Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Aku baru sahaja membaca blog ABitW mengenai kes bekas CD Kementerian Pelancongan, Dato Mirza Mohd Taiyab. Sepertimana kita ketahui beliau telah dibebaskan dari pertuduhan dan didapati tidak bersalah. Lalu kes ini menjuruskan pula kepada satu kes fitnah yang berbentuk konspirasi. Dan pihak yang terbabit ialah Dr. Kamsiahyang merupakan isteri kepada blogger penghibur Malaysian DJ yang mengaku bekerja dgn Blader Anvar(tengok muka tak layak jadi cofee boy, tak jambu) dan begitu megah mengaku kaitannya dengan pakar bom(chong) RePeK. Pada bahagian mengenai dirinya ada seorang anaknya yang bernama Thalya Merican yang belajar di The British International School, Phnom Penh, Kingdom of Cambodia menulis:
This is an e-mail I received on December 25, 2007 from my 16-year old daughter, Thalya Merican who is a student at The British International School, Phnom Penh, Kingdom of Cambodia:
“Dad,
This is Thalya in Phnom Penh.I am happy to know you have become a serious blogger with your own blog. I enjoy the poems posted on your blog. I am not into politics of Malaysia, but I am pleased to read about many things, good and bad, that are happening out there. You are cool.
Merry Christmas and a Happy New Year. Love, Yaya“.
*************************************************************************************
**Depa ni sambut krismas ka? - mungkin aku silap.
Sebagai rakyat marhien aku tertanya-tanya mengenai tuah anak ini yang berpeluang mendapat pendidikan tahap perdana(premier education), manakala bapanya pula bersekongkol dengan orang yang sentiasa berusaha dengan penuh inisiatif dan kreatif(kepala hangguk lu) untuk mengucar-kacirkan iklim politik dan ekonomi Malaysia, manakala ibunya seorang dentist terkenal pula menjadi sebahagian dari watak untuk satu komplot yang kotor terhadap manusia yang cuba mempertahankan profesionalismanya(aku ambil pendirian ini setelah mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kes berkenaan).
**************************************************************************************
Berbalik pada Azalina, aku merasa sungguh kecewa dengan cerita terkini mengenai beliau. Suatu ketika dulu, aku cukup bangga melihat dia dikaca TV berhujah dengan penuh idealism semasa zaman beliau mula mendekati dunia politik. Tetapi bila sudah mula memegang kuasa politik dan dapat jadi menteri segala sifat idealismnya hilang begitu sahaja. Dan aku juga kecewa bila tutrunya terhadap orang yang membimbing politik beliau, iaitu TDM amat biadap dan tidak sepatutnya keluar dari mulut beliau hanya kerana hendak membodek bekas PM yang iltizamnya untuk tidur melebihi iltizam untuk berkhidmat kepada rakyat. Perlukah UMNO dengan pemimpin seperti ini?
*************************************************************************************
Pening sungguh aku dengan setiap kejadian yang membabitkan elitis tika ini, baik didalam BN mahupun dipihak kakai bangkang.
Selalunya dia belit orang, kali ini dia terbelit pula oleh soalan dari seorang layman.
Terimakasihlah diucapkan kepada marahku
Dari minaq jinggo:
| ||||||||
******************************************************************************************
Hmmm......Ketua Pemuda Setia kat Wang bolehlah menghela nafas lega kerana peranan sebagai pertahanan kepada dasar kerajaan yang kritikal ini kini diambil alih oleh NGO.
Baru kini ku tahu berdemonstrasi bukanlah pilihan Ketua Pemuda Setia Kat Wang. Tetapi pada zaman Hishamuddin dulu siapa yang dok pi berdemonstrasi? Beruk ka? Ini petikan dari kenyataan beliau:
KetuaPemuda: Demonstrasi ISA : Pemuda Ambil Sikap Berkecuali
Posted on Sunday, July 26 @ 07:55:08 MYT
Topic: Berita Terkini
Oleh Haris Razali
Alor Star -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu mengambil sikap berkecuali daripada menyertai dua kumpulan yang merancang mengadakan demonstrasi berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan berarak ke Istana Negara, 1 Ogos ini, sama ada bagi menyokong atau membantah undang-undang terbabit.
Beliau seterusnya menyifatkan perarakan itu sebagai tidak wajar kerana ketika ini pindaan terhadap ISA sedang dikaji dan diperhalusi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN), sekali gus tidak wajar rakyat mendahului proses kajian semula undang-undang berkenaan.
"Kita berkecuali….malah saya sendiri dijemput menghadiri demonstrasi itu dari kedua-dua belah pihak tetapi sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya beri arahan kepada ahli supaya berkecuali dalam hal ini kerana pindaan kepada ISA sedang berlaku. Jangan kita mendahului proses kajian semula itu.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah arahkan KDN melakukan proses kajian semula, jadi tidak payahlah kita nak ada demonstrasi pro atau anti-ISA. Tiada sebab untuk melakukannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin Pemuda UMNO Kedah, di sini, Sabtu.
Beliau diminta mengulas tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah ISA dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang mempertahankan akta itu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum masing-masing pada 1 Ogos ini.
Khairy seterusnya berkata, beliau tidak mempunyai kuasa melarang secara fizikal ahli Pemuda yang ingin menyertai demonstrasi terbabit, tetapi menegaskan mereka yang berbuat demikian bukan kapasiti sebagai ahli pergerakan itu.
Sementara itu, beliau berkata, Pemuda UMNO sedang menumpukan usaha menambah keahlian baru yang terdiri daripada kelompok berpengaruh bagi memastikan kuantiti dan kualiti ahli seiring demi meningkatkan imej sayap parti berkenaan.
"Kita bukan sahaja mahu tarik ahli serta mereka yang berpengaruh malah yang diterima oleh akar umbi.
"Kita percaya gabungan yang ada sekarang digabungkan kelak akan memantapkan lagi organisasi", ujarnya.
Beliau turut meminta ahli Pemuda melontarkan pandangan bernas dalam mesyuarat Pemuda bahagian yang sedang berlangsung ketika ini berhubung pindaan perlembagaan.
"Beri maklum balas secepat mungkin. **Cadangan mereka cukup penting untuk pastikan pemilihan akan datang berjalan baik tanpa ada unsur yang meragukan", katanya.
**Nasihat dari Ketua Pemuda SetiaKat wang yang diragukan!
******************************************************************************************
Dan sebagai Ketua Pemuda BN, kenapa dibiarkan Pemuda Gerakan menyertai pihak GMI? Dimana kesetiaan Gerakan sebagai komponen BN dalam beberapa isu termasuklah isu ini? Atau dia sememangnya hanya Ketua Pemuda kepada segelintir Setia Kat Wang?
Sedutan dari malaysiakini:
Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA | ||
|
"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.
Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.
Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.
Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.
"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada pengerusi GMI Syed Ibrahim (Syed Noh) dan beliau menyambut baik," kata Yong lagi.
*****************************************************************************************
ini aku sedut sebahagian sahaja dari harakah:
Himpunan sebelum dan selepas Zohor, 1 Ogos ini: Siapa berniat jahat?
Ahmad Tajdid Mon | Jul 27, 09 | 3:23:36 pm MYT | |
PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini. Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumumkan cadangannya secara rasmi pada 22 Jun lalu untuk mengadakan perhimpunan Mansuhkan ISA (Mansuh) di ibu negara bertujuan menyerahkan memorandum ke pejabat Yang Dipertuan Agong. Manakala Pewaris yang mendakwa mewakili sepuluh NGO Melayu yang lain menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan menyokong ISA pada tarikh dan tempat yang sama hanya pada petang 21 Julai - hampir sebulan setelah GMI menyatakan hasrat mereka. Antara yang bakal menyertai perhimpunan pro-ISA Pewaris adalah sebuah pertubuhan silat! GMI bersama 83 NGO lain (termasuk Pemuda Gerakan) akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi � kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara � dengan berpakaian hitam dan merah ke Istana Negara. Manakala Pewaris dengan 10 NGO Melayu dan ahli-ahli Silat Lincah akan berada di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari. |
Kenapa mereka tidak menghormati Pemuda BN? Atauapakah mereka menganggap Pemuda BN tiada ketua atau adakah kerana mereka juga tidak mengiktiraf kemenangan yang mencurigakan itu?
Lagi sekali bapak 3 melalui kmu.net memberi izin sepenuhnya untuk aku siar clip ini untuk kita fikir dan renungkan bersama terhadap huru-hara politik, akal dan tindak-tanduk tidak masuk akal pihak yang pada kulitnya nampak ceghedik tapi isi didalam AllahuA'laam....
Video klip ini aku cilok dari kmu.net dengan izin bapak3. Mari kita renung dan fikir.
Tadi aku baru membaca dari blog medanmas-tempursakti yang memaklumkan bahawa pada 1hb ogos 2009 akan diadakan mesyuarat agung tahunan umno bahagian jerai. Dan Dato' Noh Omaq akan meresmikan mesyuarat itu pada sebelah pagi.
Baguihlaaa.....kena dah dengan bahagian yang dia nak pi rasmi tu. Jerai adalah antara penyumbang hasilan pertanian utama seperti padi dan sayur2an. Jerai juga berpantai dan ada nelayan, cuma penghasilan tangkapan ikan yang ada sekarang selalu cukup untuk bekalan tempatan, mungkin ada ruang kelemahan yang boleh Dato' Noh ndap dan baiki. jerai juga ada getah dan sawit, peladang-peladang sektor ini juga wajar merebut peluang untuk bertemu secara mata bertemu mata bercermin dgn Dato'. Jadi dari segi agrikultur jerai ada semua. Tak lupa juga kepada pengusaha kolam ikan dan udang baik kecik atau besaq. Eh eh penternak ayam bersaiz ladang juga ada. Ini peluang besar ni!
Berbalik kepada mesyuarat yang nak diadakan tu dan juga tetamu yang akan hadir nanti cuma satu aku harap, iaitu terjemahkanlah slogan rakyat didahulukan dengan mengurangkan acara-acara berprotokol seperti menyemat bunga didada baju dan makan berasingan dari marhaen. Tetapi kalau ndak sambut dengan gendang silat, tu aku tak bantah. itu budaya. bunyi gendang silat tu aku cukup suka, naik semangat!
Dan aku dok 'wondering' apakah Dato' Bad akan turut hadir? La lupa pula, sahih dia kena hadir, pasai dia pengerusi FAMA Pusat. Tak kan nak buat majlis lain pada hari yang sama pula sebab YB Guaqpun kenalagh juga tunjuk muka sebab dia ADUN BN dan yang mai ni menteri pusat. Dan AJK Pemuda Bahagian juga tentu akan hadir unutk menghormati tetamu yang juga merangkap menteri pusat. Bukan apa, KPI nak kena jaga! To' Razak tentu punya dah kerana aku sering nampak dia hadir dimajlis-majlis 'local' anjuran UBJ.
Nasi kandaq merupakan antara makanan kegemaran rakyat malaysia yang berbilang bangsa , ekspatriat, PADI dan PATI. Dimerata-rata kampung, pekan kecil, pekan besar, bandar kecil, bandar, bandaraya, metropilitan, IPTA, IPTS, KLIA dan lain2 lapangan terbang, Kompleks Kerajaan seperti diPuterajaya, Hospital-hospital dan pelbagai lokasi lagi. Lazimnya ianya dikuasai oleh mamak-mamak Malaysia dan ada juga kaum India yang berugama Hindu menyelitkan diri. Dan jangan hairan jika kaum Cina Malaysia juga ada yang menjalankan perniagaan nasi kandaq ini sepertimana juga nasi lemak dan roti canai. Tetapi kedai ini bossnya adalah melayu. Selain beliau Hj. Ramli juga menjadi sebutan. Tetapi jika dibandingkan, harga makanan disini adalah lebih berpatutan.
Sebut pasai roti canai, jika tahun tahun kebelakangan hendak mencari wanita sebagai penebar adalah hampir mustahil, begitu juga penebar dikalangan bangsa Cina, tetapi kini ia bukan lagi sesuatu yang mustahil. Saya pernah melihat seorang lelaki cina menebar roti canai di SS2 Petaling Jaya semasa saya tinggal sekejap disana. Dan kelibat wanita yang menebar roti canai sekarang merupakan fenomena yang lumrah, seperti lumrahnya kita bertemu pemandu teksi dan bas dari kalangan wanita.
Berbalik kepada kisah Nasi Kandaq Batu 1, Bedong yang amat digilai sekarang ini, saya amat kagum dengan usaha bersungguh boss nasi kandaq berkenaan. Selama saya ikuti perkembangan beliau, eloklah saya paparkan disini sebagai tauladan. Secara ringkas, beliau bukannya memperolehi kejayaan ini dengan mudah. Beliau mengorbankan hampir sepuluh tahun ditempat yang sama sebelum "BOOM"! Merangkak dengan menawarkan kursus menebar roti canai dan memperdagangkan roti canai beku, perjalanan perniagaan agak perlahan, sehinggalah beliau melebarkan sayap dengan menambahkan satu portfolio iaitu nasi kandaq dan ketering. Bermula dengan sambutan dingin, namun berkeyakinan tinggi, beliau terus menjalani kegiatan dengan tabah. Dari terpaksa melambai dan menggamit untuk menarik perhatian pelanggan, kini kerap pula tangan digawang menghala kejalan untuk memberi isyarat lauk-pauk sudah habis dan perniagaan terpaksa ditutup awal.
Jarang benar roti canainya yang tebal lagi gebu, segebu anak gadis yang bekerja penuh mesra melayan pelanggan tinggal berbaki. Seawal pukul sembilan malam yang selalu dapat dilihat hanyalah besen kosong, kulai kilat berminyak dan bekas berisi minyak nyioq yang hanya tinggal.
Seawal pukul tiga petang, perniagaan dimulakan, kecuali hari Ahad dan jika ada tempahan 'catering', jarang operasinya melintasi pukul 12 tengahmalam. Paling-paling lewat pukul 11 malam sudah boleh lihat pekerja-pekerjanya mencuci periuk. Lauk yang menjadi 'killer menu' ialah...aaaa....aaa....ehh...mana ada 'killer menu'! Semua lauk-pauknya setaraf. Habis hampir serentak pada tiap-tiap hari.
Lihatlah semasa pelanggan sabar beratur, tidak ada barisasn untuk melayu sahaja, atau melayu satu barisan, kaum lain satu barisan. Atau dengan kata lain semua bangsa beratur dalam satu barisan!!! Nampaknya nasi kandaq adalah salah satu wadah untuk menyatukan bangsa malaysia!
Secara peribadi aku paling menyukai sambal sotong yang disediakan pada setiap hari. Sotongnya besar-besar dan harga berpatutan, malahan semua harga lauk-pauk adalah berpatutan.
Aku dimaklumkan mereka akan berpindah kepremis baru yang lebih 'environmental' atau dalam bahasa kebangsaannya ialah envairomental untuk kekomfortabelan klien. Kedudukan premis baru adalah dalam row yang sama tetapi lokasinya dihujung tanjung blok tersebut. Semuga site baru ini akan menggamit lebih klien pada masa hadapan, insyaAllah.
PAMERAN MENGENAI DARURAT
DIMUZIUM NEGARA.
Dan aku tertanya-tanya pula berapa ramai keluarga yang berminat untuk membawa anak-anak melawat muzuim-muzuim yang boleh dikatakan ada ditiap-tiap negeri. Terus-terang, aku kesanapun atas keinginan mereka juga. Jadi sempena cuti sehari di Kedah Isnin lalu aku memecut kesana seawal pagi dan sampai pada waktu tengahari. Kebetulan pameran mengenai sejarah darurat sedang diadakan. Peluang ini aku gunakan untuk mengajak anak-anak aku melawat setiap inci muzium termasuklah tandas kerana kebetulan perut aku meragam. Mungkin nasi lemak kat kawasan rehat sebelah Sungai Buloh tu yang punya peranan. Aku berhenti disana untuk mandi. Anak-anak aku juga turut mandi disitu. Nak sewa hotel tak padan dengan masa yang agak suntuk.
Aku juga berperanan sebagai pemandu pelancong kepada anak-anak aku. Sekadar pengetahuan dan dibantu oleh keterangan-keterangan yang ada pada papan-papan 'bill' akupun mengetuai pelancong tempatan berkenaan. Sambil mengambil gambar-gambar anak-anak sebagai kenangan(simpanan peribadi), ada juga gambar manuskrip dan artifak yang aku ambil atas 'demand' pelanggan aku. Walau mereka adalah pelancong tempatan, tetapi dari segi pengetahuan sejarah tentunya mereka masih 'hijau'. Aku? Aku biru......hu hu hu....
Aku berharap agar mereka dapat mengutip sesuatu yang amat berguna hasil dari lawatan ke Muzuim Negara sebagai bekalan sejarah lalu untuk menempa sejarah masa hadapan.
SEMUGA MELAYU TAK HILANG!
Aku samasekali tidak setuju kematian Teoh dipolitikkan sebegitu rupa, memandangkan rakyat masih kabur perihal cerita yang sebenar. Aku yakin dengan tahap kecekapan PDRMberbanding
dengan sikap loqlaq pembangkang dari kalangan cina DAP dan Cina PKR.
Jul 17, 09 7:26pm |
**Jangan dibiarkan pihak yang terdesak untuk memulakn api rusuhan. Perhimpunan dan perarakan ini jika dibenarkan akan menyebabkan keadaan tidak tenteram kepada rrrrakyat!
Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.
**Kenapa perlunya sebuah stadium jika tiada yang lain melainkan niat mereka untuk mengumpul manusia yang akhirnya dipsiko supaya menjadi marah sehingga tak terkawal?
Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.
**Tidak syak lagi pemimpin pr akan mengambil kesempatan ini bagi mangapi-apikan sentimen bencikan pihak keselamatan yang memangpun selama ini telah acap kali mereka lagukan ditelinga dan gulakan dihati mereka yang mudah dipengaruhi dengan cerita karut berselubung dongeng manusia politik kebinatangan!
Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.
**Sebagai rrrakyat yang menghormati undang-undang aku merayu pihak keselamatan jangan biarkan perancangan yang tak masuk akal ini. Prevention is better then cure!
"Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.
"Kerajaan negeri sekali lagi menyampaikan takziah kepada keluarga Teoh dan bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian," katanya kenyataan itu lagi.
**Sebagai kerajaan yang dimana Teah adalah kakitangannya, wajarlah pihak kerajaan selangor berbuat demikian. Aku sokong!
Kerajaan negeri juga, katanya, akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses siasatan dan berharap agar kerja siasatan dapat dijalankan secara professional, menyeluruh dan telus.
**Kerjasama mestilah menyeluruh dan mereka juga haruslah bersikap sepertimana yang mereka 'demand' dari pihak polis.
Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.
**Tidak perlu Suruhanjaya diraja, paling 'sajak' ialah hanya sebuah suruhanjaya siasatan untuk menyiasat.
"Proeses siasatan wajar dianggotai oleh ahli panel yang bebas bagi mengenalpasti punca kematian dan pihak yang bertanggungjawab.
**Siapa yang layak mengenal pasti ahli panel ini? Bagaimana pula dengan persetujuan dari kedua-dua belah pihak?
"Kerajaan negeri berpendirian proses ini penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab," tambahnya.
**Kenyataan berbau provokasi yang dengan sengaja akan menimbulkan persepsi negatif yang berpanjangan dan akhirnya mendaging dalam pemikiran mereka yang suka menelan bulat-bulat apa sahaja yang disuapkan kedalam minda mereka (jaga-jaga wahai melayu pembangkang kerana mereka telah berkurun mengkaji pola pemikiran dan tingkahlaku kita, MELAYU).
Menurut kenyataan itu lagi, kematian Teoh telah menimbulkan isu keselamatan pegawai kerajaan semasa dalam siasatan.
**INILAH INTIPATI SEBENAR HASRAT MEREKA UNTUK BERHIMPUN, IAITU BAGI MENGHAMBURKAN CERITA DAN DAKYAH TIDAK BERETIKA. PELAN PEMASARAN MEREKA AKAN MENJADI MUDAH DENGAN MENGHIMPUNKAN RAMAI ORANG PADA SATU MASA DAN MEMPROMOSIKAN BARANG DAGANGAN MEREKA BERBANDING DENGAN PERGI MEMBUAT 'SALES' SECARA INDIVIDU!
"Dengan itu kerajaan negeri mengarahkan tiada pegawai kerajaan yang dibenarkan soal siasat oleh SPRM di luar kawasan pejabat.
"Kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam bagi pegawai kerajaan yang disiasat oleh SPRM. Arahan ini akan dilanjutkan sehingga siasatan ke atas tragedi ini selesai," tambah kenyataan itu.
**Sudah terbincut baru terngadah........
***************************************************************************************
Dari Empayar Malaya:
Friday, July 17, 2009
KEMATIAN TEOH BERMOTIFKAN POLITIK: Teoh Saksi Paling Penting Kecelakaan Exco Cina Selangor
**************************************************************************************
Dari The Unspinners:
Friday, July 17, 2009
MYSTERY: Mengapa tangan Teoh ada kesan toreh?
Oleh Teruna Kelana
Setelah kami besarkan gambar yang berlegar di Internet, kami menyedari tangan kanan ada kesan toreh. Gambar ini menyerupai tangan orang yang telah slit wrist untuk bunuh diri seperti di bawah ini.
Kenapa ada kesan toreh pada tangan Teoh? Adakah dia telah menoreh tangannya untuk membunuh diri? Mengapakah dia mahu menoreh tangannya jika hari ini dia sepatutnya mendaftar perkahwinannya? Hari ini adalah hari bahagianya. Dia pun sudah memberitahu kawan bahawa dia akan berpindah pulang ke Melaka.
Jika dia menoreh tangannya sendiri, bagaimana boleh mayatnya terjumpa ke bawah? Kemungkinan dia melompat semasa dia berdaya atau ada orang yang membuang mayat ke bawah. Mungkinkah dia tidak lakukan sendiri dan ada orang lakukan terhadapnya? Siapa pula yang lakukan? Siapa pula yang mengarah pergelangan tangan Teoh ditoreh?
Pada pukul 6 pagi, dia kelihatan terakhir di pejabat SPRM. Siapa berjumpa dengannya kemudian hingga perkara ini berlaku? Talipon bimbitnya pun hilang. Adakah orang yang mengambilnya? Atau talipon itu sudah ikut terhempas bersama?
Gambar lain menunjukkan seluarnya terkoyak dan berdarah.
Adakah dia telah diseksa sedemkian rupa oleh SPRM? Tidak mungkin. Ini adalah cara penyeksaan kerja-kerja gangster. Siapakah gangster yang dimaksudkan? Kalau ikut motif beberapa teori, kemungkinan ianya Ronnie Liu atau Ean Hian Wah.
Ronnie Liu dilapurkan berlakun marah hingga menghentak pintu di pejabat SPRM dan Hospital. Adakah dia berlakun atau betul-betul? Mungkinkah dia dalam keadaan tertekan?
Sementara itu, RPK Raja Putarbelit dengan yakin mengatakan SPRM ugut untuk mencampaknya tetapi tersilap dan terlepas. Nampaknya RPK didapati berbohong sekali lagi. Siapa suruhnya buat putarbelit sedemikian? Adakah Ronnie Liu? Nampaknya Ronnie Liu sudah salah putar kerana dia sendiri tidak dibenarkan melihat mayat.
Kali ini tidak mungkin tersilap. Jelas dari bukti-bukti ini, ada benda tak kena. Ini tidak mungkin silap SPRM.
Sampai disitu aku dapat tengok sebahagian besar penduduk sedang memegang sepanduk kecil besar yang kessemuanya tertulis dengan perkataan yang membawa maksud menolak pembinaan kandang babi secara skala besar dikawasan mereka. Jeritan mereka mendapat perhatian dari pemandu kenderaan yang lalu-lalang yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Kelihatan dua tiga kelompok wartawan mengelilingi jurucakap yang mewakili penduduk kampung yang memberi pejelasan berupa desakan agar pembinaan tersebut tidak diteruskan, kerana kandang cucuk babi yang ada sekarangpun sudah membawa kesengsaraan besar kepada penduduk terutama yang rumah mereka berhampiran tebing sungai To' Pawang. Sebahagian besar dari penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai adalah terdiri dari orang Melayu dan India, manakala orang cina kebanyakannya hanya datang untuk meninjau kebun kelapa sawit mereka atau mengutip hasil kebun buah mereka yang terdiri dari buah durian, manggis rambutan langsat epal, anggur dan berbagai-bagai lagi(ha ha ha).
Maksud aku disini orang cina tidak ramai tinggal disini. Kalau adapun yang duduk didalam kawasan kilang getah kepunyaan syarikat Lee Latex. Dan beberapa kerat lagi mungkin tinggal secara bermusim mengikut musim buah dikebun-kebun milik mereka.
Selepas berdemo selama hampir sejam dibawah panas terik, mereka beredar setelah dinasihat oleh lelaki berpakaian preman yang dipercayai anggota pihak keselamatan. Aku kagum dengan kanak-kanak yang tidak henti-henti menjerit kepada pemandu dijalanan, "kami tidak mahu kandang babi, kami tidak mahu babi". Begitu juga dengan kaum wanita yang turut menjerit laungan yang sama. Ada juga kedengaran suara garau yang menyahut, tetapi mereka lebih banyak menjalankan tugas meregang dan mengangkat sepanduk.
***************************************************************************************
**Baca dulu.....gambaq akan menyusul kerana sedang dalam proses mengalih imej yang tunggangtebalik kerana gambar yang aku ambil semua kepala kebawah sebab guna tangan kiri!
**************************************************************************************
Gambar-gambar yang telah dibetulkan kedudukannya telah siap unttuk dipersembahkan.........
SEDANG BERKUMPUL BERSAMA BANNER DAN SEPANDUK
WAJAH PENUH GELISAH SEORANG ANAK MUDA MENGENANG
APA YANG AKAN TERJADI PADA MASA HADAPAN
ANAK CUCU KAMPUNG SUNGAI TO' PAWANG.
WAKIL DARI KAUM INDIA SEDANG DITEMURAMAH
OLEH WARTAWAN
Selepas orang ramai bersurai aku bersama seorang kawan menuju kekawasan yang lebih kedalam untuk meninjau tapak lama yang masih aktif sebagai tempat membela dan memperoses babi kerana dikatakan kawasan itu akan diperluaskan setelah beberapa keping tanah berdekatan sudahpun dibeli untuk tujuan pembesaran operasi. Apakah akan ada lagi bantahan? Dan apakah kerajaan negeri akan meneruskan niat mereka untuk membenarkan pembesaran operasi bela , cucuk dan lapah babi di Sungai To' Pawang?
Olekh kerana kurang pasti jalan yang sebetulnya, aku ceghodong jer....sampailah kesebuah dusun lulian milik seorang cina. eliau dan anak perempuannya sedang menyusun buah-buah durian berkenaan, mungkin sedang menunggu peraih untuk datang meraih buah2 berkenaan. Lalu aku mendekati mereka sambil bertanyakan hal buah durian, kelebek punya kelebek aku tertarik dengan buah durian yang telah pecah pungkok, kerana aku boleh namnpak isi lulian tersebut. Isinya yang kuning dgn ulaih yg besaq menybabkan aku terus minta untuk beli buah tersebut. "Ini buah An Heng punya lo". "Tapi dah pecah pungkok, berapa tokey?". "Haiya....kila mulah sulahlah......tiga linggitlah". "2 hinggit lah", sambil aku huloq duit. Anak pompuan dia ambil buah dan ikat dgn tali rapia agar tidak terburai dan memasukkan dlm beg plastik. Kemudian baru aku tanya arah untuk ketapak cucuk babi terssebut. Sambil teragak-agak, mungkin seab tengok kwn aku tu ada lagak macam DB kot, dia tunjuk kearah barat daya dengan gawangan tangan yang tak bersungguh.....curiga, memang dia curiga. Lalu aku ambil muah lulian dan memasukkan kedalam kereta dibahagian tempat letak kaki dibahagian belakang kereta nasional kebanggaan negara kepunyaanku. Aku gostan kheta aku tu dan keluar dari kebun beliau dan menuju kearah yang ditunjuk tadi. Aku berselisih dgn sebuah van orang melayu, yang aku percaya dia seorang peraih ataupun mungkin juga seorang peniaga buah. Aku senyum dan dia senyum.....
Untuk mendapat lebih kepastian aku bertanyakan pula india yang sedang bertenggek di kakilima kongsi pekerja. Dan dia mengiakan laluan yang aku tuju. Kemudian dia berpesan,"Ini jalan juga lu keluar, sana dapan itu jalan ada sikit kurang elok". "Baik, baik aya....trima kasey juga". "Wokey".
Dalam jarak lebih kurang satu kilo dari kongsi tadi aku bertemu sebuah tempat berdinding zink dan berpintu keluli yang aku yakin itulah tempat bela dan cucuk babi beroperasi. Keadaannya agak sunyi, mungkin babi dan tuqannya sedang beradu.....cuma diakhir masa meneroka aku dapati seorang pekerja sedang mengambil galah untuk mengait muah lambutan. Lagi sekali aku dapat menangkap raut wajah penuh curiga!
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2009
(274)
-
▼
July
(34)
- PAUSE
- TEKA-TEKI
- KECURIAN KABEL
- PERTEMUAN PEMIMPIN 'SERAMBI MEKAH'(KONON) DAN PEMI...
- KEMALANGAN: SIKAP SEGELINTIR MANUSIA
- MESYUARAT MINGGUAN AJK UBJ
- KENDURI PULUT DERIAN ANJURAN PUTRI UBJ
- BLOGGER-BLOGGER UTARA: PERTEMUAN MENJADI KENYATAAN
- MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PELAJAR CEMERLANG ...
- BENCANA RIBUT DISEKITAR BAHAGIAN JERAI
- KERAJAAN MALAYSIA WAJAR BERSIHKAN IMEJ.
- PERJALANAN TERAKHIR PPSMI? PERMULAAN PERJUANGAN BA...
- 100 Hari DSNTR sebagai PM.
- LOGO GIF PPSMI DISEDUT KELUAR
- UCAPAN DSNTR SEMPENA 100 HARI SEBAGAI PERDANA MENT...
- PELUANG SUDAH TERHIDANG, APA LAGI ALASAN?
- POLL UNTUK KJ
- KO-KURIKULUM
- KERAJAAN KEDAH TUA
- LAWATAN RASMI NAJIB KEKEDAH
- TOK DALANG DOK MERACAU.....
- SUNGAI TOK PAWANG - BANTAHAN OLEH PENDUDUK
- PERHIMPUNAN RRRAKYAT BELA KEMATIAN TEOH AHAD INI -...
- MUZIUM NEGARA
- SELAMAT HARIJADI DATO' SERI NAJIB
- NASI KANDAQ BATU 1; WADAH UNTUK MENYATUKAN BANGSA!
- MENUNGGU KEDATANGAN ABANG NOH OMAR
- Kemana Pakatan Erdogan, Penyokong Dan Penaja Anwar?
- PENGHARGAAN KEPADA DASAR ORDE BARU MALAYSIA TAJAAN...
- PRO ISA - ANTI ISA
- PRO ISA - ANTI ISA II
- KALAU DAH LOYAR BUROK.
- ANOTHER LIABILITY?
- TU DIA!!! SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL
-
▼
July
(34)