SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Bandingkan Pengalaman sendiri dan PEMBOHONGAN B A B I.

Posted by DETGUAQ11 Sunday, August 7, 2011


Selepas gagal mempolemikkan isu seorang rakyat Indonesia Mismah- pemegang kad pengenalan merah sebagai penduduk tetap diberikan status warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih, pembangkang cuba dan cuba lain ‘menjual isu’ itu.

Cuma kali ini, ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kena buat kenyataan.

Bila beliau buka mulut, nampak isu itu besar.

Dalam serangan terbaru isu warga asing diberikan status warganegara atau memilik kad pengenalan biru, Anwar mendakwa kira-kira 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

The Philippine Star melaporkan Anwar sebagai berkata, beliau menerima laporan mengenai dakwaan tersebut dan menambah rakyat Filipina di Sabah juga didaftarkan dengan syarat mereka mengundi menyokong kerajaan BN.

"Saya percayakan rakyat Malaysia. Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi alat (pawn) Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” Anwar dipetik berkata demikian oleh portal berita tersebut sewaktu lawatannya ke Manila.

Memang gaya pembangkang, mereka suka ‘hit and run’ sesuatu isu atau cakap begitu begini tetapi akhirnya tidak berani beri fakta, bukti serta angka yang mereka dakwa sebelum ini.

Banyak sudah bukti Anwar bercakap menuduh itu dan ini tetapi bila diminta bukti, jawapan ‘tunggu’ tetapi selalunya rakyat tertipu kerana sampai kucing bertanduk pun ada bukti yang beliau janjikan, tidak muncul-muncul juga.

Padahal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah menjelaskan bahawa Mismah sudah lama berstatus PR atau penduduk tetap dan kewargenegaraannya baru diluluskan.

Mungkin pembangkang mahu gambarkan mana-mana warga asing yang diberikan status wargenagara diminta mendaftar sebagai pemilih dan mengundi kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya.

Namun, benarkan begitu?

Isteri saya sendiri seorang warga negara asing dan hanya diberikan pas lawatan sosial yang disambung setiap bulan dan akhirnya setahun ke setahun.

Sebelum tahun 2000, warga asing mesti menetap sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum boleh memohon PR.

Jadi isteri saya kena tunggu selama sembilan tahun sebelum memohon PR.

Selepas dua tahun, isteri saya layak mendapat PR atas sebab suami dan anak wargenagara Malaysia.

Lima tahun kemudian, pada 2009, baru boleh memohon status warganegara.

Barangkali sejak usaha keras Jabatan Imigresen dan JPN menyelesaikan fail-fail tertunggak melalui NKRA Kementerian Dalam Negeri (KDN) permohonan dapat diproses dalam tempoh singkat.

Pada Mei lalu, isteri saya menerima surat memaklumkan permohonan kewarganegaraannnya lulus dan sudahpun pergi mengangkat ikrar taat setia kepada perlembagaan dan undang-undang negara ini.

Pegawai JPN yang bertugas ketika itu, langsung tidak menyatakan syarat bahawa isteri saya mesti menjadi pemilih dan mengundi BN selepas dapat kad pengenalan biru.

Maksudnya, tidak ada perjanjian, tawaran atau ‘ugutan’ ketika meluluskan status wargenagara kepada rakyat asing bahawa mereka mesti menyokong BN.

Bagaimanapun, pepatah Melayu mengatakan : Orang berbudi kita berbahasa.

Jika ada mana-mana warga asing yang diberikan warganegara dan mereka kemudian mendaftar sebagai pengundi dan mungkin menyokong BN adalah kerana terhutang budi kepada Malaysia yang menawarkan taraf wargenagara.

Lagipun ramai pemimpin pembangkang faham maksud: Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung.

Sebenarnya, jika diminta Anwar membuktikan kebenaran angka 200,000 itu, beliau akan cakap apa sahaja yang boleh diterima rakyat.

Skripnya sama seperti pendedahan lain sebelum ini.

Realitinya, pembangkang sudah phobia dengan pilihan raya umum ke 13.

PKR, DAP dan PAS phobia kerana tahu sokongan terhadap mereka menurun kerana banyak janji tinggal janji, perjuangan untuk rakyat yang didakwa sebenarnya hanya untuk kepentingan manusia yang mahu menjadi Perdana Menteri sahaja.

Pembangkang phobia kerana khuatir tsunami pilihanraya 2008 yang hampir menghanyutkan BN kini bertukar haluan kepada mereka.

Pembangkang tidak sanggup terlepas satu pun kerusi yang mereka dapat pada PRU ke 12.

Justeru, mana-mana akar dan rotan yang boleh mereka bergayut, mereka akan capai.

Cuma dalam hal ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan JPN jadi sasaran mereka bermula dengan tuntutan kononnya mahu proses pilihan raya yang bersih dan adil hinggalah itu rakat asing didaftar sebagai pengundi.

Ini kerana pembangkang tahu mereka akan kalah lagi pada PRU ke 13.

Sebelum kalah, mereka kena cari alasan terlebih dahulu.

Percayalah isu SPR dan JPN akan digembar-gemburkan nanti selepas mereka kalah pada pilihanraya umum akan datang.

Sama seperti beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, jika pembangkang kalah, timbullah cerita pengundi hantu.

Kini mereka sendiri dihantui kebimbangan atau phobia gagal menawan Putrajaya malah mungkin terlepas Selangor dan Kedah yang berjaya mereka kuasai hampir empat tahun lalu. -6/8/2011   -OLEH ROSLAN BIAN(Agendadaily).


0 Responses to Bandingkan Pengalaman sendiri dan PEMBOHONGAN B A B I.

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO