'PAS ibarat hidung tak mancung dalam Pakatan'



Asas utama mengajak PAS menyertai Umno atau setidak-tidaknya keluar dari Pakatan Rakyat tidak sedikit pun menunjukkan bahawa Umno uzur, gering dan terdesak sebaliknya mengajak dan meminta PAS melihat kedudukan mereka, mencermini nilai mereka dalam gabungan yang disertai mereka hari ini.
Lihat dan renungkan sendiri, sama ada mereka signifikan atau hanya ada untuk menjadi tiang tambahan kepada gabungan yang semakin rapuh dalam mengertikan perjuangan agama dan bangsa.

Mereka digunakan sebagai faktor tambahan untuk merealisasikan agenda menyerang BN/Umno untuk kepentingan tersendiri dan idealisme PAS hanya dipalsukan dengan hanya memberi harapan akan pelaksanaannya oleh Pakatan Rakyat hanya untuk melihat kejayaan menerajui kerajaan.
Untuk melayan idealisme agama PAS - mustahil. PAS akan hanya dihadiahkan Kedah dan Kelantan sementara bandar utama dan pusat penyebaran agenda mereka akan lebih tertumpu pada bandar maju dan kaya.

Umno sebenarnya nampak - bahawa agenda bangsa dan agama adalah satu keperluan dan usaha menghalangnya dari dirobek oleh PKR dan DAP harus dijalankan berterusan.
Apa yang Datuk Seri Najib Razak sarankan adalah tawaran terbuka yang tidak bersyarat dalam usaha memastikan kedaulatan bangsa dan agama tidak di noda dengan spekulasi dan keuntungan politik semata-mata.

Umno meneliti kedudukan PAS dan mahu parti itu sendiri menilai suara mereka - yang seakan sepoi-sepoi bahasa, antara didengar atau tidak - sepi dalam dominasi PKR dan DAP yang amat jelas mahu memperkecilkan kedudukan bangsa di samping mereka berusaha membentuk monopoli kuasa.
PAS akan terus terperangkap dan dijadikan alat untuk agenda menyamaratakan kedudukan kaum tanpa melihat asas keperluan dan perbezaan kedudukan.

Perjuangan agama dan bangsa ini tidak perlu dipertikaikan oleh PAS sebagai perjuangan kuno dalam Umno kerana ia penting dan ini sealiran dengan kerancakan kaum lain memperjuangkan kaum dan bangsa mereka sendiri. PAS akhirnya terikat dengan polisi berbeza - antara PKR, DAP dan PKR sendiri.
MCA halang PAS sertai BN atas alasan parti itu memperjuangkan negara Islam - ini boleh diterima oleh kita - tetapi mampukan ia diterima dalam asosiasi pembangkang ini?

Sebaliknya DAP adalah amat dominan dan mereka mampu mencorakkan kehendak mereka - tanpa kompromi dengan kaum lain khususnya agama yang kita pegang, antara sesama mereka dalam Pakatan Rakayat.
Pengiktirafan terhadap PAS
PAS hanyalah parti politik sama dengan PKR, DAP, Umno, MCA dan MIC serta parti-parti lain yang ada. Bagi PAS amat jelas kuasa perlu dituntut untuk merealisasikan negara Islam.

Namun label Islam perlu - atas alasan mendapatkan sokongan.
Saya perlu rujuk agar Nasrudin Hassan kepada salah satu sajak Rendra yang bertajuk Maskumambang. Kata penyajak tersebut sekiranya agama di lencana seperti yang dilakukan oleh PAS - “erosi” agama pasti berlaku.
Penghakisan ini pasti berlaku kerana PAS ada agenda untuk menawan dan mengalahkan BN/Umno bagi tujuan politik sahaja.

Persoalan yang ada sekarang ialah untuk PAS membuat pengiraan cadangan Umno bukan untuk memperkukuhkan parti Melayu itu tetapi sebenarnya untuk merangkumkan makna perjuangan bangsa dan agama dalam kerangka yang lebih berkesan bukan retorik malah melihat PAS tewas dan membawa ketewasan tersebut melimpah kepada bangsa dan agama kita.
Umno sertai PAS?
Salah satu cadangan yang turut dimaklumkan oleh penulis Nasrudin Hassan adalah untuk Umno menyertai PAS.

Namun pilihan raya umum ke-12 bukan ukuran sebenar yang boleh dibuat untuk merumuskan kedudukan Umno pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Namun PAS perlu cermin diri - bila mana mahu mengajak Umno menyertai PAS bagi menjawab tawaran Umno terhadap PAS.

Umno tidak sedikit pun bersimpati dengan kedudukan PAS namun mahu parti itu sendiri sedar bahawa kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat hanya melukut tepi gantang dan amat khuatir kerana nama Islam yang dibawa oleh PAS akan merugikan seluruh politik kaum kita yang beragama Islam
PAS perlu sedar. PAS perlu ditampar agar kesedaran timbul bahawa kehadirannya memang membantu untuk mendapatkan sokongan Melayu demi politik Pakatan Rakyat tetapi tidak akan menguntungkan kaum, bangsa dan agama kita.
**Untuk pas, berdikarilah dalam meneruskan perjuangan politik anda semua. Fundamental pas terlalu jauh berbeza dengan dapig. Manakala struktur asas pkr hanya di bina atas tapak yang tidak stabil dengan bahan-bahan politiknya yang mudah rosak kerana tidak bermutu dan jauh dari piawaian.
0 Responses to PASrael memang tak malu.