TUDIAAAAA.....BAIK SUNGGUH CARA DAP SAMBUT LAMBUNGAN ISU HUDUD OLEH N.AJIS. BAIK PUNYA LAMBUNG UNTUK DILIBAS BRO!!! SIAP SERVIS KUDA LAGI.
Kepimpinan pusat DAP letak jawatan jika hudud jadi agenda Pakatan
September 25, 2011
KUALA
LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam
keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika
pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan
Rakyat.
Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.
Menurut laporan Star Online hari ini, Lim (gambar) menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.
Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.
“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.
Kedua-dua PAS dan DAP bertembung dalam mencari penyelesaian berhubung kontroversi tersebut.
Awal hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat PAS mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan perikatan itu Rabu ini.
Sehubungan itu Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif ini - yang melibatkan pendirian DAP dan PAS sejak sekian lama.
Semalam, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.
Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.
“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.
Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

0 Responses to KEPIMPINAN DAP SAMBUT BAIK ISU HUDUD