SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Tak Basi Lagi....

Posted by Anonymous Sunday, August 7, 2011



Walaupun kenyataan oleh Dato' Muhriz berkenaan percambahan rumah-rumah urut dan pusat-pusat hiburan tak berlesen suidahberlalu beberapa hari lalu, aku ingat ada baiknya aku PERANAGAT semula untuk PERINGAT rakyat bahwa ternyata Kerajaan pr Kedah GAGAL sehingga Ostad Eizan stess dan terpaksa masuk IJN beberapa hari.

Negara Kebajikan Pas - Rumah Urut Bercambah di Kedah

http://www.mukhriz.com/media.aspx?v=1811

KENYATAAN AKHBAR Sunday July 31, 2011

Negara Kebajikan Pas - Rumah Urut Bercambah di Kedah

Tahniah dan syabas di atas pengakuan Exco Kerajaan Kedah PAS yang mengakui bahawa pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut memang bercambah di Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah.

Tahniah juga kepada slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera. Mungkin di atas berkat ke dua-dua slogan ini telah melahirkan lebih banyak pusat hiburan dan rumah urut semenjak tiga tahun yang lalu. Apa pun, pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di sekitar Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah ketika ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan yang melaungkan slogan suci seperti ini.

Persoalannya, kenapa pentadbiran PAS hanya mengakui wujudnya pusat-pusat hiburan yang disyaki menawarkan khidmat tidak bermoral, setelah ianya didedahkan kepada pengetahuan umum? Apakah PAS akan mendiamkan saja isu ini dari pengetahuan rakyat Kedah yang majoritinya Melayu-Islam, jika tiada pihak yang mendedahkannya?

Walaupun wakil Kerajaan PAS memberi alasan pusat hiburan ini tidak berlesen, ianya tidak sekali-kali melepaskan mereka dari tanggungjawab bagi membanteras kegiatan kotor ini. Kenapa tindakan tidak diambil terhadap pusat-pusat hiburan yang tidak berlesen? Ke mana hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah pentadbir PAS hingga sesiapa juga bebas untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?

Persoalan yang lebih menimbulkan kemusykilan kita ialah, apakah faktor yang menyumbang di sebalik kegagalan pemimpin PAS membendung pertumbuhan pusat-pusat hiburan ini, sehingga mereka dilihat seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk mengekang gejala ini dari berleluasa?

Lebih menarik lagi ialah, apabila rakyat melihat bagaimana gelagat tokoh PAS Kedah tarik brek kecemasan dan "go-stan" keputusan awal mereka yang tidak membenarkan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, setelah menerima tekanan DAP yang turut disokong oleh PKR. Pernahkah para pemimpin atasan PAS merujuk kepada ahli akar umbinya dalam perkara ini? Saya tidak percaya penyokong PAS yang alim akan menerima penjelasan dan justifikasi pemimpin atasan mereka dalam isu ini.

Adakah kebenaran "flip-flop" ini dikhususkan hanya untuk pelanggan bukan Islam? Melihat kepada percambahan ketara pusat hiburan yang paling dibenci oleh PAS sewaktu partinya memperjuangkan hukum Islam, ia seolah-olah menggambarkan penduduk bukan Islam telah bertambah berkali ganda sejak Kedah ditadbir di bawah PAS, walaupun ini sebenarnya tidak berlaku.

Adakah pakatan "Three Stooges" DAP-PKR-PAS berpendirian begini kerana mereka memikirkan bahawa budaya melanggan rumah-rumah urut, beli arak, berjudi dan lain-lain kerja tidak bermoral ini memang menjadi budaya penganut bukan Islam? Dan, adakah kegiatan ini dianggap suatu hak keistimewaan yang tidak boleh ditarik balik?

Mungkin juga pemimpin PAS Kedah beranggapan tindakannya menarik balik keputusan menutup pusat hiburan pada bulan Ramadhan ini dianggap konsisten dengan konsep Negara Kebajikan mengikut definisi mereka. Walhal konsep negara berkebajikan ala BN selama ini telah memberi fokus kepada usaha membaiki atau membina rumah baru untuk rakyat miskin, meringankan kos sara hidup nelayan, memberi elaun bulanan kepada penjaga OKU atau pesakit terlantar, membina dan membaikpulih masjid dan surau, membantu mangsa banjir dengan memindahkan mereka ke pusat pindahan dan memastikan keperluan mereka cukup, dan banyak lagi. Itupun belum diambilkira, antara lain subsidi berjumlah berbilion ringgit yang telah diberikan untuk faedah rakyat sejak berpuluh tahun lamanya.

Pemimpin PAS tidak sedar konsep negara berkebajikan yang dijanjikannya sudah lebih 50 tahun ketinggalan dibelakang BN. Apabila semua keperluan dan kebajikan untuk faedah rakyat sudah berjaya diangkat dan dimartabat oleh BN, PAS baru terkial-kial mahu mengorak langkah. PAS baru tersedar dari lamunan perjuangan Islam retoriknya dan mengakui realiti bahawa berkhidmat dan melakukan kebajikan secara konsisten dalam memastikan kehidupan rakyat terbela adalah perkara paling pokok dan pra-syarat untuk rakyat menerima perjuangan sesebuah parti. BN telah melakukannya dengan berkesan tanpa perlu pun menjenamakan perjuangan sucinya dengan retorik Negara Kebajikan!

Tindakan flip flop PAS membatalkan keputusan asal ini pada hakikatnya telah mewujudkan persepsi umum, seolah-olah rakyat bukan Islam memang cenderung melakukan aktiviti tidak bermoral.

Saya tertarik dengan aduan yang telah dibuat oleh Profesor Dr Clara Chee. Wakil pertubuhan bukan kerajaan wanita ini bimbang dan telah membuat aduan mengenai kehadiran rumah-rumah urut yang disyaki menawarkan khidmat seks yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar negeri Selangor. Aduan beliau ini jelas membuktikan apa yang kami di BN perakui bahawa masyarakat bukan Islam juga sebenarnya menolak keras kegiatan tidak bermoral ini. Mereka juga tidak rela melihat pusat-pusat hiburan ini turut dilanggani oleh suami-suami atau anak-anak mereka, termasuk pelajar-pelajar IPT dan remaja belasan tahun.

Berdasarkan aduan ini, jelas kepada kita bahawa, rakyat dari pelbagai agama menolak alasan kerajaan negeri PAS, yang memberi jaminan bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam.

Pendirian mereka itu sebenarnya telah menghina kebijaksanaan (insulting the intelligence) rakyat. Kita juga ingin bertanya kepada pemimpin PAS yang telah acap kali tunduk dengan kemahuan DAP, bagaimana mereka mahu memastikan pusat-pusat hiburan itu tidak turut dilanggani oleh umat Islam, termasuk di bulan puasa al-Mubarak?

Rakyat Kedah juga mahu bertanya kepada pemimpin PAS, apakah kerajaan PAS hari ini sebenarnya takutkan tekanan DAP atau lebih takut dengan ugutan pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP? Atau apakah pemimpin PAS lebih bimbang dengan risiko kehilangan sokongan undi masyarakat cina sehingga terpaksa mengkompromi hukum Allah SWT dengan menutup sebelah mata terhadap segala kegiatan tidak bermoral yang sememangnya ditolak oleh semua agama ini?

Apapun, pengakuan berani ini memang kita alu-alukan. Tahniah kerana hasil transformasi negeri berkebajikan di Kedah (Selangor dan Pulau Pinang), kini telah menyaksikan peningkatan pusat-pusat hiburan dan rumah urut. Ibarat kata pepatah, "lain yang ditanam, lain pula yang tumbuh". Mungkin PAS juga prihatin dalam menjaga kebajikan mereka-mereka yang dahagakan aktiviti tidak bermoral ini.

Mampukah pemimpin PAS memberi alasan atau jawaban dalam perbicaraan di akhirat kelak dengan menggunapakai alasan dan jawaban yang diberi sebagai halwa telinga semasa di dunia ini?

Wallahualam.

Mukhriz

0 Responses to Tak Basi Lagi....

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ