Setiap kali Ramadhan tiba, setiap kali itulah ujudnya pasar-pasar Ramadhan bagi cendawan tumbuh selepas hujan. Beberapa pasar ramadhan tradisi seperti di Pekan Rabu Guar Chempedak, Taman Ria, Stadium Alor Setar, Pekan Gurun, Pekan Sik, Kulim, dll sudah diketahui umum dan sentiasa mendapat sambutan. Atas situasi inilah gamaknya maka tercetuslah ilham untuk meng'copycat' keujudan pasar-pasar malam ini oleh kerjaan negeri sekarang yang begitu cerdik, bersih lagi maksum. Setelah membuat kajian terperinci yang cukup halus skalanya sehingga ketahap nanometer, maka ujudlah satu tapak baru untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga tidak kira bangsa baik manusia mahupun jin, asalkan ISLE.
HEBAAAAATTTT!!!!! Ternyata keujudan Pasar Ramadhan ilham dari pemimpin 'pandai tapi belum tentu bijak' ini terus mendapat terjahan ramai terutamany di kalangan jin-jin. Nak tahu dimana lokasinya??? Tak apa....sabar dahulu....sebelum kita sampai kedestinasi yang saku maksudkan, jom kita lawati pasar-pasar Ramadhan tradisi seperti yang aku sebutkan diatas....
Kita mulakan dengan tanah tumpah darah aku....
kendian pasar ramadhan favorite aku
tu dia aih!! tang mana ni? kaki gunung jerai ka? mesti orang bunyian turun mai beli lauk kue bulan posa tuh!!
Orang bunian takdak, tapi orang bunyianramai dok bunyi la ni.