SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PUTRAJAYA: DEPA NAK RAMPAS, KITA NAK PERTAHAN

Posted by detguaq12 Tuesday, August 16, 2011



Aku sebenarnya telah sedar sejak-sejak Paklah kakitido lagi permainan pembangkang yang tiba-tiba entah dari mana mula mendapat sokongan berbentuk kewangan dan moral yang cukup kuat.  Terlalu kuat sokongan yang mereka terima hanya atas satu alasan, untuk melihat BN jatuh. Sebabnya aku nampak tidak lebihdari hanya untuk menafikan sejarah bahawa BN aka nterus berkuasa krana lain-lain nehara yang mempnyai sebuah oarti yang kuat dan lama memerintah tetapi akhirnya kecundang dalam pilihanraya.  Percubaan mereka dalam PRU12 yang lalu memberi sedikit gambaran kejayaan menyebabkan mereka semakin galak dengna usaha JAHAT mereka.  Nak takut apa??? ADUIT BANYAK! Itulah sebabnya kita melihat srangan politik bertali arus terhadap BN terutama sekali penerajunya iaitu Presiden parti BN, YAB DS Mohd NajibTun Razak.  Serangan yang diakui oleh sesetengah penganalisis tidak akan membuat Najib gelabah, tetpai kita yanbg dibawh kecut perut, takut-takut kalau Najib panik dan membuat keputusan yang merugikan BN.

Aku selama ini juga yakin dengan apa yang aku lihat bahawa serangan lbih ditumpukan kepada Najib sepanjang masa dan bertambah parah lagi Rosmah turut dijadikan sasaran 'character assasin'.  Rosmah perlu membantu Najib untuk mengendurkan keadaan sebaagi 'easy target' pihak pembangkang yang sudah GILA sehingga sanggup menggadaikan Malaysia kedalam keadaan apapun hatta kacau bilau dan porak peranda.  Lalu aku temui satu penulisan yang bagi aku wajar di sokong pendapatnya.  Lalu aku putuskan untuk siarkan pendangan dari blog
 Kepal Nasi Kepal Beras untuk santapan minda rakyat yang rasional secara bersiri.

Buat Permulaan sila baca CnP artikel jurublog berkenaan:


BAGAIMANA PEMBANGKANG MEMBUNUH KARAKTER PEMIMPIN BN?- PART 1

Pilihanraya PRU13 mungkin menjadi PRU yang paling sulit dan getir buat BN. Faktor kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan momentum dan tekanan yang berterusan terhadap BN adalah di antara penyumbang terbesar kepada pengekalan "mood" dan kepanasan suhu politik negara.

Secara lazimnya pada PRU-PRU sebelum ini, pakatan pembangkang hanya berpolitik secara bermusim dan momentum gerakan hanya akan ditingkatkan ketika hampir kepada PRU.

Semua kelaziman ini telah berubah sama sekali selepas PRU12.

Akibatnya, sebahagian besar masa, fikiran dan tindakan parti pemerintah terpaksa ditumpukan lebih kepada isu politik. Kerajaan terpaksa menjawab dan menepis setiap isu dan serangan pembangkang. Tumpuan kerajaan untuk membangunkan negara dan membina kemajuan rakyat mengalami kesengjangan akibat politing pembangkang yang tidak berkesudahan.

Rakyat telah dihidangkan dengan permainan politik yang tidak bernoktah. Banyak isu-isu lama yang ditimbulkan, tetapi dengan pengolahan bentuk baru, ia kelihatan lebih gempar.

Isu SPR adalah contoh terbaik. Ia isu lama. Dulu pembangkang hanya gunakan platform ceramah atau menghantar memo, tapi bila
ditambah dengan demonstrasi dan perarakan, ia kelihatan lebih gempar.

Begitu juga dengan isu rasuah dan moral. Isu ini pun isu lama. Dulu bila wujud pertuduhan rasuah kepada mana-mana pemimpin kerajaan,
rakyat akan jadikan mahkamah sebagai pilihan rujukan atau sumber yang paling layak dipercayai. Bila seseorang itu didapati bersalah atau
sebaliknya oleh mahkamah, maka isu itu pun tamat dan tiada siapa akan mempolitikkannya lagi.

Tetapi, kini persepsi sudah berubah kerana tuduhan dan bentuk serangan yang dijalankan oleh pembangkang sudah semakin canggih.
Wujud kes prima facie atau tidak, sudah tidak penting lagi bagi pembangkang. Apa yang penting bagi mereka propaganda berterusan dengan pelbagai tuduhan rasuah harus digerakkan sepanjang masa sehinggalah persepsi buruk rasuah pemimpin BN tertanam dalam pemikiran rakyat. Mereka tidak datang dengan membawa bukti, sebaliknya mereka hanya lontar dan lontar tuduhan demi tuduhan.

Dengan kombinasi media cetak dan media cyber, usaha ini menjadi lebih berkesan. Tokok tambah gambar super impose, cerita rekaan dan
hujah logik digunakan sebaik mungkin sehingga pemimpin yang diserang itu cacat terok pada persepsi rakyat. Kesannya, apabila pemimpin yang dituduh itu bercakap rakyat tidak percaya lagi. Bila wajah pemimpin itu keluar di TV dan dada akhbar, rakyat akan terus menjengkil
muka. Bila nampak wajah pemimpin BN, rakyat akan terus nampak rasuah dan kerja kotor.

Inilah kaedah pembunuhan karakter para pemimpin BN yang telah berjaya dijalankan oleh pembangkang dengan begitu berkesan dan
terancang.

Hari ini kita lihat pembangkang hanya memfokuskan serangannya kepada 2 individu saja. Mereka mengharapkan dengan serangan bertubi-tubi terhadap 2 individu ini, maka persepsi rakyat akan terjejas terok terhadapnya.

Jika kita perhalusi, pihak pembangkang sudah memulakan modus operandi pembunuhan karakter DS Najib dan DS Rosmah sejak beliau
menjawat jawatan TPM lagi. Pembangkang mengharapkan karakter Najib dan Rosmah akan terjejas terok pada pandangan rakyat sebaik
saja beliau menjawat jawatan PM.

Pembangkang mencongak, jika karakter Najib dan Rosmah diterima baik oleh rakyat, maka itu bermakna pembangkang boleh melupakan terus cita-cita mereka untuk mengambil-alih kuasa pemerintahan negara.

Mereka sudah boleh mempelajarinya dari 2 karakter PM terdahulu. Karakter Tun Mahathir yang begitu ampuh telah berjaya menggagalkan
sama sekali impian pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat. Pelbagai tuduhan rasuah, kronisma, nepotisma, kezaliman dan
ketidakadilan SPR yang dilontar oleh pembangkang berlalu begitu saja ibarat air di daun keladi. Mereka gagal sama sekali mencalarkan
kekuatan BN.

Tetapi apabila Pak Lah mengambilalih pemerintahan, mereka berjaya merobohkan kekuatan BN. Mereka berjaya memanipulasi kelemahan karakter Pak Lah dengan berkesan sehingga diterimabaik oleh rakyat. Hasilnya tembok 2/3 BN di parlimen berjaya dipecahkan.

Pembangkang kembali bimbang apabila wujud tekanan dalaman yang kuat supaya Pak Lah meletak jawatan. Kita masih ingat bagaimana mereka cuba mempertahankan Pak Lah di tampuk kuasa. Mereka berharap lebih lama Pak Lah berada ditampuk kuasa, maka akan lebih
mudahlah mereka mengambilalih pemerintahan negara. Mereka mahukan supaya BN dipimpin oleh seorang yang lemah.

Melalui kebijaksanaan otak penipu dan kemahiran propaganda Anwar, pelbagai usaha awal telah diletupkan bagi mencalarkan imej Najib dan Rosmah sejak pasangan ini berada di kedudukan no.2.

Isu pembunuhan Altantunya telah dimanipulasi sebaik mungkin. Kesilapan percaturan Razak Baginda telah dianggap sebagai percaturan
Najib. Isu ini sangat mudah untuk dikaitkan dengan Najib kerana hubungan kerjaya Razak Baginda berkait rapat dengan Najib. Apatah lagi
apabila pembunuhan Altantunya telah melibatkan pegawai polis yang bekerja di bawah PM.

Keberanian dan kejujuran Najib melakukan sumpah di dalam masjid tidak cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak terlibat sama
sekali dengan pembunuhan Altantunya. Malahan pengakuan Raja Petra yang membersihkan nama Najib dan Rosmah dari tuduhan membunuh Altantunya juga masih tidak menyurutkan persepsi rakyat yang telah dipengaruhi oleh psywar terancang pihak pembangkang......

......bersambung.






0 Responses to PUTRAJAYA: DEPA NAK RAMPAS, KITA NAK PERTAHAN

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO