Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Dari bigdotdogcom
SSS: Nazri Aziz khianati Melayu, Artikel 153 dan Akta Pendidikan 1996
Nazri against single stream school system
Kong See Hoh
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz says he is against the proposal for single stream school system as “we cannot force other (non-Malay) races to sacrifice their characteristics and become Malays (Malaynised)”.What is more, he said, the 1Malaysia concept allows the non-Malays to use and preserve their languages.“What we want is a united people and country, not forcing all races to become Malays (Malaynised).“Malaysia is a multi-ethnic country where the various races enjoy the right to learn their own languages. Multi-culture and multi-lingual are the strong points of Malaysia, something which cannot be denied,” he added.
“Chinese and Tamil primary schools can continue to to exist, as long as these schools teach Bahasa Malaysia as it is the national language with which (Malaysians of) various races communicate and interact with one another to promote unity.”
Nazri, who is currently overseas, told Sin Chew Daily that Chinese and Tamil schools are not meant for only the Chinese and Indians respectively, the Malays can also enter these schools.
Malay parents should encourage their children to study in Chinese schools to learn an additional language, he said.
“To acquire another language, be it Chinese, Tamil, Arabic, Japanese etc is to gain an advantage.
“I am now in Chengdu, China, and because I don’t speak Mandarin I feel I am at a disadvantage.
“We should regard language as a subject and there are benefits to gain from learning additional languages. Education should not be racialised.”
On writer/poet Eddin Khoo’s remark that he missed the chance to learn Chinese because his father, historian Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim who raised the ire of many with his single stream school remark recently, was too patriotic, Nazri said such thinking be discarded.
Nazri said the government cannot compel all the races to learn only Bahasa Malaysia, forcing the non-Malays to give up their own languages.
**********
PM NAJIB MEMECAT NAZRI AZIZ DARI KABINET DAN MAJLIS TERTINGGI UMNO MEMECATKAN KEAHLIAN NAZRI AZIZ!
Aku dengar cerita dia rajin keIndonesia terutamanya Medan untuk berdangdut, biarlah….itu hak peribadi dia kalaupun betul….Tetapi kalau dah ke Indonesia, tidakkah dia belajar dari pemerintah disana bagaimana mereka membentuk(memaksa sebenarnya) Cina Indonesia agar mengasimilisasikan diri mereka mengikut ciri keIndonesiaan. Juga diThailand, mereka dipaksa sebenarnya untuk mengasimilasi dengan bangsa Siam tanpa pilihan. Rupa-rupanya nazri sebagai pemimipn yang tidak berani untuk bertanding MT UMNO tidak tahu sejarah Indonesia dan Thai. Agaknya apa yang dia tahu mengenai Indonesia dan Thailand aka Siam….dua negara berjiran yang sering dilawati????
Konklusi: Nazri hanya tidak layak duduk dibangku pemain utama hatta bangku pemain simpanan. dia hanya layak duduk dibangku penonton atau bir sahaja dia berlegar diluar stadium….
Dari Blog Aloq Staq
Tuesday, December 29, 2009
TERKINI !!! LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR ...
Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...
MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .
Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!
Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !
Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.
Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...
Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.
Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.
Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).
Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...
GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.
Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).
Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...
20/12/2009
Anwar peliwat licik.
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ketua Pembangang, Brader Anwar Ibrahim seorang pemimpin licik yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengalih tumpuan rakyat daripada masalah dalaman yang semakin meruncing ........
Baca seterusnya dari UMOL
**Licikkah dia bila tindakannya bukannya untuk kebaikan serta kestabilan negara darisegi politik yang akan juga memberi kesan kepada iklim ekonomi dan juga keamanan Malaysia yang telah diusaha selama ini oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan ditunjangi oleh majoriti rakyat jelata?
Dapat aku bayangkan bebanan yang akan bertambah untuk diseret oleh aktivis parti jika Najib tidak bijak menelah, merisik dan mentafsir lalu menterjemah kehendak, keinginan dan keresahan serta kegusaran akar umbi serta silent majority yang kini kembali meletakkan harapan kebahu Kerajaan Barisan Nasional. Parasit ini sedang bergerak dengan menunggang kuda yang sedang kelaparan untuk cuba menguasai gelanggang rumput hijau segar lagi penuh khasiat bernama KEDAH!!! Wahai KUDA! Jangan jadi lembu dogoi lapaq ayaq!!!
UMNO rai pengamal media di PWTC.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta keseluruhan barisan kepimpinan parti.
Majlis itu, yang julung kali diadakan, bertujuan memberi penghargaan kepada semua syarikat dan pengamal media yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung pada 13 hingga 16 Okt lepas.
Beberapa anugerah diberikan kepada pengamal media termasuk anugerah khas Umno bagi mengiktiraf mereka yang membuat berita politik tanah air yang digondol oleh wartawan The Star, Joceline Tan.
Anugerah foto terbaik dimenangi Norafifi Ehsan dari The Star dan video terbaik oleh Buletin Utama TV3 sementara laporan terbaik Rozaman Ismail dari Utusan Malaysia.
Pada majlis itu hadirin dihiburkan dengan persembahan artis tempatan serta wakil media.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta ketua ketiga-tiga sayap parti itu.
Drama lewat malam di Parlimen...cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya
Oleh: LUKMAN ABDULLAH
Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.
Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.
Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.
Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.
Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.
Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.
Setelah itu berlaku pertikaman lidah yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.
Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruahn bajet berkenaan.
Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.
Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi.
Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan.
Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.
Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.
Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.
Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.
Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.
Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.
Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.
Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.
Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.
Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.
Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.
Gambar-gambar dibawah adalah bukti-bukti jelas bagaimana anak-anak ini telah disembelih oleh algojo-algojo berlesen untuk membantu mereka melangkah kealam keterunaan dengan lebih berkeyakinan.....
(AMARAN KERAS!!!Sila hindari dari melihat gambar-gambar ngeri dibawah sekiranya anda mempunyai alahan terhadap organ kelamin kanak-kanak lelaki!!!
Walalupun disembelih sehingga putus, namun kesemua mereka berjaya diselamatkan dan kini berada dalam rawatan rapi oleh pegawai-pegawai perubatan bersama-sama keluarga mereka. Dengan teknologi terkini, keesokannya mereka sudah boleh bebas seperti sediakala tanpa perlu khuatirkan samada akan 'bentan' atau 'temolok'(bengkak air seperti melecuh).
Dan lebih istimewa, mangsa-mangsa sembelihan ini kesemua mereka menerima pula sumbangan sebagai hadiah diatas kehebatan mereka menunjukkan keberanian mereka untuk bakal menjadi lelaki!
Semalam, kira-kira 74 kanak-kanak Islam dikumpulkan disatu kawasan untuk di'sembelih sedikit' secara beramai-ramai. namun yang menghairankan, ibubapa mereka juga turut dikumpulkan namun tidak seorangpun dikawal secara ketat. Lebih menghairankan wajah-wajah mereka kebanyakannya ceria walaupun anak-anak mereka berhdapan saat kritikal.
'Penyembelih-penyembelih professional juga telah berada disekitar kawasan berkumpul sejak awal pagi untuk tugasan mereka. 'Korban' mereka seperti biasa dimandikan dengan hujanan air pancutan oleh pasukan pemadam api untuk 'memukau' mereka agar kelakuan aggresif mereka dapat dikawal. Namun begitu terdapat juga seorang dua kanak-kanak bakal korban sembemlihan bersikap aggresif bila tiba giliran untuk menjalani upacara sembelihan.
Wajah-wajah kesukaan ketika dihujani pancutan air dari pasukan pemadam api, bertukar menjadi pucat lesi bila giliran mereka tiba, malah ada yang meraung tanpa dapat dikawal apabila mula melihat rakan-rakan mereka yang terdahulu sedang menjalani upacara sembelihan...malah ada yang menjadikan medan temapt berkumpul sebagai trek balapan untuk acara 'rally'.
VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi.
Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Thailand akan ditentang oleh Singapura. - Utusan
Aku teringat mengenai seorang kawan aku, pemuzik professional diKuala Lumpur. Beliau adalah seorang Gitaris yang bagi aku mempunyai skil permainan yang unik. Gaya lenggok badan dan bunyi nyaring gitarnya begitu harmoni sekali, ditambah lagiu dengan mimik mukanya yang selari dengan liutan tali gitar. MUS Satira. Mungkin ramai pemuzik generasi kini kurang mengenali beliau, tetapi bagi mereka yang pernah buat rekording, kemungkinan besar menemuinya addalah perkara biasa.
Aku pernah duduk bersembang santai dengan dia beberapa tahun dahluu mengenai perkembangan industri muzik yang tidak pernah menjanjikan pulangan lumyan tidak seperti diBarat. lalu tercetuslah idea beliau untuk mengumpulkan bakat-bakat baru dengan mengumpulkan mereka disatu tempat bagi menreka mengasah bakat. Manakala tempat itu hanya menyediakan makanan dan minuman halal dan makan luar tidak dibenarkan bagi mengawal peraturan. Dan Beliau sambil ketawa tersengih menyebut, nama yang paling sesuai ialah HALAL PUB.
Tadi semasa aku menggagau imej aku temui satu kisah di UnitedKingdom bahawa disana juga telah ujud HALAL PUB yang dibuka pada 10hb Apr 2008, manakala kawan aku ni buka HALAL PUB dia akhir 2007 di Pandan Indah...Kalau macam tu, dia awal lagilah!
Aku lihat ramai juga dok beri komen, tapi semua komen tu bagi aku tak membantu sangatpun dari segi ekonomi, semua komen politik jer....So, aku nak ajak semua pelawat-pelawat, tak kira fahaman politik supaya turut beri pandangan untuk pengisian terhadapa HALAL PUB, mana tahu ada saranan-saranan menarik sehingga sesuai(viable) untuk di francaiskan....
Dari posting blogger Piggy Singh:
YAB Dato' Seri Najib, Inilah Luahan Hati Kami
Assalamualaikum Warramatullahi Wabaraqatuh.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib,
Dalam beberapa minggu lepas kami penyokong setia UMNO di ruang siber dikejutkan dengan khabar angin bahawa Khairy akan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Khabar angin tersebut juga ditulis oleh blogger senior Tunku Aisha.
Apabila mendengar khabar tersebut saya mengambil inisiatif untuk mengadakan forum terbuka dalam Facebook, bertempat di wall kepunyaan Kelab Penyokong UMNO dan saya pasti tidak memihak kepada mana-mana pemimpin tertentu.
Ramai para blogger pendokong UMNO mengambil bahagian dalam forum tersebut. Suka saya ingatkan YAB Dato' Seri bahawa mereka ini merupakan blogger yang menyokong UMNO atas inisiatif sendiri demi memperjuangkan dan mempertahankan parti.
Nama-nama mereka juga tidak asing lagi seperti Parpu Kari, Khairulnizam Mohd Kasim Anti-Hipokrit, Khairul Ryzal Cucu Tok Selampit, AloqStaq dan Kelab Chedet.
Selain itu beberapa rakan FB turut mengambil, dan mereka ini juga secara aktif terlibat dalam FB mempertahan parti. Antara mereka ialah Matahati Bangsa, Pak Kamaluddin Idrus dan saudara Fadzil Mohamad.
YAB Dato' Seri,
Berikut merupakan catatan dan pandangan blogger pendokong UMNO dari sesi forum tersebut.
YAB Dato' Seri,
Kesimpulan dari forum yang diadakan, tiada seorangpun peserta forum yang boleh memberi pendapat bernas mengapa Khairy perlu dilantik sebagai menteri atau timbalan parti. Malah majoriti berpendapatan bahawa memberi jawatan kepada Khairy sama seperti mengambil langkah melemahkan parti sekali lagi.
Tidak perlu dirisaukan mengenai reaksi penyokong Khairy jika beliau terus-menerus diketepi. Dalam ruang siber penyokong Khairy bukan sahaja tidak mempunyai kekuatan untuk menyokong UMNO, malah mereka langsung tidak mampu mempertahankan Khairy apabila dianjurkan soalan mengenai kerosakan yang telah dilakukan beliau.
Begitu juga di luar sana, Khairy tidak mampu menyatukan Pemuda. Lihat sahaja seminar yang bertempat di Janda Baik, hanya dihadiri oleh 1/3 sahaja perwakilan. Ini merupakan signal yang kuat bahawa Khairy masih lagi tidak diterima.
YAB Dato' Seri,
Saya mendokong penuh transformasi besar-besaran anjuran Dato' Seri, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Dengan adanya platform media ketiga, kami rakyat bawahan kini mampu juga bersuara.
Kami meminta agar Dato' Seri melihat sejenak ke belakang semasa PRU 2008. Antara sebab berlakunya penolakan besar-besaran terhadap BN ialah suara mereka tidak langsung kedengaran di pihak atasan.
Atas dasar RAKYAT DIDAHULUKAN, kami amat berharap Dato' Seri mengambil berat luahan dan pendapat rakyat mengenai Khairy, yang masih dilihat sebagai beban besar dan liabiliti kepada parti.
Berani saya katakan bahawa akan berlaku sekali lagi rombongan besar-besaran keluar dari parti jika Dato' Seri memberi sebarang jawatan kepada parti. Luahan ini boleh di baca di blog Tunku Aisha dan Parpu Kari.
Para blogger pendokong UMNO yang cukup cekal mempertahankan parti juga akan menjadi patah semangat apabila Khairy dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Mereka akan rasa tertipu kerana kecekalan mereka pertahankan selama ini tidak dihargai jika beban besar seperti Khairy diangkat ke status lebih tinggi.
Tambahan pula lebih sukar untuk para blogger pendokong UMNO pertahankan parti jika Khairy diangkat menjadi menteri atau timbalan menteri. Ini adalah kerana nama Khairy cukup sinonim dengan rasuah dan salah guna kuasa semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Seperti kata Pak Kamaluddin Idrus:
Memberi jawatan kepada KJ samalah seperti memberi peluru kepada pihak lawan. Jangan rosakkan kestabilan UMNO kerana kepentingan dia.YAB Dato' Seri,
Beribu ampun dan maaf jika luahan saya ini tidak mengena pada tempat. Demi memegang teguh kepada konsep satu Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, dan dengan adanya platform media ketiga, maka saya mengambil kesempatan untuk memberi pandangan yang mewakili pandangan blogger dan rakyat bawahan.
Sekian Wassalam.
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2009
(274)
-
▼
December
(24)
- KOLONEL MAT!!!!AKU HANYA BERI NASIHAT, BUKAN TERIM...
- KOLONEL MAT!!!! JANGAN HARAPLAH NAK UNDUR!
- KOLONEL MAT!!! DEPA NI YANG KENA PIJAK!!!
- Kolonel Mat!!! Nik Aziz doa sampai pecah perut????
- KOLONEL MAT!!! USTAD 'EIZAN NAK KENA DOA PECAH PER...
- BABAH KATA JANGAN NANGIS.....
- BOLASEPAK DAN TIMBA
- PUTERI SG PETANI BERKURSUS BLOG
- BOOM BOOM POW!!!
- PENGUMUMAN 'BEDAK SEJUK'
- DATO' SERI NAJIB WAJAR DENGAR LUAHAN INI.....
- HALAL PUB: SILA BERI CADANGAN
- TIMBA BOLASEPAK MALAYSIA DITAMPAL SEMENTARA!!!
- GEMPARRRRR!!! 74 KANAK-KANAK DISEMBELIH DIBUKIT SE...
- LANJUTAN DARI KES KANAK-KANAK DISEMBELIH: GAMBAR-G...
- 1Malaysia 3 - Pakatan Rosak 0.... JAGA-JAGA PERMAI...
- HE HE HE...UMNO KEDAH BILA LAGI???
- PARASIT SEDANG CUBA BERAKAR!!!!
- MINYAK DARI SPISIS BARU BELUT YANG SESUAI UNTUK GA...
- NIK AZIZ BERJAYA DEDAHKAN APA YANG ADA DIDADA KAPA...
- KONG VISION PEKATAN ROSAK!!!!
- JOM PI KARAOKE DENGAN USTAD 'EIZAN!!!!
- DIBANGKU PENONTON PUN DIA TAK LAYAK.
- 2010 TAHUN MENJUARAI RAKYAT?
-
▼
December
(24)