali NKB Jerai yang terus pulun dengan kerja-kerja turba saban minggu dgn tidak mengira siapa untuk dibantu dan ditemui, rata-rata yang didengaq NKB Jerai menjadi buahmulut rakyat diJerai tak kira DUN, tak kira parti. Aku harap NKB Jerai meneruskan momentum yang ada dan bukan sahaja mengekal, malah memacu momentum yang sedia ada dengan lebih daya kecepatan agar impak yang dihasilkan adalah maksima.......untuk UMNO!!! ANDA SEDANG DINILAI(dengan nilaian yang positif!). Tak terkecuali kami juga berbincang mengenai ADUN guaq. Abu ada pengalaman, kerana dia Ketua Cawangan. ADUN Guaq katanya ghajin lawat DUN dia, itulah tanggungjawab. Aku tak banyak benda nak diperkatakan kerana aku tak berapa rapat dengan belia sebagaimana aku rapat dengan bekas ADUN yang dulu. He he he, tak ketinggalan kami juga berbincang mengenai Jamil Khir dan hala tuju beliau. Hmm....orang baru ni susah juga aku nak beri komen kerana sehingga kini aku belum berpeluang bertemu secara langsung dan bercakap dari hati kehati dengan dia. Namun aku berharap dia bersungguh-sungguh untuk membantu Najib diPutrajaya, UMNO Kedah sebagai Ketua Penerangan dan UMNO Jerai sebagai tanah tempat lahir beliau. Aku? Aku boleh sokong sesiapa sahaja jika mereka mahu memberi sumbangan terbaik kepada UMNO Jerai kerana aku bukan fanatik kepada individu tertentu. Jika bagus aku sokong, jika tidak menunjukkan prestasi dan kesungguhan aku tegur dan jika tidak 'perform'( No perfomance) kenalah berundur.

Tengah rancak dok berwacana, mailah pula staff restoran 8 beradik bagi tau restoran dah nak ditutup. Aik awai lagi, baru pukoi 12.45 t/mlm dah nak tutup? Hmm.....tak pa lah. Lalu kami pakat 'tontong' bayaq bil yang kami makan tadi dan kamipun bersalaman dengan duke sebelum bersurai.......duke kata, "Kalau aku dah disana nanti, tugaih hangpa-hangpalah untuk kongsi maklumat dengan aku". Aku sengih sahaja. Sebab aku nak kata macam ni kat dia:

"JAUH DIMATA DEKAT DIMAYA"



Fulamak...kira ok gak lerrr untuk 1st timer/beginner(angkat bakul beb) aku guna kaedah photoshop. Sebelum ni guna paint(window) jer........ Harap DSNTR terus tabah mengharungi dugaan dan kuat menghadapi cabaran sekiranya beliau benar-benar ikhlas(hanya Allah yang tahu) untuk mentadbir malaysia kearah yang lebih berjaya setelah situasi negara menjadi hancus di era paklah yang bekerja dengan dengkuran yang kuat.

Dan aku harap saki-baki liabiliti-liabiliti warisan eranya akan dengan rela berundur jika mereka benar-benar memikirkan nasib bangsa dan nasib negara...........kerana sehingga kini geruh mereka banyak membuat marhean UMNO seperti aku serba salah dan rakyat(pengundi atas pagar) juga keliru dengan gambaran yang ada dihadapan mata mereka.

DSNTR wajib tegas dalam membersihkan barisan hadapan beliau jika tidak mahu rakyat bertindak membersihkan undi pada PRU akan datang......Minta dijauhkan oleh Allah malapetaka politik dan malapetaka ekonomi dari terus melanda Malaysia.......Robbanawataqobbaldoa.....










Apakah akan ada lagi ADUN dan MP yang akan keluar dari PR dan menjadi YB bebas? Sama-sama kita lihat........................

Hari ini 25/08/2009 Selasa bersamaan 4Ramadhon 1430 adalah merupakan hari penentuan, hari perhitungan, hari perubahan dan hari pengundian kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh. Semalam tepat pukul 12 tghmlm, maka berakhirlah kempen merayu undi kepada kedua-dua parti yang bertanding, semasa aku keluar dari rumah Kedah menuju keCC kira-kira pukul 11.30mlm, semasa membelok kePermatang Pauh aku dapat dengar suara Dato' Othman Abdul, bekas Ahli Parlimen Jerai sedang berceramah dengan penuh semangat. To' Man Bedoi memang cukup berpengalaman, malahan cukup masak dengan sejarah dan latarbelakang politik Brader Anvar Bin Ibrahim. Tetapi yang menjadi pertanyaan dalam diri aku, walau seberapa banyak cerita-cerita benar dan berfakta oleh menteri-menteri dan bekas menteri-menteri kabinet era Tun, mengenai Brader Anvar Bin Ibrahim ini, berapa ramai pula yang tidak mahu percaya dan berapa ramai pula yang percaya tetapi sanggup menerima figura ini?

Semasa berada di bilik Unit Media Baru(UMB), aku sempat bertukar-tukar ilham dengan blogger-blogger pro UMNO/BN yang hebat2 seperti Pusaka Ayahnda, Darul Ehsan Today, ParpuKari, Pisau, Briged Mohon Setia, Doc MIM dan lain-lain pihak UMB sempat menemuramah calon, sdr Rohaizat dan kemudiannya menemuramah Tan Sri Muhyiddin. Banyak ilham positif dan berguna untuk aku apply dengan Penerangan UMNO Kedah jika berlaku PRK atau untuk PRU nanti, InsyaAllah.

Hari ini aku tiba agak lewat, sekitar pukul 2.00ptg. Aku lalu ikut Padang Serai dari Sg. Petani dan ikut BKE dari Lunas kePenanti. Sebelah pagi aku keHospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani kerana menjalani latihan fisio diunit fisio selama 3 jam. Seperti biasa seawal tiba, aku pergi menyeluk lilin(waxing) untuk melembutkan sendi-sendi yang kaku. Selepas itu membuat beberapa jenis latihan untuk menguatkan kembali otot dan tendon yang putus(telah disambung lima bulan dahulu), selesai, aku masuk buat pula 'ultra sound' untuk melembutkan parut dibahagian sendi tangan untuk membolehkan pergerakan tangan lebih fleksibel. InsyaAllah mungkin 6 bulan lagi aku kembali pulih. La ni [un tangan yang cedera tu, dua jari dah boleh aku gunakan kembali untuk menaip. Kelajuan menaip aku nampaknya semakin menunjukkan peningkatan.

Berbalik kepada Permatang Pasir, aku pilih untuk menghala keIKBN dahulu, untuk melihat perbezaan keadaan temapt itu semasa hari penamaan dahulu dan pada hari ini. Malam nanti temapt itu akan digunakan sebagai temapt rasmi mengira undi. Keadaan tenang dan sunyi. lalu aku bergerak pula keKubang Semang. Memasuki pekan Kubang Semang dari BKE, keadaan mua menjadi sibuk. Aku ambil keputusan untuk lalu jalan Kubang Semang ke Bukit Mertajam.

Selepas melalui pusat mengundi SK Seri Penanti, Hadapan Mobil sehinggalrbihkurang 2km, kain rentang berbentuk petai tersusun dilambai angin, Sampai depan dewan UMNO Permatang Pauh hingga lepas dari Taman Guru, diganti pula dengan lambaian logo kati seimbang pula melambai-lambai. Aku ambil keputusan untuk patah balik ke Pekan Kubang Semang, bila tiada lagi poster dan banner, baik petai tersusun mahupun kati seimbang kelihatan. Mungkin dah hujung sempadan DUN....

Dari Pekan Kubang Semang aku cuba guna Jalan Kubang Semang-Permatang Pauh yang melalui CC, namun aku tersekat dalam 'macet' yang teruk diKg Petani, menyebabkan aku ambil keputusan untuk patash balik dan guna jalan Kampung Pelet -Guar Perahu. Aku berehenti dihadapan sedikit dari Srjkc Kubang Semang diKg Pelet, untuk ambil beberapa keping gambar temapt mengundi dan MARTEK. Semasa itu aku dapati beberapa pemuda PIS menaiki motosikal dengan tidak memakai topi kaledar dan hanya memakai topeng belambangkan 'tiket keSuurga' bukan hanya menekup mulut, tetapi juga menekup kepala. Sebab tulah kepala meereka tidak boleh berfikiran waras. Kurang ajar sungguh kerana melanggar undang-undang jalanraya, walau dihadapan polis. Tahniah polis Malaysia yang sabar walau diprovok sebegitu sekali oleh pemuda PIS yang 'tertututp' kepala dan minda.

Aku menunggu agak lama untuk snap gambar mereka sekiranya mereka berpatah balik, namun setelah lebig dari 15 min menunggu aku ambil keputusan untuk beredar. Dihujung Pusat komuniti, beberapa budak-budak baya sekolah juga tidak memakai topi keledar malu-malu kucing untuk beraksi diatas jalan raya, tidak seperti along mereka. He he.....depa bukan sahaja provokasi polis rupanya mereka juga hendak provok Pemuda UMNO yang berkumpul disebelah skjc berkenaan(Barisan Kesatria tak salah aku).

Aku kemudiannya ambil keputusan untuk balik sahaja, semasa melintasi Guar Perahu aku jumpa banner yang dah lusuh yang menggambarkan lusuhnya pengaruh Brader Anvar Bin Ibrahim terhadap rrrrakkyyattt Malaysia dari hari kehari....... Aku yakin kestabilan baik dari segi ekonomi mahupun politik hanya dapat dikembalikan bila Brader Anvar Bin Ibrahim diberi cuti tanpa tempoh di Pusat Rekreasi Sungai Buloh.


Setelah masing-masing berusaha bersungguh-sungguh berkempen untuk mempengaruhi pengundi diPermatang Pasir, akhirnya segala keputusan adalah ditangan Allah AlA'laa..... Kalau nak kalah N.ajis Karatmouldlah pun tak leh nak buat apa dan kalau menangpun Najib tak boleh lupa bersyukur.........

Dan......Keputusannya..........

SALAM RAMADHAN
Firman Allah(terjemahan):

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

4:26. Allah menghendaki untuk memperjelaskan kepada kamu, dan untuk memberi petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang yang sebelum kamu, dan untuk menerima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:27. Dan Allah menghendaki untuk menerima taubat kamu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsu (syahwat), mereka menghendaki supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.

4:28. Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah.


Kekadang aku hairan, seolah-olah berpoligami, ber B2N2 seperti satu dosa, padahal ia hanya dosa di 'mata' masyarakat, dosa kepada isteri yang tidak mahu berkongsi 'jantan' kerana nafsu ketamakan. Sedang Allah mengharuskan poligami dengan garis panduan yang jelas.

Dan yang paling haru tu pula, bilamana si jantan jahil ilmu kemarok nak ikut langkah Nabi beristeri lebih, padahal Nabi beristeri lebih dalam konteks yang berlainan dari jantan-jantan kemarok kangkang. Maka bila dah dapat kangkang baru, kangkang lama diabaikan seperti Mahfmpus menyebabkan B1N1 jadi kangkong dan anak-anak menjadi kingkong. Kerana kelibat manusia-manusia seperti inilah maka institusi poligami Islam dipandang serong oleh orang Islam sendiri. Jika kita duduk mendalami peraturan poligami yang Allah aturkan didalam AlQuran, bukan main ceghodong ikut 'kepala adik' yang tak berotak tu, mungkin tidak ramai yang sanggup untuk berpoligami kecuali yang betul-betul layak.

Aku jika dilintaskan keatas hati ini untuk b2n2pun mungkin akan membuat pertimbangan atas dasar kebajikan sahaja, InsyaAllah..... Terfikir aku untuk apa melukai orang yang menyayangi kita jika kita tidak mahu terluka dihati.

Ini pendapat aku:

Kasih sesama manusia boleh dikongsi kerana memang Allah memerintahkan manusia untuk hidup kasih mengasihi, sayang menyayangi, namun kasihnya kita terhadap Allah janganlah dikongsi dengan rasa kasih terhadap selain dari Allah. maka semoga aku, engkau dan mereka dapat membezakan berkongsi kasih sesama manusia dan mengasihi Allah seSATUNYA.

**POLITIK:

Semuga rakyat Permatang Pasir bercermin diri, mana calon yang akan dapat menjadi Yang Berkhidmat(YB), bukan menjadi Yang Beretorik kepada mereka. Yusripun dah sedar akan kesilapannya sehingga cepat tersedar akan hasrat PIS untuk memperkuda beliau sehingga 'finish gheng'(istilah orghe SIK) sebelum seketika sempadan kempen ditutup tengahmalam ini.

Memang kita akui ada sedikit kelemahan pada calon kita, yang telahpun beliau baiki, tetapi amatlah mengejutkan bahawa calon mereka jauh lebih lemah dari calon kita, lemah dari banyak segi berbanding calon dari UMNO.

Pengundi Permatang Pasir wajar memberi peluang kemenangan kepada Rohaizat untuk menunjukkan prestasi sebagai wakil rakyat mereka dan jadikan ia sebagai satu bentuk hukuman yang boleh memberi hasil positif baik kepada rakyat umumnya dan Islam serta Melayu khususnya.

BAGAIMANA HUKUMAN WAJIB DIJALANKAN?
PANGKAHLAH ROHAIZAT
DIHARI PENGUNDIAN

Aku hanya sempat menjengah ke blog-blog sahabat tanpa sempat beri komen, begitu juga dengan bilik-bilik forum, hanya sempat jengah sekali-lalu. AloqStaq ada hubungi aku mengenai kmu,net,my yang dihijack oleh INDON yang marah dengan Nordin Mat Top yang TOP dengan cerita dok LETOP-MELETOP.

Awal pagi lagi aku dapat sms dari beberapa kawan yang ingin mengetahui kesahihan tentang ADUN PKR yang umum jadi ADUN bebas kerana tidak lagi percaya dengan konsep sex BEBAS dalam PKR yang dianuti oleh khalifah agong lagi maha besar Brader Anvar Bin Iblahim Almeenatiwaljoobuuree.

Apakah beliau ini merupakan kepingan domino yang pertama diKedah? Hanya Allah yang lebih Aleem.

Sambil selak-selak blog yang menumpukan PRK Permatang Pasir seperti Pusaka Ayahnda, DET, House PK, Pisau, Permatang Pasir Info, Minda Intelek Melayu dan blog kawan-kawan yang lain seperti SANGGUL MELAYU, DukeofUMNO, NKB Jerai, AloqStaq, EkengNEtong, Pang5husin, aku terus membuat kerja-kerja upgrading blog aku yang aku pinda templatenya yang menyebabkan banyak kerja-kerja perlu dilakukan.

Aku mungkin ambil masa sebulan bulan puasa ini selain beramal ibadah kepada Allah, akan juga melengkapkan blog aku yang berwajah baru ini.

Selamat tinggal wajah yang lama......

Beberapa hari yang lepas aku menerima sekeping nota dari seseorang yang tidak mahu didedahkan identitinya dan mengakui rapat dengan Dato' Mahamad Zubir Seeht Saad, pemilik Rangkaian Zuffa Farmasi, iaitu farmasi yang mempunyai cawangan- cawangan hampir di setiap bandar-bandar dan pekan-pekan diUtara Tanah Air. Beliau meminta aku siarkan tulisan beliau mengenai Dato' Zubir Saad sebagai imbangan dari apa yang telah ditulis oleh penulis yang tidak dikenali dalam blog Merbok Times.

Selepas meneliti apa yang ditulis, aku mengambil keputusan untuk menyiarkan tulisan ini dengan tujuan agar perbandingan dapat dibuat dan keputusan adalah ditangan setiap yang membaca. Setiap dari kita mempunyai akal untuk berfikir dan janganlah hendaknya fikiran kita dipandu oleh pihak ketiga yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu dalam membuat keputusan.
INGAT!!! Keputusan adalah ditangan anda sendiri.

Namun sebelum aku siarkanapa yang tertulis dalam nota tersenut aku hendak mengajak sesiapa yang membaca agar sama kepada diri sendiri:

1. Apakah perasaan kita jika beliau terus bersimpati kepada PIS sedangkan beliau banyak juga mendapat peluang-peluang perniagaan dari Kerajaan BN?

2. Apakah beliau tidak layak menjalankan perniagaan dalam bidang farmaseutikal, iaitu bidang perniagaan yang suatu masa dahulu amat kurang disertai oleh orang Melayu?

3. Dato' Zubir Saad mempunyai kelulusan dalam bidang farmasi, jadi tidakkah bidang farmaseutikal adalah bidang yang amat bertepatan sebagai teras perniagaan beliau?

4. Tidak marahkah kita jika beliau masih lagi terus cenderung untuk bersimpati dengan PIS pada hal dalam masa yang sama mendapat peluang membekal ubat-ubatan dengan Kementeria nKesihatan?

5. Jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan, twetapi pada masa yang sama menentang pihak yang membiayai hidup mereka sekeluarga dan langkah beliau menyertai UMNO atas pelawaan ahli-ahli UMNO sendiri, yang manakah yang lebih patut?

6. Dan kalau anda menolak beliau untuk menabur khidmat bakti dan berikrar untuk taat setia kepada sebuah parti yang menjaga kepentingan orang Melayu iaitu UMNO, maka kemanakah haluan beliau yang hendak anda cadangkan agar Dato' Zubir dapat bergiat, berkhidmat dan menyumbang dalam bidang politik?

Aku tidak akan memandu kalian bagi menjawab pertanyaan diatas. Tepuk dada tanya selera!

Nota ini adalah komen kepada apa yang telah ditulis dalam blog Merbok Times.

13 August, 2009

BONGKAR!!! Ada talibarut Anwar dalam AJK UMNO Bahagian Merbok.

Pendedahan di bawah telah dibuat oleh Pengintip UMNO. Jika benar seperti kenyataan pengintip UMNO bermakna UMNO Bahagian Merbok telah tercemar dengan anasir PENGKHIANAT MELAYU.

Seharusnya ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Merbok menentang anasir ini.
Pengintip umno said... Berita semasa buat analisa keputusan G7 Merbok !
Dato Zubir Saad Ketua Penarangan yang dilantik,TOWKAY ZUFA FARMASI menang no 1 ! WOW !siapa Zubir ? dan macam mana dia boleh menang dengan begitu banyak ?

Dato’Zubir Saad Berjaya memperolehi undi terbanyak kerana faktor beliau rajin turun kecawangan-cawangan untuk membantu mereka dalam aktiviti-aktiviti akar umbi. Pelbagai bantuan dalam berbagai bentuk juga telah disalurkan kecawangan-cawangan dalam Parlimen Merbok dan Pejabat UMNO Bahagian sepanjang beliau menjadi ahli UMNO Merbok.

Zubir merupakan seorang ahli PAS yang cukup fanatik satu ketika dulu terutama sekali semasa pilihanraya tahun 1999 dan 2004. Dia juga merupakan penyumbang terbesar kepada Tabung PAS dan Parti Keadilan.

Sebenarnya Dato’ Zubir tidak pernah menjadi ahli PIS secara resmi, beliau hanya cenderung untuk bersimpati dengan perjuangan PIS, namun setelah melihat perjuangan PIS tidak dapat membantu memaju dan memakmurkan Negara dan rakyat, maka hatinya bagai ditarik untuk menjadi ahli UMNO dan berkhidmat untuk orang Melayu melalui UMNO sebagai wadah. Sekali air bah sekali pantai berubah. Makhluk sentiasa bersifat baharu, Allah Maha Kekal. Maka adalah wajar pada waktu itu jika beliau menyumbang kepada PIS(Keadilan?) Dan rugikah ahli UMNO terutamanya diMerbok jika beliau menjadi penyumbang pula kepada UMNO Merbok? Tidakkah ahli UMNO Merbuk patut berasa bertuah dapat merasa sumbangan dari Dato’ Zubir, seorang usahawan Melayu yang Berjaya? FANATIK? Perlukah seorang yang mempunyai ilmu dan pandangan secara berakal seperti beliau bersikap fanatik? Pernahkah anda melihat beliau menjerit dijalanan, atau berguling-guling dijalan raya sebelum menyertai UMNO? Namun baru-baru ini ketika demonstrasi menjunjung Kedaulatan Raja-raja dan Sultan-sultan Melayu barulah kita dapat melihat beliau beraksi.

Zubir juga merupakan proksi dan rakan karib AL JUB ANWAR IBRAHIM.Banyak projek bekalan ubat ubatan kepada hospital Kerajaan diberi oleh AL JUB ANWAR kepada dia.

Rakan karib Brader Anvar Bin Ibrahim? Semasa dalam kerajaankah maksud pengintip? Mungkin pengintiplah sebenarnya rakan karib Brader Anvar Bin Ibrahim semasa Brader Anvar Bin Ibrahim menjadi menteri dalam Kerajaan BN? Malahan mungkin pengintiplah sebenarnya PROKSI Brader Anvar Bin Ibrahim sehingga kini!

Dan sayugia dimaklumkan khidmat membekal ubat-ubatan kepada Kementerian Kesihatan beliau perolehi bukanlah ketika Brader Anvar Bin Ibrahim berada didalam BN. Walaupun beliau mula bergiat aktif dengan menubuhkan syarikat beliau pada sekitar 1992 , bidang yang menjadi sasaran utama adalah peruncitan. Semasa memulakan perniagaan berbentuk farmaseutikal ini, beliau adalah merupakan perintis dari kalangan MELAYU/Bumiputera yang mengorak langkah menceburi bidang itu. Semenjak dari itu perniagaan beliau telah berkembang pesat sehingga kini dengan rangkaian cawangan farmasi beliau bertebaran di Utara Tanah Air dan InsyaAllah akan berkembang keseluruh Malaysia selepas ini dengan setelah pihak PUNB meluluskan pinjaman untuk tujuan berkenaan.

Selepas beliau merintis perniagaan ini dan berjaya berkembang, barulah beberapa orang Melayu/bumiputera yang berkelulusan dalam bidang farmasi mengikut langkah positif beliau sehingga kini kita boleh lihat farmasi-farmasi milik orang Melayu/Bumiputera berkembang dimerata tempat dimana suatu masa dahulu tiada farmasi milik Melayu/Bumiputera yang dapat dilihat.
Beliau juga ingin menegaskan bahawa selama ini bidang peruncitanlah yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan syarikat farmasi beliau, dimana sektor peruncitan menguasai 90% dari nilai pendapatan manakala 10% lagi barulah dari kontrak perbekalan dengan Kementerian Kesihatan.

Maka sebagai ahli perniagaan, wajarlah beliau menjalinkan hubungan yang baik bukan sahaja dengan rakyat, malahan dengan kerajaan yang memerintah juga, sedangkan N.ajis yang memusuhi UMNOpun sentiasa mahu mengendeng Kerajaan Pusat, apatah lagi ahli perniagaan yang antara cabang perniagaannya ada kaitan dengan Kementerian tertentu.
Dan beliau mengatakan bahawa beliau memang perlu berbaik-baik dengan semua orang kerana beliau adalah orang yang berniaga. Beliau juga telah mengikrarkan diri beliau untuk taat dan setia kepada UMNO dan Perjuangan UMNO yang sebelum ini selama menjadi orang yang bersimpati dengan PISpun tidak pernah berikrar begitu, maka beliau meminta agar ahli UMNO mempertimbangkan hasrat beliau dengan akal yang rasional.

Sejak bila Zubir menjadi ahli UMNO ? cawangan mana ? apa hubungannya dengan Mahadzir Khalid dan Tajul ? Adakah semua perwakilan UMNO telah dibeli oleh Zubir ?

Beliau menjadi ahli UMNO cawangan Taman Wira dan itulah cawangan pertama beliau sehingga kini. Beliau mula menyertai UMNO pada tahun 2008 sehinggalah kini. Hubungan beliau dengan MK dan Tajul sudah jelas, seperti juga anda sipengintip iaitu didalam politik mereka bersama-sama sebagai ahli UMNO. Dan memang mereka bersahabat dari dahulu semasa dialam persekolahan dan ketika diInstitusi Pengajian Tinggi. Apa yang salahnya jika hubungan mereka yang berjalan begitu lama? Bukankah Allah mencipta manusia (dengan berbagai perasaan ) perlukan manusia lain sebagai teman, sebagai rakan?


Adakah semua perwakilan UMNO telah dibeli oleh Zubir ?**Lebih baik soalan ini ditanyakan terus kepada perwakilan!!!
Merbok Times tolong bongkar ! adakah semua ini benar, jika benar UMNO telah diselinap masuk oleh agen agen Pakatan .

Merbok Times perlu bersemuka dengan Dato’ Zubir dari mendengar cerita nukilan dari pihak ketiga. Dato’ Zubir mohon yang teramat sangat kepada ahli-ahli UMNO Merbok untuk terus memandang kehadapan dengan penuh iltizam bagi mengembalikan Parlimen dan DUN-DUN ketangan UMNO/BN pada PRU yang akan dating dan PRU-PRU yang seterusnya, InsyaAllah!!!!
#*Ahli-ahli dan kepimpinan UMNO hanyalah pengisi yang sementara, tiada yang kekal kerana hanya Allah yang Kekal!

August 13, 2009 1:00 PM

SELAMAT BERPUASA
DAN
MELIPATGANDAKAN AMAL IBADAT

Aku heran sunggoh perangai manusia-manusia dalam parti PIS ni. Mungkin kerana keyakinan yang tinggi bahawa tiket kesyurga mereka dah di'syafaat'kan oleh Tok Maha Guru Khalifah Agung Sunan KaLIPAS, maka segala kehitaman disebelah pihak mereka di'potray'kan sebagai putih sehingga mulut dan hati mereka berkata "Puteeehhh.......". Jika Rohaizad yang pada pandangan aku ada gerakan terancang untuk menconteng imej beliau oleh Bar Council(depa ni setahap bartender jer) pada saat-saat genting, calon PIS pula dengan selamba badak mengiyakan tuduhan bahawa dana-dana itu ujud tetapi memberi alasan berbentuk keagamaan untuk melepaskan diri.

Apa yang menjadi pertikaian dalaman aku, bar council adalah badan yang sepatutnya berlaku adil kepada ahli-ahlinya yang terdiri dari peguam-peguam. Jika dalam alam persekolahan, jika berlaku kesalahan terhadap peraturan, selalunya kita akan diberi beberapa kali amaran(selalunya 3 kali) sebelum tindakan selanjutnya diambil, begitu juga jika ketika bekerja, jika kita melakukan kesalahan, biasanya pada kali pertama diminta beri surat tunjuksebab, selepas itu barulah diikuti dengan beberapa amaran sebelum tindakan akhir diambil.

Semalam aku berbincang dengan Timbalan Ketua Bahaggian Jerai, Tuan Haji Fadzillah yang juga arkitek professional, mengenai apa yang dipraktikkan di PAM, iaitu jika sesuatu kesalaha dilakukan, kesalahan itu akan di nilai samada ianya berbentuk peribadi atau atas firma dan tindakan terhadap kesalahan-kesalahan juga masih seperti amalan kebanyakan Persatuan dan Pertubuhan lain. Ada peringkat-peringkat tindakan sebelum tindakan akhir diambil.

Dan jika hati aku kuat mengesyaki bahawa ada pihak-pihak tertentu didalam bar council sengaja memandang sepi amalan ini kerana mungkin ada tujuan untuk menyukarkan seseorang dengan kuassa yang ada pada mereka(harap aku silap).

Dan pihak mereka pula berkata meraka bahawa mereka betul dalam tindakan yang mereka ambil. Jadi bagaimana pula dengan tindakan yang telah diambil oleh Rohaizat dan pihak koperasi? Adakah tindakan mereka(rohaizat dan penuduh) tidak mempunyai merit?

Dan mengenai isu Kota Seputih, walaupun memang diakui ujud kebenaran kes berkenaan, tetapi jika dilihat pada rekod sepanjang BN menerajui Kerajaan Negeri Kedah(sepanjang pengetahuan aku), tidak pernah mana-mana speaker mengimplimintasi kuasa mereka terhadap mana-mana ADUN yang gagal menghadiri sidang Dewan walau ada ADUN yang berkelakuan seperti yang berlaku kepada ADUN K/Seputih.

**Dak la......yang hangpun macam baru jadi YB pulak!!! Atau sindrom zaman paklah masih tak boleh dikikis lagi oleh sesetengah elitis poltikus UMNO gamaknya???

*#*Beberapa gambar yang sempat dirakam.


Kemarin aku hidangkan gambaq-gambaq guru lakonan dan seorang muridnya, hari ini aku tambah lagi senarai muridnya.





Anak murid terbaru:



Aku percaya selepas ini semakin ramai akan tertarik untuk menyertai Akademi Seni Lakon Brader Anwar Bin Ibrahim (akriniumnya hangpa boleh reka sendiri), kerana pelajar tidak perlu mengikuti kursus disana sehingga tamat, tetapi sudah boleh berdrama mengikut kesesuaian tempat.

Apakah Individu dibawah inipun produk dari Akademi Seni Lakon Brader Anvar Bin Iblaheem ?



DAN BRADER ANVAR BIN IBRAHIM SEDANG MENERIMA UCAPAN TAHNIAH DIATAS K ECEMERLANGAN BELIAU SEBAGAI PENGARAH DAN CEO DALAM AKAEDMI SENI LAKON BREDER ANVAR BIN IBRAHIM!!!!


EH EH BOLEH BERDIRI RUPANYA?




Jika dilihat gambar Ketua Imam Pembohong Besar Silapdayung dan muridnya yang bertaraf amatur maka bermaksud begitu ramai dahagakan hiburan slapstick sehingga terpesona dan terpana dengan lakonan yang plotnya sama tetapi berlainan pula pemegang wataknya

Lalu aku teringat akan satu video clip yang dipersembahkan oleh anwaribrahimdotcom




Saksikan secara percuma!!!!

Artikel yang amat jelas yang aku CnP dibawah dan boleh dibaca meLalui link yang ada diakhir petikan boleh membantu orang-orang melayu untuk mempertahankan diri bila berhujah dengan bangsa-bangsa yang mengalami Dementia(rujuk wiki)

Dementia (dari bahasa Latin demens) adalah kemerosotan dalam fungsi kognitive akibat kecederaan atau penyakit pada otak melebihi dari apa yang dijangka dalam proses penuaan biasa. Kawasan yang mempunyai kesan khusus ingatan, perhatian, bahasa dan menyelesaikan masalah, walaupun terutamanya pada tahap akhir penyakit, pesakit mungkin kabur tentang masa (tidak tahu hari apa, minggu, bulan, atau tahun), tempat (tidak tahu di mana mereka berada) dan orang (tidak mengenali diri sendiri).

Ramai warga negara selain sebahagian besar Melayu(ada juga sebahagian kecil Melayu) mengalami simptom ini. Seperti diagnosa, mereka-mereka ini merosot ingatan, fokus dan bahasa mereka kerana otak mereka cedera semasa kemalangan 'politik' sehingga sukar untuk menyelesaikan masaalah. mereka kabur sejarah sehingga tidak tahu asal-usul mereka, lupa dimana mereka berada/menumpang dan bukan sahaja tidak mengenali diri sendiri sehingga sanggup menafikan perlembagaan malah melupakan jasa bangsa asal negara ini yang dengan aman menerima bangsa-bangsa mereka untuk sama-sama bermastautin diPersekutuan Tanah Melayu(sekarang dikenali sebagai Malaysia) ini.

Belantan kata:

Jumaat, Ogos 14, 2009

Melayu perlu bangkit!

Dilema Melayu dalam perbezaan wadah dan perbezaan politik, Melayu perlu bangkit dengan segera untuk mengekalkan kestabilan politik. Mula mempersoalkan tindakan rakus dan kurang ajar kepimpinan bangsa lain yang mahu menjadi juara di mata bangsa mereka kerana politik - kerana mahu tempat dan mahu dihormati. Ini semua kerana kita terlampau bertolak ansur sehingga apabila kita di tolak kita sedikit demi sedikit beransur. Tindakan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah tindakan kurang ajar yang sepatutnya tidak hadir dalam kepimpinan BN sendiri. Kepimpinan BN tidak pernah memberitahu kaum pimpinan mereka mengenai Jus Soli dan mengenai kehadiran mereka yang diterima oleh orang Melayu. Ceritakan pada kaum mereka apa makna ketuanan Melayu dan kenapa ketuanan Melayu. Dari mana asal konsep ketuanan dan perlu di ingat antara raja Melayu dan rakyat Melayu juga ada konsep ketuanan. Sudahlah mereka tidak menceritakan perkara sebenar mengenai konsep ketuanan dan hak keistimewaan orang Melayu mereka hadir pula menuntut dan menggesa agar ketuanan di hapuskan.

Baca seterusnya disini.

Layar bidekan? he he, pikiaq punya pikiaq apa yang aku nak terjemahkan dari perkataan screenshots, maka aku fikir terjemahan yang terbaik adalah layar bidekan(buat masa inilah).

Apa kena mengenanya? Ia sebuah blog dari seorang manusia pintar, ya pintar mengambil kesempatan. Maka dibawah ini aku CnP untuk renungan Melayu semua agar mengambil berat BI, kerana rata-rata mahkamah masih menggunakan istilah BI untuk bahasa perundangan.

Utusan and its lousy English

This is a sentence from a press statement from Karpal Singh.

“Although the orders have been confirmed by the Sultan... If the decision is ultra vires then the decision can be adjudicated by the court.”

At the Kuala Lumpur High Court today, Utusan Malaysia reporter Mohd Nizam Mohd Yatim was asked by defence counsel, Jagdeep Singh Deo, to explain to the court what he thought the phrase “ultra vires” actually meant.

Looking confused, Nizam replied: “To insult.”

In context, by the phrase ultra vires, the Utusan reporter actually meant Karpal Singh was insulting the Perak Sultan.

However, Mohd Nizam argued that it was not his story, but Bernama's, that had a retorted understanding of the phrase ultra vires.

Notably, having been a reporter for 8 years for Bernama, and another 8 years in Utusan, Mohd Nizam obviously didn't get a good upbringing to practise good English in journalism.

But aren't the Utusan editors' command of English just as bad?

**************************************************************************************

Bernama and its 'blur sotong' reporter?

Are there credible witnesses for Malaysian courts?

First, we had the Utusan reporter who mistook 'ultra vires' to mean 'to insult'.

Now, we have an RTM reporter, Eliana Mazlan, who admitted that she does not know which party Karpal Singh belongs to. Nor does she know who Anwar Ibrahim is, save for her ability to only describe him as the president of Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Young at 26 years old and had only been on the job for two months, Eliana was entrusted by RTM to cover Karpal Singh's March 17 press conference.

Her testimony is crucial to the introduction of an RTM video recording of Karpal’s statement to the press which is now a sedition suit that had implicated the DAP national chief under Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1948.

By questioning her understanding of what transpired during Karpal's press conference, the defence is attempting to prove she is an unreliable witness.

Full story in Malaysian Insider.

*************************************************************************************
Lalu aku tertarik dengan satu istilah perundangan yang menjadi peluru kepada peguam untuk memperlekehkan wartawan. Aku harap Samad Ismail buat tunjuk perasaan terhadap Jagdeep Singh Deo kerana 'insult' wartawan yang fasih berbahasa Malaysia, tetapi mungkin juga fasih berbahasa bekas penjajah(ini depa kata, bukan aku kata), tetapi tidak fasih dengan istilah-istilah perundangan dalam bahasa orang kafir(ini bukan aku kata) ini.

"ULTRA VIRES". Apa tu? Lalu aku cepat-cepat gagau dalam kegelapan maya untuk mencari cahaya dihujung CPU supaya dapat menerangkan monitor didepan aku. Lalu aku berjumpalah dengan maknanya disini. Apakah maksudnya ultra vires? Mula-mula jika hanya 'dictionary' online yang biasa, tiada perkataan vires, yang ada hanya virus dan memberitahu aku bahawa aku mungkin 'wrong spelling' dan mencadangkan beberapa perkataan lain. Lalu aku berpendapat ini mungkin thesaurus atau 'legal term'.

ultra vires

Also found in: Legal, Encyclopedia, Wikipedia, Hutchinson

Apa maksud dia?

Adj.1.ultra vires - beyond the legal power or authority of a person or official or body etc; "an ultra vires contract"
law, jurisprudence - the collection of rules imposed by authority; "civilization presupposes respect for the law"; "the great problem for jurisprudence to allow freedom while enforcing order"
intra vires - within the legal power or authority or a person or official or body etc
Adv.1.ultra vires - beyond the scope or in excess of legal power or authority

Aku harap istilah ini dan kesilapan wartawan melayu itu memahami maksud sebenar ultra vires tidak mengganggu pertuduhan, malahan menguatkan lagi pertuduhan terhadap Yang Berkerusiroda.

So, to Mohd Nizam, do this statement ultra vires you?(read as noun that you had created it).

And to the blogger, please don't mix up Utusan and Utusan's reporter, since there are plenty of them who are fluent in English language like what most of bloggers mix around between organization (generally) and members of the organization.

Maybe we should start to create new terminology to the members of the organisation like PASern to PAS member, DAPok to DAP member, UMNOrian to UMNO members PaKeRiot to PKR member. To address that they are the citizen/member to the particular organization.

Dari darahtuah wordpress:

2011 – Melayu Tumpas?

“Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu Allah persatukan hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara kerana nikmat-Nya dan kamu waktu itu berada dipinggir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu dari jurang itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan kamu terpimpin kejalan yang benar.” – maksud ayat 103, Surah Ali-Imran.

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Baca seterusnya disini.



Today's morning I got the chance to attend one meeting between Deputy Minister of International Trade and Industry, Dato' Mukhriz Tun Mahathir and a group of Kedah's Entrepreneur at Kedah Industrial Skills And Management Development Centre (KISMEC).



This is the first ever meeting with him since his appointment. This meeting is jointly organized by Federation of Malaysian Manufacturers (Kedah/Perlis) (FMM) and KISMEC. And the attendance of related participants was very good. Hence the speakers also delivered their speech very clear and relevant to the topic.



The Deputy Minister also delivered his speech very well since he is also has many experiences in entrepreneurship at a various field.



At the end of the meeting, the participants were invited to share their opinion and suggestion to the ministry and panels. But from what I can observed most of them cannot speak well in English and more or less its affect the perception to their professionalism especially Malays.

And I can hear very clear one of the guy beside me mumbling about the good of PPSMI. To ease him(me?) I just telling him that most of technical representative give their emphasize not to grammar but to more on the issue that they are talking about.

He he, but what a worst is when they put a wrong word into their sentence, i.e. "As a manufacturing......" where the right word is suppose to be 'manufacturer' instead of manufacturing. And when one of the participant talking about "small small one, big big one", my head spontaneously thinking off what Parpu Kari has written out in his blog. And perharps Tan Sri Muhyiddin could share his experiences on this matter.

**And I also still learning to sharpen out my English continuously.

Remember this phrase:
"With Broken We Build Perfectness"

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ