Perhimpunan ini telah diadakan pada Jumaat lepas, tetapi baru hari ini aku ada kesempatan untuk buat posting. Perhimpunan ini bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap kenyataan biadap oleh Mat Sab(p)u yang mengagung-agungkan komunis sebaliknya menghina dan memperlekeh anggota keselamatan termasuklah polis dan terpalit juga sukarelawan yang di sebut sebagai 'home guard'.
Mesyuarat berkaitan perhimpunan telah diadakan pada
7/9/2011
Perhimpunan secara aman ini pula telah diadakan selepassembahyang Jumaat pada 16/9/2011, kira-kira pukul 3.00ptg dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian sebagai menghormati arahan oleh pihak Polis Daerah Kuala Muda. Perhimpunan telah diadakan ditapak 'Ground Zero' berhadapan dengan kompleks Pejabat Daerah Kuala Muda.
0 Responses to Perhimpunan Aman oleh NGO-NGO Seluruh Kedah