SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA


Ampun Tuanku Beribu-ribu ampun
Hamba rakyat Raja mohon diampun
Patik Setia sebagai jelata
Cukup bangga selama-lamanya

Ampunkan patik sebagai rakyat biasa
Rakyat yang sentiasa patuh kepada perintah
Cerita yang patik hidangkan tiada kaitan dengan Tuanku berdua
Tetapi kena mengena dengan Memanda Menteri yang lewa memerintah

Arakian maka patik ingin memulakan cerita,
cerita kepada sesama jelata,
janganlah Tuanku merasa murka,
patik terpaksa terus berkata walau berat terasa jemala........

Entah berapa kali sahabat aku yang tinggal nun di utara sempadan Kedah dan Siam menalipon aku, ntah berapa pula sms yang aku terima.  Topiknya hanya satu tajuknya juga itulah yang tunggal.  "Aku nak jumpa hang juga-juga".

Dalam hati tetap tergerak
gerangan apa yang begitu mendesak,
sehingga begitu sekali aku di asak untuk di ajak bertemu jugak.

Sahabat aku ni dah lama aku kenali, bukan sehari bukannya dua tapi bergelen dah di minum milo dan kopi.  Kalau tak dia aku yang belanja  pendek kata kami ni tak berkira.

Dia usahawan tulin bukan usahawan segera, bertahun berusaha penuh pancaroba, berdepan kepayahan bukanlah luarbiasa, sebelum menjadi manusia berjaya, banyak pengalaman bertimbun harta, tapi sikapnya seperti biasa, tak pernah berubah walaupun meliana.

Setelah tertunda bak kes liwat omega, akhirnya tengahari tadi kami bersua, rupanya seperti apa yang kuduga, ada cerita yang nak di kongsi bersama.

"Aku cerita ni bukan semata-mata untuk diri aku saja semata, tetapi turut terlibat yang lain juga, tiap hari bertambah merana, manakan tidak pokok dah berbunga"
Kedah Sejahtera, Tuanku Murka ! KCS Semua.
Papan Gambar tepi jalan ini menunjukan 1 gambaran jelas sikap Kerajaan Tuanku sendiri yang GAGAL mentadbir urusan Negeri, Gambar ini kelihatan Usang dan Lapok. Seandainya Tuanku melihatnya nescaya Baginda MURKA.
(dari blog padijantan)

Hang ingat dak lagi rakyat jelata sambut hari Keputeraan Tuanku?
Awat tak ingat sedang aku rakyat Raja
Aku nak kongsi perasaan pilu
Dah lebih enam bulan kami dok menganga

Akibat terlalu pandai ukur baju milik orang
Baju sendiri ukuran lintang pukang
Besar kerak dari dulang
Perangai belagak jual temberang.

Hai....merungut ke marah ni?  Aku tanya kat kawan aku....Dah habis bermadah seloka ka?  Dah....jom kita sembang cerita sebenar secara biasalah....Beginila, sebeanrnya aku ni umpama mewakili suara-suara lain-lain kontraktor dari pelbagai jurusan yang terbabit dengan projek kerajaan negeri ketika hendak menyambut Hari Keputeraan Kedah yang lalu.  Aku sebenarnya serba salah hendak menceritakan hal ini kat hang, kerana sedikit sebanyak ia berkait juga dengan diri Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah yang amat kita sayangi.  Teta[pi aku dah tak tau kat mana lagi nak luah setelah pelbagai usaha di buat untuk membuat tuntutan kewangan dari kerajaan negeri terutamanya melalui perbendahaan negeri(Bendahari negeri) sampai la ni tak dak kata putus lagi.  depa masih dok 'dong-dong' lagi dengan kami.  Boleh kata semua seperti kontraktor pembekal makanan, kontraktor hiasan luar dan lanskap, kontraktor elektrik serta pembekal banner dan bendera serta ramai lagi yang terlibat belum menerima apa-apa bayaran dari Menteri Besar.

Hang pun tau pasai hang pun orang meniaga juga......Semua kerja kami boleh di katakan sebahagian besar modal menyediakan setiap apa yang di arahkan dalam Pesanan Tempatan kami kena guna tunai.  Tak cukup tunai sendiri, kami pinjam kat bank dengan cara kami sandarkan LO kami tu.  kami ingat bolehlah dapat bayaran yang kami tuntut dalam masa sebulan dua, tak sangka pula sampai dah lebih dari enam bulan sedit bayaran pun kami tak terima.  Bayangkan rata-rata dari kami terpaksa membayar faedah bank, sedangkan kuntungan kami, telah kami buat projeksyen(projection) utk jangkamasa dua bulan sahaja, jadi la ni kami cukup terasa kerana jika semakin lambat, maka semkin besarlah peluang untuk kami hirup kuah dan makan angin.  Ramai kawan-kawan yang senasib dok mengira hari mencongak waktu untuk gulung tikar.  Kalau takat kami semangga-mangga tak pa juga....

Kami mempunyai pekerja, tiap-tiap pekerja ada pula yang dah berkeluarga, ada anak isteri yang perlu di sara.  inilah yang cukup kami risaukan, keranakami takut mereka tersalah anggap dan hilang motivasi diri dan akhirnya mengganggu produktiviti serta prestasi syarikat.

Nah Haih...Awat jadi lagu tu? Apa ni Kerajaan Negeri?  Apa ni Menteri Besar?  Apa ni Bendahari Negeri?  Jangan pula dok tuding jari kat orang nu orang ni.  Masa UMNO/BN perintah dulu tak pernah dengaq cerita sampai kalut lagu ni ni.....Awatnya?  Kerajaan negeri takdak duit ka?  Perbendaharaan negeri dah kering kontang ka?  Takkan kot????

Kadang-kadang payah juga nak percaya yang kerajaan negeri tak dak duit, tengok lori balak di Sik dan Baling keluar kejalan macama gerabak keretapi punya tak putuih-putuih.  Tebgok lori pasiaq berdedam-dedam dok lintaih sempadan negeri....pi mana habieh duit tu?  dengaq seloka dalam dewan untung balak puluh juta, untung pasiaq berganda-gadna.  Pi mana duit tu yang hangpa guna?  Kat rakyat jelata kami tak nampak, kat kontraktor yang rata-ratanya bumiputera seperti meraba-raba.....

Takkan nak tunggu sampai semua lingkup kot?  Kata KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA
Tapi cerita yang dok sampai kat telinga aku ni dah jadi seumpama cerita ceritet tai mata penoh paket.  Auta saja yang lebih.....

Kalau cerita pasal sambut Hari Keputeraan Sultan kedahpun dah macam tu punya haru, ntah apa pula cerita yang terjadi semasa kerajaan negeri sambut Yang di petuan Agong?  Aku dengaq haru juga.....
Nanti aku dedahkan ceritanya...tunggu.....

0 Responses to Kerajaan Negeri Kedah Tak Mampu Bayar (Sempena Hari Keputeraan):Biaq Papa Kedana Asal Bergaya.

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO