Awal pagi tadi, ketika aku dok berdepan dengan monitor komputer aku, tiba-tiba kole palstik yang berisi ayaq sejuk jernih berkocak-kocak dalam riak yang kecil. Dari posisi kiri notebook aku, aku alehkan ke sebelah kanan, bersebelahan dengan printer. Nak kata printer tengah printing, aku tak print apa-apapun,
Kepala aku juga rasa sedikit pening. Pening-pening lalat. Nak kata aku ada darah tinggi, baru sahaja aku buat rutin check, semuanya ok jer...hmmm rupa-rupanya jiran kita di Sumatera sedang menghadapi musibah....Syukurlah kita disini masih lagi dalam keadaan SALAM.....
AKU DOK AGAK DAH.....
06 September, 2011 10:48 AM
Beberapa Negeri Rasai Gegaran Akibat Gempa Bumi Di Sumatera
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak.
Gegarannya dilaporkan dirasai di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Selangor, ketika dihubungi berkata pihaknya tuut menerima panggilan dari orang awam berhubung gegaran tersebut.
"Pihak kami menerima beberapa panggilan pada pukul 2 pagi hingga 2.50 pagi tadi dari orang awam yang memaklumkan tentang gegaran yang dirasai di sekitar Shah Alam, Kuala Kubu Bharu, Selayang, pinggiran Batu Caves dan Ulu Bernam," katanya.
Jurucakap itu berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang kerosakan yang berlaku akibat gegaran tersebut.
-- BERNAMA
0 Responses to Patutlah Ayaq Sejuk Dalam Kole Plastik Berkocak