Mubarak Kaji Sumbangan Bantu BN Untuk PRU-13
Daripada Ahmad Shukran Shaharudin
MEDAN, 17 Sept (Bernama) -- Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) sedang mengkaji peranan dan merangka sumbangan bagi membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata peranan dan sumbangan tersebut perlu bersesuaian memandangkan Mubarak bukan badan politik tetapi hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sehubungan itu, katanya, Mubarak bercadang untuk merapatkan hubungan dengan NGO yang lain.
"Yang kita ada ialah pengalaman politik yang dikumpulkan sejak jadi ahli politik. Kita gunakan kaedah mencari NGO lain seperti yang kita buat sekarang ini seperti bersama persatuan bekas polis, tentera, penarik beca, teksi, peruncit untuk bersama-sama memberikan komitmen," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Mubarak dua hari lepas juga telah mengkaji setiap negeri dan kawasan di mana peranan mereka boleh dimainkan.
Abdul Aziz berkata wakil Mubarak dari lima buah negeri sudah menyiapkan kerangka berkenaan selain memusatkan perhatian kepada negeri-negeri.
"Kami tidak ada sumber dan tenaga kerja untuk bekerja sepertimana parti politik dan keupayaan kita sangat terhad. Kita sudah bersara politik tetapi perjuangan kita masih belum selesai," katanya.
Beliau berkata sekiranya rakyat mahu maju ke hadapan, satu sikap politik yang boleh menentukan kerajaan yang diwakili semua kaum perlu diwujudkan untuk memastian pembangunan masa hadapan.
-- BERNAMA

0 Responses to PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...