SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA


Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga
Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu teksi kehilangan pendapatan seharian serta mengotorkan jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap akan dapat pulang berehat di rumah agamnya di kawasan elit Bukit Damansara sebagai seorang pejuang rakyat yang keletihan, baru pulang dari perbatasan.  
Namun, tidak terjangka oleh Ambiga bahawa mereka-mereka yang terkesan dari perbuatannya itu akan membalas dendam dengan mengganggu hidupnya pula.  Tidak sangka semangat srikandi rakyat ini begitu pantas goyah apabila sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan rumahnya.   
Walaupun gangguan yang dihadapinya tidak termasuk kerugian dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu rezekinya seperti yang dialami oleh rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh PAS ini jelas amat tertekan apabila sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri.    
Hairan, bagaimana seorang  pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi dan begitu hebat boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana ukar untuk keluar masuk ke kawasan rumahnya?  
Mungkin juga bauan asap burger membuatkannya lemah jantung atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita pula membuatkan darah tingginya naik secara tiba-tiba.   Tidak tahan melihat tekanan yang dihadapi Ambiga akibat ukar keluar masuk ke rumah? A. Samad Said juga turut merayu agar jangan diganggu Ambiga.  
Apapun, dengan meminta bantuan polis dan Majlis Bandaraya untuk menangani masalah ukar keluar masuk ke rumah sendiri? Ambiga telah mengaku kalah.
Seolah-olah menjilat kahak sendiri Ambiga langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang digelarnya njing?yang dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh.   Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya sebagai korup, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya.   
Ya, kali ini Ambiga mungkin akan menafikan yang beliau pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan tetapi hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak berfahaman liberal dan juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah berbagai-bagai nama pertubuhan dan parti politik yang menyokong BERSIH.    
Maka, sahlah, manusia yang bernama Ambiga ini tidak sehebat mana pun di mana hanya kerana ukar nak masuk ke rumah?pun sudah meroyan dan merengek kepada A.Samad Said.   Bayangkan, jika beliau berada di tempat peniaga-peniaga yang mengalami kerugian itu bagaimana agaknya reaksinya?  Mungkin bakar diri juga sudahnya.  
Sewajarnya pihak polis dan kerajaan tidak perlu mengambil pusing dengan rengekan Ambiga.   Persetankan saja jika Ambiga dan kuncu-kuncunya menuduh pihak polis sebagai tidak professional jika tidak melindungi privasinya kerana percayalah, mereka akan tetap menuduh yang sama tak kira apa pun kebaikan yang dilakukan oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan mereka, masyarakat dan negara keseluruhannya.  
KEPADA PIHAK POLIS, KITA MENYERU AGAR JANGAN SEKALI-KALI LUPA BAHAWA BEBERAPA RAKAN ANDA HAMPIR KEHILANGAN NYAWA KERANA AMBIGA.  
JANGAN LUPA LAUNGAN PERUSUH YANG INGIN MEMBUNUH SEMUA POLIS-POLIS YANG ADA.  
DAN JANGAN LUPA PEGANGAN UNDANG-UNDANG AMBIGA IAITU: MELERAIKAN DEMONSTRASI ADALAH PERBUATAN TIDAK DEMOKRATIK. 
AKHIR SEKALI, JANGAN LUPA BAHAWA MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA PESERTA DEMONSTRASI BERSURAI ADALAH SATU BENTUK EGANASAN POLIS?MENGIKUT AJARAN AMBIGA.  
Justeru, biarlah rakyat berdemo di hadapan rumah Ambiga dengan apa saja cara yang mereka suka termasuk mengganas sekali pun.  
Jika beliau ingin rakyat berhenti mengganggunya, bayar saja pampasan kerugian yang dialami mereka, habis cerita.  Kalau tak ada duit, jual saja rumah agam tersebut dan kembalilah ke estet kalau pun tidak ke negara asal nenek moyangnya.  Tapi tak mungkin Ambiga tak ada duit.  Entah berapa dana Zionis NED yang diterimanya dan entah berapa yang disonglapnya pun tak ada siapa tahu.  Tak gitu? 


   Last kopek: DAP cuba 'beli' Tunku Aziz

  • PDF
tunkuaziz-bersih
TERJEMAHAN TEMUBUAL THE STAR DENGAN TUNKU AZIZ DI DALAM Mana agaknya Lim Guan Eng nak sorok muka dengan pendedahan terbaru Tunku Abdul Aziz Ibrahim ini. DAP selalu mengambarkan ia sebuah parti yang ‘baik-baik’,tak main duit dan sogok jawatan.
Apa yang berlaku pada Naib Pengerusi DAP yang letak jawatan Selasa membuka habis pekong yang terselindung selama ini. Dalam interbiu dengan akhbar The Star yang disiar Rabu,Tunku Aziz mendedahkan Guan Eng ada menelefon pada hari Ahad lalu untuk memujuknya jangan keluar parti.
Ganjaran yang menjadi umpan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ialah fellow dalam badan pemikir Penang Institute yang membolehkannya ‘berjalan sakan’  Katanya kemudianya Setiausaha Politik Ketua Menteri itu,Zairil Khir Johari pula menelefonnya bagitau tawaran itu datang dengan ganjaran elaun RM50,000.
Ini semua sebagai ganti jawatan Senator beliau yang tidak disambung semula. Tunku Aziz bukanlah orang sebarangan.Beliau adalah bekas penasihat Bank Negara dan bekas Naib Presiden Tranparency International.
Nak main-main dengan orang macam ini ..maka Guan Eng kena sebijik dimuka bila beliau sifatkan Setiausaha Agung DAP itu ‘biadap’. Katanya mereka tiada adap dan tiada rasa hormat pada orang. Lebih teruk lagi Tunku Aziz kata Guan Eng orang yang tidak boleh dipercayai.
Katanya keputusan letak jawatan parti itu adalah muktamad dan tidak boleh dipujuk lagi.
BERIKUT KAMI SIARKAN SEDUTAN TERJEMAHAN TEMUBUAL TUNKU ABDUL AZIZ DENGAN THE STAR
Terjemahan temubual bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan The Star Rabu.
S: Bagaimana malam tadi (selepas umum keluar DAP) ?
A: Saya fikir ia lancar, telefon saya tidak berhenti berdering selama dua jam. Saya terpaksa untuk mematikannya kerana terlalu banyak panggilan masuk dan juga  SMS yang diterima dari seluruh negara.
S: Adakah anda tahu berapa banyak panggilan anda terima?
Cukup banyak, Ssaya tidak tahu siapakah mereka, kerana mereka bukan orang yang  saya kenali, kerana jika tidak nama mereka akan muncul di skrin. Saya percaya sesetengahnya mungkin wartawan, saya jawab hanya satu, yang saya kenal (wartawan) dari Sin Chew, saya katakan bahawa tiada apa lagi yang hendak dikatakan malam ini selepas apa yang saya katakan di TV.

 S: Adakah terdapat panggilan dari pemimpin-pemimpin parti DAP?
Tiada. Tiada sesiapapun. Mesej yang datang daripada ahli parti. Semua mengatakan bahawa mereka menghormati keputusan saya dan mereka dan kesal kerana saya telah membuat keputusan untuk keluar parti.
S: Adakah anda memberitahu pemimpin DAP sebelum perletakan jawatan anda disiarkan media bahawa anda akan berhenti?

Sebelum ini, sejurus selepas Bersih, saya telah sebutkan dalam e-mel saya kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) bahawa memandangkan apa yang mereka katakan bahawa wujud sentimen (rasa tidak puas hati) terhadap saya. Saya kata, saya akan meletakkan jawatan dari CEC. Dan selepas waktu yang sesuai, saya akan meletak jawatan dari parti jika ia akan memulihkan keharmonian dalam DAP. Mereka tidak menjawab, tetapi Lim Kit Siang ada datang ke rumah saya, dua kali, yang pada dasarnya untuk mengatakan bahawa beliau berharap sangat ia tidak berlaku (letak jawtan dan keluar parti).
S: Adakah itu kunjungan biasa tanpa urusan rasmi?
Kit Siang dan saya cukup serasi, kami bersahabat. Jadi kunjungan tersebut adalah kunjungan mesra,  antara dua sahabat. Lawatan terakhir tempat minggu lepas. Tetapi mereka tahu bahawa saya akan memberikan interbiu (kepada NTV 7) kerana saya memberitahu Ketua Staf Ibu Pejabat parti untuk memberitahu semua ahli CEC bahawa saya akan ditemubual (oleh NTV 7). Saya mengandaikan mereka dapat menduganya.
S: Apakah tiada sesiapa pujuk dan berkata Tunku, tidak payah ke udara ?
Kit Siang mengatakan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan saya, beliau tidak berkata jangan ke udara, dia tahu bahawa saya akan menggunakan kebijaksanaan saya. Ketakutan utama mereka adalah bahawa ini (temubual tersebut) mungkin akan dieksploitasi.
Saya mahu ia menjadi jalan keluar yang bermaruah, dan berlaku adil. Kerana saya tidak melawan parti. Saya tidak setuju dengan sikap setiausaha agung. Khususnya apabila beliau mula-mula bertemu dengan saya, (selepas kritikan terhadap Bersih) beliau menuduh saya bertentangan dengan pendirian parti yang menyokong Bersih. Saya tidak apada bila-bila masa menentang Bersih.  Saya sentiasa menyokong Bersih untuk apa Bersih perjuangkan.
Saya bercakap untuk pilihanraya yang bebas dan adil beberapa kali. Tidak sebagai naib pengerusi DAP tetapi dalam kapasiti saya yang lain. Jadi untuk mengatakan bahawa Tunku menentang Bersih yang mana parti dan Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk menjayakannya, adalah tidak jujur. Entah bagaimana ia tidak berkeupayaan untuk melihat perbezaan di antara menyokong aktiviti bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, dan tidak menyokong aktiviti yang melanggar undang-undang. Terdapat perbezaan yang saya fikir mereka sengaja diabaikan. Lim Guan Eng menuduh saya sesuatu yang tidak saya lakukan.
S: Adakah anda akan mengatakan bahawa hubungan anda dengan Guan Eng tidak begitu mesra walaupun sebelum ini anda telahdijemput oleh bapanya, apakah anda rasa si anak tidak benar-benar berminat dengan anda?
Hubungan saya dengan Guan Eng sebelum ini mesra. Kedua-dua mereka (Kit Siang dan Guan Eng) yang menjemput saya, dan kerana penghormatan saya untuk Kit Siang, saya tidak teragak-agak sedikitpun(selepas dijemput)  kerana merasakan ini akan memberikan saya peluang untuk berada dalam parti tanpa menjadi seorang ahli politik, dan merupakan peluang untuk meneruskan kerja saya mempromosikan integriti, kedua-dua dalam kerajaan dan sektor korporat. Dalam erti kata lain, peluang untuk terlibat dalam membanteras rasuah, yang merupakan misi utama saya. Kerana tiada pihak lain yang sebenarnya secara terbuka berkata, anda tahu, kami akan memerangi rasuah kecuali DAP. Ia amat menarik.
S: Ini adalah usaha pertama anda ke politik?
Sudah tentu.
S: Adakah anda menyesal, empat tahun kemudian perlu meletakkan jawatan dari parti?
Saya rasa saya sedikit naif apabila memikirkan bahawa idealisme yang saya pegang adalah sebenarnya idealisme yang DAP amalkan. Saya tidak tahu mengenai parti-parti politik yang lain tetapi saya menjangkakan mereka lebih kurang sama.
S: Sebagai seorang yang sentiasa berjuang menentang perkara-perkara yang tidak beretika, apakah anda akan mengatakan DAP sebuah parti yang beretika selepas empat tahun berada di dalam?
Saya tidak akan berkata begitu. Sebagai contoh ... salah satu daripada pemimpiun utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dan apabila ada ahli lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak di bawah karpet dan tiada tindakan diambil. Bagi saya, ia tidak cukup ini kerana Pakatan Rakyat adalah kerajaan Selangor dan DAP mempunyai ahli majlis yang dilantik di Selangor, PJ. Walaupun orang mengatakan "oh, ini perkara kecil", bagi saya, ia adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu sendiri. Dan jika itulah sikap kamu terhadap undang-undang yang telah dibuat itu, pada saya, ia menunjukkan keadaan pentadbiran yang sangat menyedihkan dan pertimbangan yang buruk.

S: Adakah anda membangkitkan isu ini?
Saya bangkitkan isu ini, tetapi saya tahu ia bukan isu yang mereka mahu dengar. Dan jika anda lihat baru-baru ini laporan Dr Cheah dalam akhbar The Star (ADUN Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin), ini adalah isu yang sama. Terdapat orang baik dalam DAP yang mahu melihat bahawa kita melakukan perkara dengan cara yang beretika, tetapi terdapat orang lain yang anda tahu hanya akan pergi ke hadapan dan  melanggar peraturan mereka sendiri. Jika anda melakukan ini, lambat laun orang akan bertanya, bolehkah orang-orang ini benar-benar dipercayai untuk tugas yang lebih besar?
S: Apakah ada perkara-perkara lain yang membimbangkan anda dalam pentadbiran Selangor?
Saya berfikir bahawa secara berpasukan mereka telah mentadbir dengan baik, kita perlu beri kredit untuk itu. Tetapi ada seorang dua dua anggota exco mereka perlu diletakkan di bawah pemantauan teliti. Saya fikir apa yang Dr Cheah ketengahkan sebahagian kecil masalahnya.
S: Pulau Pinang.. adalah lebih baik daripada Selangor?
Saya fikir Pulau Pinang diurus dengan baik. Saya akan berkata ia ditadbir dengan baik, tetapi terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Antara perkara yang membimbangkan ramai orang adalah hakikat bahawa selepas beberapa tahun mentadbir negeri tersebut, kerajaan negeri masih gemar menyalahkan pentadbiran kerajaan sebelum ini, ia kelihatan seperti tukang yang tidak pandai menyalahkan perkakas.
S: Anda dikenali sebagai seorang yang berintegriti, apakah Bersih satu-satunya masalah anda dengan kepimpinan parti, apakah ada isu-isu lain?
Bersih yang melebarkan jurang ketidak sefahaman kami. Tetapi jelas, seperti mana-mana organisasi atau parti, wujud perkara-perkara yang tidak mengembirakan anda, tetapi tidaklah sampai anda berfikir mahu keluar parti. Tetapi bagi saya, isu etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting. Itulah mungkin sebabnya saya naif, kerana saya percaya bahawa integriti adalah samada anda mempunyai atau tidak sama sekali. Anda tidak boleh mengatakan, anda tahu, ya, ini adalah 70 peratus ...
Tidak ada separuh-separuh untuk intergriti, samada mempunyainya atau tidak. Sebagai contoh, apabila PBT memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap penjaja haram, salah seorang dari pemimpin utama parti campur tangan dan mengatakan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada orang ini kerana mereka adalah penyokong parti. Bagi saya, ini adalah satu perbuatan serius yang menganggu sistem operasi dan pentadbiran kerajaan tempatan.
Ramai orang kita lupa bahawa kerajaan tempatan adalah pengalaman awam pertama berurusan dengan kerajaan. Ramai daripada mereka tidak berurusan dengan Putrajaya atau mana-mana kementerian, tetapi bagi orang biasa seperti anda atau saya yang tinggal di daerah atau kawasan tertentu, ia semua kerajaan tempatan.
S: Adakah Tunku Aziz seorang Melayu akan menerima layanan yang sama jika beliau merupakan Cina Malaysia? Jemputan anda, jawatan yang anda lepaskan apakah ada kena mengena dengan perkauman?
Saya tidak fikir begitu. Kecuali, saya berurusan dengan seseorang yang nampaknya tidak boleh melihat gambaran keseluruhan. Saya menyokong Bersih tetapi saya tidak menyokong melanggar undang-undang. Semudah itu. Anda boleh periksa, saya tidak menentang Bersih, saya menantang pendirian mahu duduk dan bantah di Dataran Merdeka kerana mahkamah telah
mengeluarkan perintah larangan. Mereka mengatakan, ia bukan milik DBKL. Tetapi bagi saya, sesiapa yang menjaga tempat itu, mereka mempunyai tanggungjawab.
S: Jadi, apa seterusnya?
Saya memberikan pertimbangan yang sangat berhati-hati untuk ini (keluar parti). Tindakan yang saya bukan dibuat ketika marah, saya berbincang dengan keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat saya, dan semua berkata perkara yang sama. Parti jelas tidak bersedia untuk menempatkan seseorang seperti saya. Saya dikenali akan meluahkan apa saja, (yang dirasakan benar) dan bukan seorang yang hanya komen yang baik-baik sahaja, pada saya, itu tidak beretika.
Masa depan... apabila saya menyertai parti, saya tidak mempunyai cita-cita lain kecuali menjadi ahli, dan cuba menerapkan kepada parti beberapa nilai-nilai yang berasaskan integriti dan etika, tadbir urus yang baik, perjuangan membanteras rasuah, dan sebagainya.
Saya tidak pernah minta untuk dilantik naib pengerusi, mereka kemudian mahu melantik saya, saya kata baiklah. Saya tidak pernah memohon untuk dilantik sebagai senator. Saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari kerajaan, walaupun anda tahu sebagai Bumiputera saya layak. Tapi saya fikir kerana saya masih menentang dasar ekonomi baru. Terutamanya apabila saya melihat bahawa mereka telah terpesong dari tujuan asal. Saya tidak pernah meminta-minta.
Tetapi apabila penggal saya (sebagai senator) bakal berakhir, Dewan Negara telah menghantar surat maklumat kerajaan Pulau Pinang. Pada ketika itu, saya menghantar Guan Eng nota menggunakan iPhone saya jika surat itu tiba, dan anda fikir mahu melanjutkan penggal saya, saya bersedia untuk berkhidmat, itu saja. Beliau berkata ya, okay, dan kemudian dia dengan manis berkata kepada saya bahawa dalam satu mesyuarat CEC baru-baru bahawa beliau sudah meletakkan nama saya dan mahu mengumumkan lanjutan penggal saya di dalam mesyuarat CEC tersebut tetapi teringat bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian kerana perkara perlu pengesahan dari DAP Pulau Pinang dan kerajaan negeri.
Kemudian selepas kenyataan Bersih, Kit Siang bertemu saya dan berkata ia adalah malang penggal senator saya tamat diwaktu-waktu begini. Katanya mungkin agak sukar bagi mereka untuk mencalonkan saya lagi. Dan saya berkata kepadanya, jika itu akan menyebabkan sebarang masalah bagi parti, sila jangan masukkan nama saya. Saya tidak pernah meminta pun dan saya tidak mahu yang saya dicalon semula bakal menjadi punca ketidakharmonian dalam parti. Jadi, mereka lakukan apa yang saya memberitahu mereka untuk tidak meletakkan nama saya.
S: Saya rasa (jika anda tidak beritahupun) mereka akan menggugurkan anda?
Oh, sudah tentu. Saya pasti mereka mengalu-alukan. Tetapi saya mahu kedudukan saya jelas sepenuhnya. Saya tidak menonjol diri ke hadapan. Saya juga katakan kepada mereka, tidak ada sesiapa lebih besar dari parti. Jika pada pendapat anda, saya telah melampaui batas, sayamengharapkan anda mengambil tindakan. Saya menggalakkan. Siasat saya melalui prosedur tatatertib.
S: Bila anda beritahu mengenai perkara itu?
Selepas saya ditegur. Dia (Guan Eng) membangkitkan beberapa perkara, saya telah melakukan ini, itu, dan yang lain. Dan mereka mengatakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang begitu serius sehingga memerlukan tindakan tatatertib, saya kata lakukan kerana itulah kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan adalah mengenai menangani tugas-tugas yang tidak menyenangkan dan tidak mengelaknya. Saya memberitahu Guan Eng, saya akan berfikir lebih banyak mengenai anda jika anda mengambil tindakan sewajarnya. Memanglah susah tetapi menjadi tanggungjawab anda demi kepentingan parti.
S: Apa yang beliau katakan?
Tiada reaksi. Tiada reaksi ketika saya mencadangkan bahawa saya mahu meletakkan jawatan dari CEC dan selepas beberapa waktu, saya akan meninggalkan parti.
S: Adakah anda kecewa dengan Guan Eng sebagai pemimpin? Anda jelas mempunyai kagum dengan bapanya.
Si anak berlainan. Saya tidak mahu menjadikannya isu peribadi. Beliau adalah seorang pemimpin yang baik, selain itu, pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, ini adalah dari pemerhatian saya.
S: Jadi dia pendengar yang baik?
Oleh pengamatan saya, dia perlu belajar untuk mendengar lebih banyak dan memberikan semua orang peluang untuk didengar. Anda perlu belajar dahulu, saya fikir, agak sederhana kerana bukan anda yang perlu katakan apa yang telah anda lakukan untuk Pulau Pinang. Biar rakyat Pulau Pinang memutuskan. Bahawa benar pencapaian yang anda lakukan. Apabila orang mengatakan "yang dilakukan dengan baik Guan Eng". Tetapi apabila anda melaungkan CAT (slogan DAP untuk "kecekapan, akauntabiliti, ketelusan)? Apakah CAT? (orang ramai mengatakan) CAT adalah slogan. Tetapi bagi Guan Eng tidak. Apabila ia datang kepada 1Malaysia, 1Malaysia hanyalah slogan (bagi Guan Eng). Tetapi CAT tidak.
S: Jika semua ini tidak berlaku, anda akan bertanding sebagai calon jika anda diminta? Ya.
S: Adakah sesiapa bercakap kepada anda tentang itu? Tidak.
S: Tiada siapa yang bercakap kepada anda tentang perkara ini?
Tiada sesiapa, walaupun saya telah berkata kepada Guan Eng, Kit Siang, jika mereka perlukan, jika mereka kekurangan  calon dan rasa saya berkhidmat, saya sudah bersedia. Anda tahu, walaupun pada usia saya, jika pihak yang merasakan mereka memerlukan perkhidmatan saya, saya bersedia untuk berkhidmat.
S: Adakah ini penamat karier politik anda (dengan DAP)?
Tentu sekali, tidak ada soalan. Tetapi apa yang benar-benar membuat saya akhirnya memutuskan untuk meninggalkan DAP adalah kejadian Ahad lepas kira-kira jam 8.43 pagi. Saya menerima panggilan telefon daripada Guan Eng. Saya tidak tahu sama ada ia untuk mengambarkan penyesalan atau mereka merasakan perlu mengantikan saya (memberi pampasan) dengan sesuatu berikutan khidmat saya sebagai senator tidak disambung. Beliau menawarkan saya jawatan kanan di di Institut Pulau Pinang, dengan kemudahan perjalanan sebagai salah satu daya tarikan ... Dan saya berkata saya perlu berfikir tentang hal itu.
Sehingga semalam, selepas saya telah membuat keputusan (meninggalkan parti). Pembantu beliau menelefon saya pada waktu makan tengahari mengulangi tawaran bosnya, tetapi menambah bahawa kali ini terdapat wang saku sebanyak RM50, 000 setahun, bersama-sama dengan faedah lain. Saya menganggap tawaran tersebut sepenuhnya menghina. Sama sekali menghina, dan saya hanya boleh menyimpulkan bahawa ia telah datang daripada seseorang yang mempunyai tidak berakal dan tidak mempunyai walaupun sedikit rasa hormat. Adakah beliau fikir saya ini orang jenis apa? Satu penghinaan, petama kerana anda 'menyerang' saya dengan sebab yang salah, kemudian tidak sambung pengkhidmatan saya, dan kemudian ditawarkan jawatan kanan di Institut Pulau Pinang. Ini adalah hal yang saya bimbangkan, orang ini tidak mempunyai rasa kesopanan, dalam erti kata lain.
S: Beliau tidak mempedulikan e-mel anda, kemudian menghina anda ... Dan saya rasa sebagai seorang lelaki yang dikenali dengan etika dan integriti, Institut Pulau Pinang ini berbunyi seperti rasuah.
Ia adalah rasuah. Bagi saya, sebagai orang tua/lama... perkataan Melayu yang sesuai menggambarkan perbuatan mereka kepada saya adalah "biadap". Itulah yang benar-benar membuat saya memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan lelaki ini.
S: Adakah anda berfikir bahawa ada tekanan dari Anwar Ibrahim atau orang lain untuk melakukan semua ini?
Saya tidak terfikir sehingga ke situ, tetapi Kit Siang ada memberitahu saya terdapat banyak tekanan daripada Pakatan Rakyat. Dan pada ketika itu saya berkata kepadanya, saya tidak menyertai Pakatan Rakyat. Setakat yang saya tahu, saya menyertai DAP. Saya ahli DAP. Hakikat bahawa kita adalah sebahagian daripada gabungan itu adalah suatu perkara yang berbeza, tetapi saya tidak menjual jiwa saya kepada parti dan sudah tentu tidak Pakatan Rakyat.
S: Anda seolah-olah keberatan untuk bercakap tentang Anwar, ada sebab tertentu?

Saya mahu mengekalkannya pada tahap yang bermaruah. Saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya katakan. Saya mahu menjadi adil kepada Guan Eng yang tiada di sini untuk mempertahankan parti atau dirinya. Tetapi Anwar, saya tidak pernah menjadi seorang yang mengagumi Anwar. Saya tidak kenal dia.
S: Jadi, bagaimana anda rasa (selepas letak jawatan?)
Saya rasa bebas. Ia adalah langkah yang diberkati, saya menerima banyak mesej galakan daripada orang-orang seperti Koh Tsu Koon, Presiden Senat, lain-lain lagi.
Ada yang datang berjumpa dengan saya, kami duduk dan minum bersama-sama. Orang-orang ini, mereka telah cuba dengan baik untuk mengubah DAP di peringkat mereka. Mereka mendapati terdapat kronisme yang begitu banyak, begitu banyak puak. Jika anda tidak tergolong dalam puak tertentu, anda disingkirkan, jika anda membuat komen yang tidak menguntungkan, anda disingkirkan. Saya rasa tiada parti yang bebas dari semua ini.
Chow (Chow Kon Yeow), ketua DAP Pulau Pinang, menghantar mesej yang mengatakan bahawa beliau menghormati keputusan saya. Beliau sepatutnya menjadi Ketua Menteri lagi mereka pilih Guan Eng. Beliau Ketua Menteri, Setiausaha Aguang parti dan Ahli Parlimen.
S: Apakah anda fikir PR akan tawan Putrajaya (menang PRU 13)?
Pada masa ini, saya fikir ini keadaan yang ada hari ini adalah yang paling hampir kepada Putrajaya, pakatan yang ada sangat rapuh kerana mereka tidak mampu untuk menyelesaikan beberapa soalan yang asas sebelum pergi kepada pilihan raya.
Sebagai contoh, negeri Islam. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menyelesaikan ini kerana PAS tidak akan meninggalkan ia. Ia adalah tunjang kepercayaan agama dan politik mereka. Ia seperti meminta seseorang untuk meninggalkan prinsip-prinsip mereka.
S: Apakah ini yang ada lihat? 
Ini adalah apa yang saya lihat dari dalam. DAP, sebagai contoh, tidak gembira dengan sikap PAS. Satu hari mereka berkata ya, kita tidak akan menjadi sebuah negara Islam, hari seterusnya berkata, sebaliknya. Demi kepentingan politik mereka bersatu tetapi tiada perpaduan kukuh di dalamnya (PR). Anda boleh lihat, Karpal yang kecewa. Persoalannya bagaimana anda boleh pergi ke medan peperangan (bersama-sama) apabila strategi anda telah dikompromi kerana ideologi yang berbeza?
S: Jadi apa yang anda akan lakukan selepas ini?
Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus berkhidmat di negara kita, dan saya fikir saya telah mendapat banyak pendedahan, baik dalam perniagaan serta organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sekretariat Komanwel. Jika kerajaan atau sesiapa sahaja yang difikirkan saya mungkin berguna, saya gembira untuk berbuat demikian bagi negara kita.
Tetapi tidak akan menyertai politik lagi. Sebagaimana yang mereka katakan, sekali digigit dua kali malu. Tetapi dalam kes ini
sekali digigit, selama-lamanya malu. Sekali cukup la. Saya naif dan kadang-kadang sangat bodoh, tetapi saya percaya saya melakukan perkara yang betul. -16/5/2012 TERJEMAHAN BEBAS HELME HANAFI


KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada rakan-rakan wartawan yang hadir ke Sidang Media Khas ini.

Saya, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz, seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan beramal di Tetuan Azam Aziz & Co.

Majlis Peguam melalui Circular No 092/2012 bertarikh 4 hb Mei 2012 kepada semua Ahli Majlis Peguam dan Pelatih Dalam Kamar satu Notis EGM Malaysian Bar yang di adakan pada 11 hb Mei 2012 jam 3 petang bertempat di Sunway Putra Hotel KL.

Notis tersebut turut mengandungi Agenda EGM iaitu :-

1. “ To discuss the motion in relation to the events of and surrounding the public rally on 28 April 2012 organised by BERSIH 3.0, and matters in connection therewith, proposed by Lim Chee Wee (Chairman Bar Council) on behalf of the Bar Council dated 4 May 2012; and”

2. Any other matters.
Saya telah hadir ke lokasi EGM kira-kira jam 3.10 minit petang pada hari tersebut.

Saya telah beratur di kaunter pendaftaran dan apabila tiba giliran saya, urusetia bahagian pendaftaran telah bertanyakan nombor keahlian saya. Selepas beliau membuat semakan komputer dan mengesahkan nama saya, saya di minta menandatangani borang kehadiran dan terus di berikan pelekat sebagai pas masuk ke dalam dewan.

Saya memasuki dewan kira-kira jam 3.30 petang dan EGM baru hendak di mulakan.

Saya melihat dewan yang berkapasiti 1000 tempat duduk itu hampir penuh dan saya melihat ada tagging untuk kawasan tempat duduk bagi Peguam dan Pelatih Dalam Kamar.

Namun saya dan semua orang di dalam dewan kelihatan bebas untuk duduk di mana-mana berdasarkan perbezaan warna stiker yang di pakai oleh masing-masing. Saya sendiri duduk di barisan kerusi bertanda “Chambering Pupils” dan tiada sesiapa menghalang saya daripada duduk di situ. Begitu juga dengan Chambering Pupils yang saya lihat turut duduk di celah-celah peguam yang lain di barisan-barisan berhadapan dengan saya. Saya melihat Peguam akan memakai stiker bewarna Oren dan Pelatih dalam kamar memakai stiker bewarna biru dan saya juga melihat stiker bewarna kuning yang saya tidak pasti apa statusnya dan semuanya duduk bercampur-campur di merata-rata tempat.

Presiden Majlis Peguam ketika ingin memulakan EGM mengumumkan kehadiran melebihi 1000 orang dan menurut beliau korum telah mencukupi. Beliau juga bersenda apabila menyatakan bahawa kehadiran ke EGM ini jauh melebihi kehadiran ahli Bar Council ke AGM Tahunan Bar Council dan di sambut tepukan dan sorakan mereka yang hadir.

Kira-kira 30 minit saya duduk di dalam dewan tersebut, saya bangun menuju ke mikrofon untuk memohon izin bercakap.

Apabila keizinan di berikan, saya merujuk kembali kepada angka 1000 lebih ahli yang hadir seperti yang di umumkan oleh Presiden Majlis Peguam sebentar tadi . Saya menuntut agar beliau menyatakan secara spesifik daripada 1000 orang yang hadir itu berapa ramaikah antaranya merupakan Peguam dan Pelatih Dalam Kamar kerana saya melihat 3 warna stiker yang berbeza berselerakan duduk di dalam dewan. Saya mencadangkan agar kaedah pengiraan yang lebih telus dan professional di gunakan untuk mengesahkan korum.

Saya mempersoalkan sedemikian kerana saya ragu-ragu samada benar atau tidak korum 500 orang Peguam itu telah mencukupi kerana Pelatih Dalam Kamar tidak lagi di kira sebagai ahli Majlis Peguam dan mereka tidak layak mengundi.

Saya juga mempersoalkan tentang keabsahan identiti semua orang yang hadir ke EGM pada hari tersebut kerana ketika pendaftaran, Urusetia langsung tidak meminta apa-apa dokumen pengenalan diri dari saya dan hanya semata-mata percaya kepada sebutan nombor keahlian saya. Saya juga melihat semua yang mendaftar di kaunter pendaftaran dalam jarak dan selangmasa yang sama seperti saya juga tidak di minta mengemukakan apa-apa bukti dokumen pengenalan diri. Saya merasakan ramai “pengundi hantu” bakal mengundi dalam EGM Bar Council ini.

Saya juga mengesahkan beberapa orang wartawan dan orang awam telah menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai “Peguam” kerana beberapa orang daripada mereka telah menemui saya di luar dewan dan menyatakan sokongan mereka terhadap persoalan yang saya telah timbulkan dan apabila saya ingin bertukar-tukar namecard dengan mereka serta bertanya mereka dari firma yang mana, mereka tersenyum lalu menunjukkan id PRESS kepada saya yang di sembunyikan di dalam poket. Dan mereka memakai stiker berwarna Oren sama seperti “Peguam” yang lain.

Saya juga mempersoalkan tentang stiker yang di berikan kepada setiap “ahli” kerana tiada terdapat sebarang nombor siri atau ciri-ciri keselamatan tertentu bagi mengelakkan bilangan stiker di keluarkan melebihi jumlah kehadiran atau stiker tersebut boleh sewenang-wenangnya di berikan kepada sesiapa sahaja kerana langsung tiada identifikasi nombor siri dan identity pemakainya di adakan oleh sebuah badan yang di katakan professional seperti Bar Council.

Presiden Bar Council menjawab bahawa “Ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali AGM atau EGM Bar Council sejak sekian lama dan beliau menyindir saya dengan menyatakan saya perlu membiasakan diri dengan “tradisi” dalam Majlis Peguam seperti ini kerana beliau lebih lama menjadi ahli berbanding saya”.

Saya tidak berpuas hati dengan jawapan beliau tersebut dan saya mengulangi kesangsian saya terhadap identity semua yang hadir di dalam dewan EGM dan seterusnya mewajarkan untuk saya mempercayai bahawa korum 500 orang Peguam itu tidak dapat di sahkan dan seterusnya saya meragui kesahan perjalanan EGM ini mengikut peruntukan seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum.

Walaupun saya berseorangan dan di sorak dengan pelbagai ajukan provokasi terhadap saya, saya tetap kekal berdiri mempertahankan pendirian saya. Sesungguhnya Kebebasan Bersuara saya seperti yang terjamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kelihatan tidak di hormati oleh majoriti “peguam” di dalam dewan EGM tersebut.

Apabila tiba waktu mengundi, saya melihat system yang di gunakan oleh sebuah badan yang kononnya professional ini tiada bezanya dengan kaedah pemilihan ketua darjah murid di sekolah rendah iaitu secara mengangkat tangan. Walaupun Presiden Majlis Peguam mengingatkan bahawa Pelatih Dalam Kamar tidak boleh mengundi, tetapi saya melihat dengan jelas mereka yang memakai stiker selain daripada warna oren turut mengangkat tangan. Hanya 6 orang di tugaskan untuk mengira tangan yang di angkat oleh melebihi 1000 orang dalam dewan tersebut.

Kemudian Presiden Majlis Peguam dengan bangganya mengumumkan bahawa seramai 1265 orang hadir ke EGM tersebut dan 939 orang mengundi bersetuju dengan usul manakala hanya 16 orang ahli yang tidak menyokong usul. Maka “rules of majority” terpakai.

Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara pengendalian EGM sebuah badan yang di katakan Profesional dan berpengaruh seperti Bar Council ini terutamanya ketika Bar Council terlalu lantang mengkritik menuntut supaya pembersihan daftar pemilih SPR, mengkritik kesilapan menaip nombor kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih, menimbulkan keraguan terhadap beberapa nombor kad pengenalan pengundi yang bertindan, memperjuangkan penggunaan dakwat kekal dalam pengundian, menunjukkan perasaan anti terhadap kewujudan Pengundi Hantu dalam daftar pemilih menuntut SPR supaya bersikap Profesional dan berbagai lagi tuntutan Bar Council sebelum ini TETAPI MALANGNYA proses perjalanan EGM dan AGM Bar Council ini sendiri carca marba dan di penuhi pengundi hantu yang berlakon sebagai “Peguam”.

Jika mengendalikan EGM untuk jumlah 1000 orang pun kelihatan carcamarba, tidak sistematik, menyediakan banyak ruang untuk penipuan pengundian, ketiadaan satu system daftar pemilih untuk hanya 1000 orang peguampun gagal di lakukan oleh Majlis Peguam, bagaimana mereka boleh tanpa rasa malu mempertikaikan pihak lain yang terpaksa menguruskan daftar pemilih bagi berjuta orang pengundi dan melibatkan lokaliti pengundian di seluruh Negara yang di desaknya seharusnya sempurna sedangkan EGM Bar Council sendiri ramai pengundi hantu?

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ayam berkokok berderai-derai, ekor sendiri bergelumang tahi.

Kuman seberang lautan jelas nampak, gajah di depan mata tak nampak pulak.

Jika tinggal di rumah kaca, jangan membaling batu ke rumah kaca jiran sebelah.

Jangan bercakap soal kebersihan jika diri sendiri adalah pengotor.

Oleh itu, DEMI UNTUK MEMELIHARA INTEGRITI DAN PROFESIONALISME BADAN PEGUAM DARIPADA DI ROSAKKAN SECARA SEWENANG-WENANGNYA OLEH INDIVIDU-INDIVIDU BERKEPENTINGAN TERTENTU DAN DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP SIKAP BERKECUALI DAN BERTINDAK MENGIKUT SALURAN PERUNDANGAN BERASASKAN PRINSIP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, saya dengan ini memanggil Sidang Media Khas ini untuk memaklumkan bahawa SEBAGAI AHLI MAJLIS PEGUAM, SAYA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGGUNAKAN SALURAN PERUNDANGAN YANG SAH UNTUK MENGEMBALIKAN INTEGRITI MAJLIS PEGUAM.

Maka saya berhasrat untuk mengambil satu tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam yang antara lain permohonan saya kepada mahkamah nanti meliputi SATU PERMOHONAN DEKLARASI BAHAWA EGM BAR COUNCIL BERTARIKH 11 HB MEI 2012 SEBAGAI TIDAK SAH DAN TERBATAL.

Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah nanti untuk membuat sebarang keputusan dan perintah.

Sekian dan terima kasih.

Bertarikh : 12 hb Mei 2012


AZAM AZIZ & CO



Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ