Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Mengenai Aku
Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
Det kenapa jadi begitu.Tak nampak muka pun pemimpin UMNO Negeri atau Bahagian yang hadzir pada majlis itu.Yang ramai ada lah orang UMNO.Nampak macam main silap mata sahaja pemimpin UMNO di Kedah.Ada dua tiga orang yg beri komen katanya kalau puak pemimpin ini kalau mereka jadi calon tak wajib diberi undi.Mereka tak setia pada perjuangan Melayu.Aku pun heran dengan sikap mereka.Kehadziran Tun M tidak dihormati mereka.walau pun dia mantan PM.Kalau Tun masih PM aku ingat ramai mereka turun cium tangan Tun.Apakah ini amalan UMNO bila tak ada kuasa hilang kawan dan rasa hormat.
Tiga sekawan,
Bagi aku itu bukanlah isu besar bagi yang menghargai perkasa dan umno, kerana matlamat masing-masing adalah sama cuma platform/wadah mereka yang berbeza. Matlamatnmya ialah satu iaitu Melayu. marilah kita menyokong PERKASA sebaagi sebuah NGO dan perkukuhkanlah pendokongan kita supaya terus dan tetap mantap kepada UMNO. Aku nak jawab soalan tiga sekawan dalam bentuk pertanyaan. Jika Perdana Menteri kita masih lagi ayahnda Tun, kau rasa akan ujud tak PERKASA?
Ada ketika penghormatan di zahirkan dan ada masa penghormatan tersemat di hati. Dan ungkapan nakal mengenai undi calon itu bagi aku adalah cakap-cakap yang diluah tanpa sempat berfikir. Kalau dia kata jangan pangkah calon yang punya sejarah hitam legam yang tak boleh di basuh, itu aku setuju. Janganlah kerana kita sehari dua berjuang dalam perkasa, kita menidakkan idealism PEKEMBAR!
**Aku tidak ada masaalah untuk menyokong kedua-duanya kerana dan demi Melayu.
Dalam kelabu pun ada nyamok.susah lah rakyat marhaen nak undi.2x5=5x2 ustart kerja cara Islam.Dari segi semangat kebanyakan pentingkan diri dan jawatan cantas megantas sering berlaku.Nampak majlis seperti hidup segan mampus tak mahu.Penyusunan program tak teratur.Orang datang nak dengar kata semangat Tun dan Abrahim Ali tapi silat yang menjemukan.Anggota perkasa kebanyakan tak sanggup berpanas terik hanya berpeleseran sesama sendiri dibawah khemah tak sepakat.Berterabur.tak ada semangat kebersatuan.Sombong dan Ego.
hangkedee,
Satu teguran. Biar mereka baca dan ambil iktibar. nasib baik aku tak ambil kisah sangat semua tu sebab fokus aku ialah ucapan Tun Dr Mahathir sendiri.