Ini adalah apa yang di perkatakan tentang
DAP hantar calon melayu untuk bertanding di Kedah
Cerita DAP nak bertanding banyak kerusi di Kedah sudah lama kita
ketahui,dan kini kian nyata setelah apa yang di perkatakan oleh Timbalan
Persuruhjaya 1 PAS Kedah,.Hasil dari maklumat yang dapat,mengatakan
seorang calon melayu DAP telah di letakan di Kedah,,tapi kita jangan
lupa,,DAP pernah berhasrat bertanding 4 kerusi di Kedah,sekarang di Kota
Darul Aman memang DAP kekal bertanding,satu kawasan lagi tak di kenal
pasti,tapi calon melayu di katakan sudah ada untuk bertanding,,lagi dua
menjadi tanda tanya calon DAP bertanding di Kedah
Ini Artikel yang pernah tersiar bulan 9 baru-baru ni.
Isu agihan kerusi di Kedah kian hangat, DAP tuntut 4 kerusi lagi
ALOR SETAR 14 Sept. - Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP
menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi
Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagaimanapun berkata, Pas
dijangka mengekalkan jumlah agihan untuk parti itu iaitu sebanyak 24
kerusi seperti pilihan raya umum lalu.
"Pas tiada apa perubahan tetapi mungkin DAP dan PKR ada berlaku
tawar-menawar," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah kepada pemberita
di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu
menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua
kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.
Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua
kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.
Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR
mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan
peringkat negeri.
Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka
cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah
dan alasan masing-masing.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).
Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima
kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas
Calon PAS dah kena jual oleh DAP,
"Elok lah penyangak jual penipu,,dah kena dah"