SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA


Apabila Kapal Sink 'kencing' atas muka n.ajis pasal hudud, ianya begitu panas sekali, kiranya ada luka tentunya pedih!  Malah  sesuai juga di umpamakan seperti kapal menampar muka n.ajis sampai 'sink'...


Artikel Kedah Times pada 15hb Ogos 2010 lepas ada mengkisahkan Lawatan Sambil Belajar anjuran Kerajaan pas kedah kepada KSC.  Begitu juga dengan pembelian kereta-kereta Camry yang di sebut dalam Kedah Times.

Ini adalah fakta bukannya auta.  Bagi aku memang benar mereka ke Ostolia untuk belajar,

Senarai pelajaran yang dapat di ceduk ialah:

1.  Belajar macamana hendak menunggu dan menaiki serta turun dari kapal terbang...seronok beb!
2.  Belajar macamana perbezaan tekanan udara semasa kapal terbang naik dan turun di udara
3.  Belajar macamana hendak membelai kanggaroo, kerana belai kanggaroo di zoo taiping tidak setepat suasana dan rasanya membelai kangaroo di ostolia
4.  Belajar macamana hendak berposing di depan Sydney Opera.  Ini tidak akan boleh mereka dapat memahami pelajarannya jika kita berposing di depan markas pas negeri di batu 8.
5.  Belajar memijak bomi ostolia...mana nak sama dengan memijak bomi amerika(ostad eizan kena rancang segera ni!)
6.  Belajar macamana nak jadi pengiring sesuatu rombongan.  Lagi jauh lawatan, lagi banyak dapat belajar.
7.  Belajar macamana nak buat bajet untuk lawatan seterusnya!
8.  Belajar macamana rasanya makan makanan omputih ala ostolia
9.  Belajar macamana bezanya rasa nasi di ostolia dgn rasa nasi di kedah.
10. Belajar macamana hendak jawab dan spin isu sekiranya timbul.

Kepada setpol MB, aku dah ajaq macamana nak jawab kalau blog-blog lain timbul balik persoalan ini.  Setiap persoalan musti ada jawapannya.....jangan hang jawab dapat belajar macamana nak perabih duit kerajaan sudahhhhh.....

Last but not least ialah terkini exco-exco telah dapat belajar dalam jangkamasa panjang untuk memandu kereta kemri.....rasailah sendiri pengalamannya.....

Tadi aku tonton berita di TV dan baca blog UUM sebentar tadi.....alahai.....dalam era Kedah Sejahtera ni nampaknya semakin parah dengan pelbagai isu. Isu banjir kilat di Siklah, isu air teh susu tanpa pemanis di Bendang Man lah, isuayaq takdak di IKM Siklah isu sampah yang rakyat sudah menyampahlah dan terkini isu ketiadaan ayaq kembali bergema.  kali ni nun jauh di utara Kedah pulak!!!!

Kesihan bebudak UUM yang nak belajar tu.  Hilang tumpuan permata negara yang sedang dalam peringkat akhir gilapan....tentu suram sinar mereka semenjak duamenjak ni...

Di bawah adalah artikel yang aku ketik dari blog berkenaan:

RUTIN HARIAN TERJEJAS.

Januari 18, 2010 at 5:32 pm (Aktiviti Kampus)
Oleh :Noor Iryanni Arniza Mohd Radzman.
SINTOK : Krisis ketiadaan air bukanlah satu perkara yang baru bagi mahasiswa Universiti Utara Malaysia(UUM) , malah ia telah menjadi sebati dalam kehidupan pelajar di sini.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDPMPP) ,Mohd Syafiq Japar, masalah ini adalah disebabkan tekanan air yang sangat rendah sehingga tidak dapat membekalkan air kepada semua pelajar UUM yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
“Tekanan air yang sangat rendah merupakan punca kepada masalah ketiadaan air kerana bekalan air yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan pelajar di sini yang ternyata semakin bertambah , ”katanya.
Ujarnya lagi,masalah ketiadaan air ini berkemungkinan akan berpanjangan selama setahun.
“Pihak universiti telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi krisis air ini ,salah satunya  adalah dengan membekalkan air ke Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang mengalami ketiadaan air,” katanya lagi.
Sementara itu, menurut Salah seorang pelajar yang ingin namanya dirahsiakan menyatakan bahawa dia sukar untuk menjalankan kehidupan seharian disebabkan tiada bekalan air yang mencukupi.
“Walaupun bekalan air telah dibekalkan oleh universiti tetapi masih tidak mencukupi untuk menjalankan rutin harian seperti membersihkan diri mahupun membasuh,” katanya.
Tambahnya lagi,diharapkan pihak universiti dapat menyelesaikan krisis ini dengan secepat mungkin agar masalah ini tidak akan berulangan pada masa akan datang.

**Aku terdengar tadi yang NC UUM kata mereka membelanjakan RM1 juta setahun untuk tujuan bekalan air melalui pengankutan.....apa ni  kerajaan negeri oiii!!!

Di petik dari blog Empayar Pemuda.

Hanya salah faham - Imam

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

** Adakah yang hadir semua PEKAK? Atau Khatib yang BONGKAK?

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

 **Tau Takpa.....

Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

**Berapa lama dah buat salah ni?

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

**Dah mula dah...... perangai typical pembangkang!

''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.

**Khatib yang berhikmah akan berdoa yang boleh di fahami oleh pengamin doa

"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.

**Nak tunjuk keangkuhan dan kehebatankah?
***Bukankah doa dalam bahasa Arab sudah di tetapkan kepada Nabi Muhammad dan para sahabat serta pempimpin Islam sahaja?

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.
Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.

**Perlukah menjemput Khatib luar?  Sudah susutkah khatib tempatan?  Bukankah lebih afdal menggunakan khatib tempatan asal mendapat keluusan Majlis Agama Islam Negeri? 

Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.

**Pemimipin Negara??????
Siapa yang mengiktiraf LGE sebagai pemimpin negara?  Petualang Negara adalah!

"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya.

Kami lagi kesal atas kekesalan  dan kebebalan mereka!!!!

Kata pengarah hutan, pembalakan di sungai Semeliang adalah terkawal.......



Memang balak tak boleh menyebabkan banjir, mana logik balak boleh menyebabkan banjir...betul tu kata pengarah hutan yang makan gaji di bawah kerajaan baru. Tepat! BALAK tidak boleh menyebabkan banjir...he he he...Banjir, elemen utama dia ...adalah air dari langit atau air dari laut bagi kawasan tepi pantai. Tetapi jika air dari langit itu turun dengan lebat selebat-lebatnyapun jika mana-mana kawasan tadahan itu tidak dibuat kerja pembalakan di luar kawalan, tidak mungkin air nya begitu teruk sekali kualitinya sehingga kuning pekat bersama lumpur...TEH SUSU TANPA GULA.

Aku sarankan kalau dah di nafikan oleh pengarah hutan dan pas pula buat ini sebagai fartwa pelepas dosa, ada baiknya di imbangi dengan kajian segera oleh pihak Jabatan Alam Sekitar bersama fakta. Fatwa pengarah hutan kerajaan pas itu tidak di sokong oleh fakta....atau auta????

Maka bersorak-sorailah penyokong pas bilamana pengarah hutan kedah sanggup di sembelih oleh pemipmipn kerajaan psa Kedah utuk membuat kenyataan kamikaze.  Nak buat macamana, depa tu majikan dia...kenalah akur, bukan macam sesetengah kakitangan KEDA, walaupun majikan depa kerajaan pusat, tetapi depa menjadi api dalam sekam, duri dalam daging kepada kerajaan pusat, tetapi kerana mereka dalah Melayu Islam, maka ihsan kerajaan pusat terus menyimbahi mereka dengan terus memberi rezeki pekerjaan kepada mereka....

Mahu tahu apa isi kenyataan penafian oleh pengarah hutan tu?






Aku cukup setuju dengan tajuk tu......tapi setakat tajuk tu sajalah.  Memang balak bukan punca, sebab balak bukannya sejenis cecair atau air.  Kalau cecair atau air ianya tak dipanggil balaklah...  Memang elemen utama banjir ialah air samada air hujan atau air laut yang sedang pasang di persisir pantai yang rendah bentuk muka buminya.

Tetapi bagaimana kalau di katakan balak yang di potong itu terhimpun sedikit demi sedikit akibat tergolek dari tebing yang berdekatan sungai dan akhirnya menjadi halangan.  Darri ujudnya halangan itu, terkumpul pula segala ranting yang patah serta daun-daun kayu menjadi penampan yang lebih mulus.  Maka terbentuklah satu empangan rapuh yang hanya dapat menampung bebanan kuantiti air pad kadar yang sedikit tetapi mengalah kepada kuantiti air yang banyak apabila hujan lebat turun tak henti-henti.  Soalan dari rakyat Sik, mengapa halangan dari balak itu boleh ujud kalau kawasan tebangan jauh dari  tebing sumber air minuman mereka? Dan kalau benar kawasan tebangan itu jauh dari tebing sumber air minuman mereka sudah tentunya aliran air yang 2 tahun terdahulunya jernih kini sentiasa keruh dan apabila hujan mereka hanya dapat bekalan air 'teh susu' tanpa gula???  Dan kenapakah banjir kali ini turut membawa lumpur tanah merah kalau kawasan tebangan jauh dari tebing sumber air minuman mereka?

Tahukah pengarah hutan itu bahawa fartwahutan yang di buat oleh beliau dari bilik berhawa dingin itu sebenarnya hanya menjadi pendinding yang cukup nipis kepada kerajaan pas Kedah, senipis kertas tisu yang akan binasa bila terpercik 'air protes' rakyat ?  Tidakkah dia tahu bahawa kenyataan sedarjat melepas batuk di tangga itu sebenarnya telah merobek hingga kedalam hati-hati rakyat Sik yang menjadi mangsa banjir berkenaan khasnya dan seluruh rakyat akar umbi Kedah amnya?

KENYATAAN BELIAU ITU SECARA JELAS TELAH MENAFIKAN HAK LEBIH DARI 1500 RAKYAT SIK UNTUK MENIKMATI AIR BERSIH DARI SUMBER ASLI!

Rakyat Kedah tidak boleh memaafkan kegagalan kerajaan pas Kedah ini dalam mentadbir Kedah.  Rakyat wajar menghukum mereka pada PRU yang akan datang!  Mereka adalah Kabilah yang GAGAL!

************************************************************************************
**Aku hairan bilamana kerajaan pas cuba berselindung di sebalik alasan LULUS.  Kononnya kerajaan terdahulu telah meluluskan, malah bukan MB yang terakhir yang meluluskan, tetapi MB sebelum MB terakhir.  Tetapi tidakkah mereka terfikir, mengapakah perlaksanaannya tidak dibuat?  Apakah sesuatu yang di luluskan wajib di laksanakan?  Melulus adalah satu perkara tetapi melaksanakan pula adlah satu perkara lain.  Ada ketikanya ianya tidak berkaitan.  Tentu ada sebabnya mengapa MB sebelum MB terakhir kerajaan terdahulu tidak meneruskan perlaksanan pembalakan walaupun setelah unaya di luluskan, begitu juga dengan MB yang selepas MB itu.  Mnegapa beliau juga tidak mengarahkan perlaksanaan ke atas kelulusan tersebut. 
Tup-tup bila tiba kerajaan baru, MB baru, tiba-tiba ianya begitu mudah di laksanakan atas arahan beliau!  Tidakkah ini menimbulkan kemusykilan pada rakyat??? 

Aku dah baca kenyataan setpol MB Kedah yang bagi pandangan aku hanya cuba membuat kenytaan "kondom".  Aku kata kenyataan kondom pasai kenyataan itu hanyalah umpama nak main tapi takut beranak atau istilah orang putih "PLAY SAFE".  Memang panjang sampai babit habeh dengan ayaq bah di Jedah...jauh tuuuuu

Sebagai soalan pendek dari penjelasan panjangraya, aku nak tanyalah, setelah rakyat bagi kuasa, hangpa tak bolehkah guna kuasa tu untuk ubah anugerah ban balak tu ke kawasan yang lebih selamat dari dok terus lulus tender tu di tempat yang sama.  Awat?  hutan di kedah ni dah dogoi habeh ka? 

Kata tak pernah keluar tender baru, tapi dalam masa yang sama dok palu gendang habaq kata buat tender terbuka untuk balak....apa ni? Dan habaq pula untung hat dapat lebih banyak dari untung yang kerajaan sebelumnya buat...musykil, musykil....

Lagi satu kalau hangpa dah nampak yang meluluskan tender tu dulunya seorang yang bodoh(ikut kata penyokong hanpalah)...awat hangpapun ikut bodoh juga dalam menyambung haklaku tender tu?

Hari ini lawatan kerja susulan telah di buat oleh pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dengan di iringi oleh Ketua UMNO Bahagian Sik merangkap ADUN Belantek untuk meninjau Sungai Semeliang yang berubah tebingnya gara-gara di terjah oleh arus deras air yang membawa bersama bongkahan batu-batu besar dan juga pasir berselut.

Dengan Izin Allah juga hari ini tanpa di rancang lalulah sebuah jentera pembawa sengsara kepada rakyat tetapi sejahtera kepada beberapa kerat pemimpin kerajaan negeri Kedah dengan bangganya melungsuri jalanraya betul-betul di hadapan rombongan dan pemberita.  Lihatlah sendiri!


Terma tiang rumah aku pinjam dari Kedah Times(terima kasih).....

**Bandingkan melalui kenyataan akhbar yang kerajaan negeri kedah buat di sini


MasyaAllah det....tak pernah teruk lagu ni dhey!  Dulu ada juga banjir gini, tapi tak pula 'a' neik sampey tegha ni.  Habeh-habeh 'a' sughut tak la tinggey seluk nge lanyau penuh lantey...dah la gitu, 'a' minum nak gi caghey mana lagi dhey...puloh-puloh thung dok minum 'a' sungey semeliang ni det oii....kali ni minum teh susu la.....

Heran det, gamak deme gi luluh leseng balak waima deme sedo kawasan ni dok jadi kawasan tadahan 'a' minum kami. Buke skit det oii...rhamey...ada lebih 1500 oghang dok harap ke 'a' sungey ni untuk minum...gamak sungguh dema ni, kata Kedah Sejahtera...sejahtera gena mengkalu kami nak masak minum dengan 'a' ni pun dah tak boleh....ini dah kira kes dera rakyat ni....Kami di ulu ni kali ni beto-beto jadi mangsalah det....



Nak buat gena det?

************************************************************************************
Kalau dulu, semasa menjadi pembangkang, mereka sibuk menuding kepada kes-kes pembalakan, walaupun selalunya sebagai kerajaan BN membuktikan bahawa keja-kerja pembalakan ini di lakukan di bawah kawalan ketat oleh Jabatan Perhutanan dan Perhilitan serta Jabatan Alam Sekitar, tetapi sebagai pembangkang, mereka terus memanipulasi dan 'spin' cerita bohong sehingga rakyat termakan dengan gula-gula beracun ini.  Kerajaan BN kedah waktu memerintah cukup menghormati arahan untuk menjauhi kawasan sensitif seperti kawasan tadahan hujan sekiranya hendak menender balak.  kalau adapun ianya secara haram dan akan segera di benteras sekiranya terbukti benar ada berlaku pembalakan haram, bukan sahaja di kawasan tadahan hujan, malah di mana sahaja belantara dalam Kedah ini jika ianya bertentangan dengan undang-undang.  Semua kerja haram ini di lakukan oleh manusia yang menyembah duit sebagai tuhan mereka dengan menggunakan nama beberapa kerat Melayu haprak yang gilakan sedikit komisyen.  Ingatkan dalam UMNO/BN sahaja yang ada Melayu haprak yang sanggup di gunakan sebagai kaldai mengangkut duit, kini dah menjalar pula kedalam parti pemerintah kerajaan negeri tetapi dengan memakai gelaran Muslim pula sebab depa kata depa tak memperjaungkan bangsa, yang ada hanyalah muslim, jadi kalau dah lagu tu, muslim apa pula?...kalau dah manusia tu manusia walau di mana mereka beraksi. Hanya Iman sebagai furqan kepada manusia, bukan mana-mana parti.


 Agak terlewat, sebelum ini beratus-ratus batang balak
sebesar 'lidi' telah di tebang dan di bawa keluar walaupun
ukurlilitnya di bawah ukuran yang di benarkan.
 Khabarnya PAS ada 'task force'nya, 
depa kena cepat cekup pemimpin depa!

 Laaa...ingatkan tertera nama Haji ****** Timber.......

 Dari gambar berkenaan menunujukkan ia adalah
di bawah kelulusan Jabatan Hutan Negeri, di mana
tanggungjawab dan kuasa menganugerah ban balak
adalah di bawah Kerajaan Negeri Kedah.
Sapa pelesen syarikat?
Sapa pula pelesen kontraktor?
Ada nama yang 'essence nya muslim?

Lagi satu,sebagai pencernaan, setelah 2 tahun memerintah, berapa ramaikah yang  Kerajaan PAS Kedah telah berjaya lahirkan usahawan Muslim dalam bidang pembalakan yang mempunyai kilang sendiri dan memasarkannya sendiri? Atau sudahkah kerajaan PAS Kedah membantu Muslim untuk membuka kilang balak sendiri?  Atau kaedah dulu masih di guna pakai walaupun dulu di katakan sistem ini punya kepincangan?  Apakah perlukan masa yang lama untuk menukar dasar yang di katakan pincang ini?  Atau kita sebenarnya sedang di perintah oleh 'burung tiong' yang hanya tahu berkata-kata setelah lidah di asah berlian dan di ajarkan skrip yang indah-indah untuk di bisikkan ke telinga rakyat?...Berapa lama???

Selamat Berpuasa,

Semuga segala ibadah kita adalah seperti yang Allah Perintah dan semuga juga ianya di terima sebagai satu kerja kebaikan tepat seperti tuntutan Allah......

Petikan makna ayat-ayat AlQuran berkaitan PUASA:

Al-Baqarah(Lembu)
2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

2:184. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang membuat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

AnNisaa(Perempuan)
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

AlMaidah(MejaHidangan)
5:89. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah memaafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa mengulanginya, Allah akan melepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.

Maryam
19:26. Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

AlAhzab(Golongan Bersekutu)
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.

AlMujadila(Yang Berdebat)
58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.

Selain dari Puasa bulan Ramadhan, ada beberapa perkara lagi di kaitkan dengan puasa seperti nazar, zihar, haji dan lain-lain.....  SALAM....

PELUANG UMNO AJAR IMIGRAN TAK SEDAR DIRI

P. Uthayakumar, Presiden Parti Hak Asasi Manusia (HRP) atau lebih tepat lagi HINDRAF dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dari Pakatan Rakyat, MENGEJI UMNO dan menuduh parti tersebut sebagai musuh utama kaum India di Malaysia.

Lelaki yang sepatutnya telah digugurkan taraf kerakyatannya oleh Kerajaan Malaysia, masih berkeliaran dan cuba menimbulkan hak kaum India yang bukan-bukan. Mungkin berasakan dia adalah seorang peguam, P. Uthayakumar cuba memanipulasikan undang-undang. Kegagalan Menteri Dalam Negeri bertindak terhadap India sekor ini, telah dan akan menimbulkan kekacauan yang lebih besar pada kemudian hari, sekalipun dia pernah disumbatkan ke Kamunting.

Menariknya tuduhan Uthayakumar ialah kerajaan UMNO telah memusnahkan tanah perkuburan, sekolah dan kawasan kediaman masyarakat India sebagai usaha membersihkan kaum. Malah kerajaan UMNO juga menafikan hak biasiswa kepada pelajar-pelajar India. (Free Malaysia Today)

Haramjadah ini nyata berbohong dan berdusta memandangkan dari zaman dahulu, pelajar-pelajar India diberikan biasiswa oleh kerajaan. Apa yang berlaku ialah kebencian terhadap orang Melayu dan agama Islam yang membuak-buak oleh Presiden Hindraf ini.

Kerajaan seharusnya bertindak keras terhadap imigran tidak sedar diri seperti Uthayakumar. Bahkan UMNO sebenarnya boleh membantu dan membuktikan, kebanyakan parti-parti kaum India, termasuklah Hindraf hanyalah menggunakan masyarakat India tetapi mereka tidak membantu masyarakat itu ke hadapan sebaliknya hanya digunakan untuk kepentingan segelintir pemimpin tertentu seperti yang dilakukan oleh MIC.

Selagi kerajaan berlemah-lembut terhadap golongan imigran seperti Uthayakumar dan Lim Guan Eng, selagi itulah Islam dan Melayu akan dijadikan sebagai punching bag dan modal untuk mereka berpolitik!
 
************************************************************************************
Apakah satu lagi amaran akan di berikan oleh Menteri Amaran Dalam Negeri untuk menambah siri amaran yang bertali tapi tak berarus???

Kekalkan hak istimewa bumiputera

MARANG 6 Ogos - Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut.
"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin adalah bumiputera, yang bukan bumiputera tidak lah besar (jumlah) jika dibandingkan bumiputera," katanya selepas majlis pelancaran buku bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, hasil karya beliau sempena Jubli Perak Maahad Darul al-Quran di Rusila di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Kenyataan itu mendorong Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat laporan polis semalam, supaya pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengenainya.
Ahli Parlimen DAP itu dikatakan menimbulkan provokasi dan mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pada masa yang sama, kaum lain yang miskin juga wajib mendapat hak dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
Menurutnya, ketika keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh diabaikan atau dizalimi.
"Realiti yang ada dalam negara kita, majoriti rakyat terutama yang miskin adalah bumiputera, jadi sebab itu kita kena lihat majoriti rakyat yang alami masalah kemiskinan.
"Dalam masa yang sama, kita wajib bela kaum lain yang miskin. Bukan bermakna kita jaga majoriti tapi kita abaikan kaum lain, kita tak boleh menzalimi kaum lain ketika kita membela kaum sendiri," katanya.
Abdul Hadi menjelaskan, buat masa ini, tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan itu dianggapnya lebih bersifat peribadi.
"Kita kena bincang di peringkat pakatan pembangkang, pandangan itu mungkin lebih bersifat peribadi," ujarnya.

************************************************************************************

Inilah pandangan yang bagi aku satu pandangan yang memijak rumput dan menunjung awan.  Kalau selama ini aku mual dan muak hampir termuntah keran pening mendengar orang tua 'mabuk' yang tidak memahami apa yang di perkatakan tetapi kerana teruja melihat mikrofon yang di jolok kekerongkongnya maka terpacullah segala yang bacul dari mulut tanpa aqal, meluru tanpa kalbu.

Apa yang salah bercakap yang sah?
Apa dosa bercakap yang berfakta?

Walaupun aku kurang senang dengan cara berlapik Hadi terhadap tonipua aka tempua mengenai pandangan peribadi padahal kesannya boleh mempengaruhi orang yang  jahil, tetapi aku harap juga kenyataan Hadi akan dapat mencelikkan mata pengikut fanatik dan jahil yang mata mereka penuh dengan tahi fitnah dan tahi provokasi keterlaluan.

Dan aku paling amat berharap supaya penyokong tegar pas tidak pula terus melabelkan hadi dengan label yang negatif hanya kerana mengatakan apa yang beliau rasakan benar atas kapasitinya sebagai Presiden pas seperti mana mereka melabelkan Hasan Tantawi, KP pas hanya kerana beliau menyeru kepada perpaduan bangsa!

**TSMY kata tepat
***Harakah tak keluarkah berita macam ni?


Aku berpeluang untuk mengikuti satu majlis di sebauh Pusat Giat MARA (PGM) di suatu tempat di Negeri Kedah.  Bila aku kesana dan berpeluang berbual-bual dengan Pengurus PGM, aku begitu terharu sekali bila mendengar taklimat ringkas beliau.

"Tuan-tuan bayangkan, mereka ini kita kutip dari keadaan sifar harapan dan kita bentuk mereka menjadi manusia".  PGM sanggup menerima mereka asal sahaja mereka ini ada kemahuan dan keazaman dengan sedikit asas 3M.  Tetapi Alhamdulillah mereka ini setelah berjaya menamatkan kursus ramai yang melangkah ke tahap yang lebih tinggi yang selalunya mereka ini akan meniti IKM terlebih dahulu...."

"Tahukah tuan-tuan salah seorang eksekutif di Modenas yang kini menikmati gaji sebanyak RM17,000.00 sebulan adalah produk PGM?  PGM mengutip nagoi-nagoi yang kanyiaq ini untuk di bentuk menjadi manusia berguna, jika itulah pilihan mereka, kerana ada juga mereka yang datang ke sini atas paksaan keluarga dan akhirnya kecundang, bukan kerana salah siapa tetapi kerana sikap diri."

"Dan tahukah tuan-tuan, ramai dari kalangan sub-kontraktor dan kontraktor-kontraktor berjaya adalah juga hasil produk PGM?  Dan PGM tidak pernah mengaplikasikan sistem aparthied dalam pengambilannya. Parti di kesampingkan asal sahaja anak Melayu dan Bumiputera yang tercicir itu dapat kita bilas dengan ilmu kemahiran agar dapat meneroka hidup yang lebih bermakna dan bertanggungjawab"

Lalu di bisikkan kepada aku, "Ada seorang YB dari PAS datang bawa anak dia untuk kita bentuk kerana dia kata anak lelaki dia tu  buat dia pening kepala, kerana walau dah di hantar ke sekolah agama dan pondok pesantren, tetapi tidak bertahan lama, akhirnya kerana dia MELAYU, PGM terima tanpa karenah, tetapi malangnya budak lelaki anak YB dari PAS itu hanya berjaya mempertahankan dirinya dalam PGM selama 4 bulan sahaja."  Nak wat gena.............

Dan anak-anak Melayu dari acuan pembangkang yang telah berjaya di beri ilmu kepada mereka inilah akhirnya di beri peluang pula untuk bekerja dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, tetapi memilih untuk menjadi duri dalam daging di tempat-temapt mereka menceduk rezeki.  Mereka menuduh kerajaan bermacam-macam, padahal di mana mereka dapat makan, di situlah pula tangan yang menghulur di gigit.  Mengapakah mereka tidak mahu mengambil langkah yang betul bila ada sesuatu kes seperti rasuah di dalam jabatan-jabatan dari dengan hanya melemparkan tuduhan sembrono kepada kerajaan?  Bukankah yang mengamalkan rasuah itu adalah individu.  Jika benar berlaku, sediakan bukti kukuh.  Setelah ada bukti kukuh, lapurkan sahaja kepada pihak berkuasa supaya tangkapan dapat di lakukan.  Tetapi janglah bila bertindak, bukan individu yang makan rasuah di lapurkan kepada pihak berkuasa, tetapi terus mendakyah bahawa Kerajaan rasuah, kerajaan rasuah.  Betulkah tindakan ini?

Aku cukup pelik bilamana agensi seperti KEDA di kuasai oleh ahli-ahli dari parti pembangkang dan selalu mengucar-ngacirkan pentadbiran, malah mereka inilah yang selalu mengucapkan ungkapan riak yang berbunyi, 'hangpa sokong dapat apa?, aku yang tak sokongpun dapat macam-macam, baik hangpa tak payah jadi penyokong".....bukannya mereka hendak mensyukuri kepada dasar kerajaan yang membuka ruang dan peluang untuk menceduk nafkah menyuap diri, anak dan isteri, lalu sibuk mencari salah orang dari memperbetulkan diri sendiri.  FIKIRKAN!

Nukilan ini aku petik dari blog the Darker Side

Nampaknya benarlah pepatah Cina yang berkata: 

With money you can buy a position 

but not a respect.

Thursday, August 5, 2010

KJ Bukan Setakat Hipokrit, Tapi Bacul dan Lying Scumbag

"Singh, in the spirit of free speech,
you're free to post anything"
Cait ... ini penipu punya kaki
Singh is back … but kena ubah style sikit, this time nak tulis mainly in Malay. And of course … the same old story … pasal anak omak @ laki si Nori @ menantu Dollah Badawi bernama Khairy.
Sepanjang dua tiga akaun si KJ bukak kat FB … tak pernah aku teringin nak add KJ as friend. Bagi aku … it is an insult to intelligent. Macam mana aku nak terima KJ after the kind of mess he did during Dollah’s REIGN OF ERROR … HA HA HA.
Tapi bila KJ bukak FANPAGE (ceh … perasan macam artis) … aku nampak peluang cantek untuk berdepan dengan KJ face to face … actually keyboard to keyboard … HE HE HE ....
Dipendek cerita aku tekan “LIKE” kat KJ FANPAGE. Tapi aku tak nak jugak orang kata Singh dah konar baring … tiba-tiba boleh “LIKE” dengan si KJ. So aku tulis satu wall post kat KJ FANPAGE for clarification ….
Betul apa … aku kena LIKE dulu untuk aku luahkan apa-apa yang aku DON’T LIKE pasal Dollah punya menantu … HU HU HU
Tiba-tiba aku nampak KJ punya wall post yang mempersoalkan pasal kes rasuah Kerajaan PR di Selangor.
Okey la tu … benda tak elok kita kena tegur. Tapi bila KJ tegur orang pasal rasuah …. Apa yang aku boleh kata …. KAAAAAAAAH KAH KAH ….. diumpamakan seperti ketam mengajar anak breakdance.
So aku perli kat si HIPOKRIT Khairy dengan komen:
Alahai Khairy ... do you really think you're the best person to talk about corruption and misappropriation ... simply ask yourself what have you done during Dollah's administration. Something may ring the bell .... Patrick Lim ... Trengganu ... ECM Libra ... Gelang Patah ... and plenty more ... OUCH!!!

JENG JENG JENG …. tak disangka KJ menyambut Singh dengan tangan terbuka … dan lalu KJ berkata …
Nice to see Singh is King here. Constant and consistent critic from the start. A lot of baseless accusations, of course. But in the spirit of free speech, you're free to post what you like here although I reserve the right to call you a lying scumbag. Which, of course, you are. Kepada rakan-rakan lain jangan peduli sangat orang macam Singh is King. Penuh dengan kebencian dan penipuan. Minta bukti, tarak.


Wow … apa yang KJ tulis tu … aku nampak ada good news, better news and even the best news. The good news … KJ tahu beb ..... aku sengat dia sikit demi sikit. The better news … KJ janji tak nak delete aku. And the best news … KJ tuduh aku lying scumbag … so aku ada reason nak retaliate ... OUCH!!!
Okey la tu … hang kata aku lying scumbag noooo … KJ mintak bukti nooo …. Adus … bagaikan mengantuk disorong bantal peluk. Tak pe … sat lagi hang KJ jawab soalan aku pula … tengok nanti setakat mana hang menggelupuh … sama-sama kita tunggu … HU HU HU …
Then aku balas balik komen KJ dengan beberapa persoalan:
Seminit … dua minit … tiga minit … aku menanti dengan debaran … mungkinkah KJ berani menghadapi kebenaran. Empat minit … lima minit …
WAH!!! … tiba-tiba pencacai murahan keluar dari persarangan … dan seperti biasa tidak segan untuk mempamerkan kebodohan … KWANG KWANG KWANG …
Pencacai pun pencacai la … baik aku tembak dulu sebelum depa lagi merapu. Dari segi bahasa aku pun tahu siapakah sebenarnya Cik Saloma tu … HU HU HU.

So aku tulis satu komen ditujukan kepada pencacai KJ yang dungu dan sememangnya mempunyai IQ di bawah paras beku …..
Tiba-tiba bila tekan button COMMENT … FB bagi notification … YOU’RE NOT ALLOWED TO COMMENT … rupanya aku dah kena delete from KJ FANPAGE.
CEH … BACUL punya KJ … berdepan ngan aku tak sampai 10 minit … terus tak tahan kepanasan dan blok aku sebagai fan. Dah la HIPOKRIT dan PENIPU … kononnya in the spirit of free speech hang janji tak akan delete. So sape sebenarnya the lying scumbag.
"Mommy ... Piggy whacks me again ... and this time I cannot hide"
Adus KJ … aku bukannya tuduh hang yang bukan-bukan, aku hanya bertanyakan soalan, dan jauh sekali dari sikap kurang ajar. Punyalah bersopan santun … aku siap tanya lagi apa khabar hang punya kawan baik si Kali … HI HI HI
Suatu yang sahih dan nyata … hang KJ selalu katakan bahawa apa-apa isu yang kami utarakan … hanyalah baseless allegation. Tapi macam semalam bila aku mintak hang berdepan dengan kebenaran … hang pulak yang lari bertempiaran. Aduh ... hang ni KJ memang penakut dan bacul tahap gaban … KWANG KWANG KWANG!!!

Dear DS Najib … please get rid of Dollah’s son-in-law AS SOON AS POSSIBLE. As proven beyond any doubt, KJ not only a coward, but he is also a hypocrite and a lying scumbag. KJ is also among the worst leaders in the History of UMNO … after Azeez Rempit Rahim, Reezal Merican and Annuar Musa.
"Oloh Singh ... ambo pun kena"

BLOGGER BUNUH BLOGGER.... KALAU KENAL DIA NIH, TAK HERAN DENGAN PERANGAINYA...

Sumber: Unspinners


Cerita blogger ini banyak tapi tak ada yang diketahui. Semuanya diam-diam dan tidak terdedah. Sesekali ada berlaku, macam kisah orang guna nama The Unspinners. Kali ini pula blogger Braveheart ada beberapa cerita orang tak betul. Ceritanya berikut:
... Setiausaha UMNO, Dato' Tengku Adnan telah menyediakan sumbangan (bukanlah banyak sangat) RM15,000 untuk diagihkan kepada para blogger yang bertungkus lumus di Hulu Selangor dulu. Jumlah itu sekiranya diagihkan sama-rata mungkin setiap orang hanya akan mendapat sebanyak RM500.00 atau RM600.00 sahaja.

Tidak mengapalah!

Alhamdulillah juga jika hanya setakat itulah yang mampu diberikan oleh kerajaan (maksud parti) sebagai penghargaan dan mengenang jasa para blogger. Namun apa yang berlaku amat mendukacitakan!

Kenapa SU UMNO tidak secara peribadi bertemu dengan para blogger untuk berkenal mesra sambil menyerahkan sumbangan itu? Saya percaya blogger akan sangat menghargai menerimanya secara langsung dari seorang tokoh walaupun jumlahnya tidak besar.

Menyerahkan kepada 'orang kedua' telah mendatangkan risiko dimana peruntukan berkenaan telah tercicir ditengah jalan. Blogger Aiman Jr tentu lebih maklum tentang perkara ini.

Blogger Sanggah Tok Janggut ini merupakan teman akrab kepada blogger Sang kelembai yang tentu masih kenal dan melihat sahabat-sahabat yang sama berjuang di Hulu Selangor dulu, yang menjulang kemenangan calon BN [dengan membelanja duit sendiri.]

Justru saya menyaran kepada pemimpin supaya lebih berhati-hati dan lebih telus ketika berhubung dengan blogger.

Saya masih ingin mendengar apa kata pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang janji anakbuahnya untuk men'sedekahkan' blogger yang hadir di pelancaran blog beliau dulu dengan modem broadband.

Kita fahan bahawa mungkin kilang pembuat modem berkenaan masih dalam pembinaan, kerana itu kita masih belum menerima nya.

Hehehe!

Bagaimana pula dengan sumbangan dari SU UMNO melalui blogger Sanggah Tok Janggut ini? Apakah 'cek' itu masih sukar untuk di 'cash' kan? Atau sudah kehilangan alamat pada sahabat semua? Atau memang sumbangan itu hanya untuk beliau seorang diri? ...

Petikan dari Beranikan Hati
Kami The Unspinners tak mahu sebab satu dua makhluk yang ambil peluang, perjuangan kita terbantut. Biar dia malu dari pendedahan ini, peduli apa. Dedahkan sesiapa yang mengguna sesiapa ntara kita untuk tujuan tidak baik.

Kita faham tak semua ada peluang dan boleh dapat peruntukan. Ada lebih dan ada kurang. Ada tak ada. Itu rezeki masing2, kebolehan masing2 dan penghargaan orang kepada bloggers tersebut.

Tapi jangan guna nama orang untuk masuk poket sendiri. Oleh demikian, berawas bila ada sesiapa minta nama dan butiran.

Kalau ada pihak mengaku The Unspinners ada dalam mana-mana senarai, sah itu group nak jual nama dan menyamun. Kami tak akan ikut mana2 group. Kami berjalan sendiri tapi seiring dengan blogger2 pejuang yang tulin.

Bagi yang tak amanah, jangan pula nak tegur dan nasihat Noh Omar. Nasihat diri sendiri.



Ulasan The Flying Kick:

Maklumat yang diperolehi bagaimanapun mengatakan Erman Jr. telah membuat penafian di hadapan beberapa orang bloggers sebaliknya menyalahkan Sang Kelembai atau Zaharin di atas salah laku dan penyelewengan wang peruntukan untuk bloggers. Bagaimanapun Erman Jr. adalah pencacai dan barua pengangkat najis untuk Sang Kelembai....

Apa pun cerita tentang penyelewengan dan penyamunan duit dengan mengatasnamakan bloggers, sudah lama dilakukan. Malah ada yang terang-terang menyebut nama blogger tertentu kununnya kenal secara dekat, tetapi tidak sedar, blogger yang disebut namanya itu berada di hadapannya. Yang pastinya, beberapa sumber yang layak dipercayai mengesahkan Zaharin Sang Kelembai telah menerima peruntukan RM80 ribu untuk pilihanraya kecil Sibu....

Lanun di dalam UMNO sudah mula menjalar di dalam dunia blog! Maka berhati-hatilah anda dengan geng-geng bloggers yang bijak bermuka-muka ini untuk mengenakan anda!

**************************************************************************************

**Ini aku petik dari blog Flying Kick pasal lintah-lintah maya yang berpaut umpama parasit dengan nama-nama blogger pro-umno yang 'freelance'.

Dah banyak kali perkara ini berlaku dan aku dapat rasa ianya akan terus berlaku selagi dunia ini masih berputar di atas paksi dan mungkin sempat lagi walaupun putarannya terbabas dari paksi sebelum berlanggar dengan planet-planet lain.......

Walaupun gambar tu dlm bentuk negatif, tetapi aku kenal muka dia yang selalu bertempek kat The Mall ataupun Hotel Puteri Pacific ........Depa ada networking yang bergerak dalam satu uniform(bukan seragam tapi keseragaman) dan modu operandi depa ni cukup mudah, aitu cekup mana-mana ahli politik yang di kenali ramai, lepas tu pelemah depa ni untuk cekik poket depa.....Bagi aku memang padanpun....perah duit secara tak bermoral dari poket ahli politik yang dapatkannya secara tak bernoral dan habiskan duit tu juga dengan jalan tak bermoral....
Walhasil balik asal......Itu pasal tak????


Dari YB Zul Kulim:

29 July 2010


HARAMKAN DAP!

Salam 2 all.

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Sya'ban 1431
29 Julai 2010


**Aku dengan ini ingin mengajak semua rakyat yang mahukan kegemilangan serta kestabilan politik yang telah di kecapi selama ini menyertai kempen ini.  Sila 'Stickkan logo kempen anti DAPig(yang terletak di atas kanan blog ini ke blog masing-masing.  Desak kerajaan agar mengharamkan parti yang semakin kurang ajar ini, parti yang pernah mencetuskan peristiwa berdarah 13Mei.....

***Berkenaan saranan setengah masak yang memalitkan UMNO dalam beberapa skandal individu yang tidak ada kena mengena dengan perlembagaan UMNO supaya buka mata dan matahati luas-luas!  kami sebagai ahli marhein dalam UMNO juga membenci sikap rakus dan tamak manusia yang bertuhankan material dan tidak ingat mati serta tidak takutkan Allah tetapi menumpang seperti parasit dalam UMNO tidak kira samada mereka ini pemimpin ataupun ahli biasa!

Sila perbetulkan tanggapan anda bahawa di bawah ini, kerana DAP mencetuskan perbalahan atas nama parti bangsa Cina manakala skandal-sakandal yang berlaku dalam UMNO bukan kehendak seluruh ahli parti UMNO yang rasional, tetapi hanya tindakan segelintir parasit yang mengaku ahli UMNO, tetapi sebenarnya ahli neraka kerana perbuatan khianat mereka. Seperti komen di blog YB Zul ini:


Jika DAP harus dihapuskan kerana sikap cauvanis (melayu bukan cauvanis juga kah?)mereka suka mencetuskan perbalahan (Mei 1969) maka UMNO juga harus juga diharamkan kerana mengkhianati orang melayu (tanah melayu seperti kerpan, sungai buaya dsbnya, budaya melayu (JAWI dan sebagainya), Raja melayu (kes 1993 dan menteri besar perak iaitu bapa tajul rosli), politik wang yang sangat berleluasa dan sebagainya yang tiada apa-apa tindakan lagi. Saya cabar saudara Zul agar didesakkan UMNO diharamkan dan tubuh parti melayu yang lebih demokratik. Keluarkan semua tindakan pengkhianatan kerajaan BN sekarang dan bukan hanya sekadar menyerang pihak pakatan. segala ketidaksetujuan dan pandangan yang berbeza sila emel notoracist@gmail.com

salam,

Achmad Abdollah



Dalam satu perbualan aku dengan seorang pemuda UMNO akar umbi, telinga aku menangkap keluh kesah dan kerisuan beliau. Antara keluh kesah beliau ialah tentang masih kedapatan orang-orang tua dalam UMNO yang sudah sepatutnya pencen dan hanya sesuai untuk melengkapkan majlis dan pertemuan tapi masih menggagahi diri untuk mengetuai cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO. Nafsu masih membara walau tenaga sudah tiada.....

Lalu aku kata pada beliau yang mereka-mereka ini sudah sepatutnya di ganti, malangnya si pengeluh tadi berkata, "Susah Abg Det oiii"....."Kami ni tunggu nak buat kerja saja". Aku kata apa kerja lagi yang kita nak buat kalau parti dah hancur berkubur dek tangan-tangan si kitol dalam UMNO?

Ini yang aku tak faham. Apakah susah sangat untuk kita tukar pemimpin kita jika mereka tidak lagi mampu memimpin? Dalam era ini, terma segan, malu alah, biaq pi kat depa sudah tidak boleh di guna pakai lagi. Selagi ayat-ayat ini meniti di bibir, ia sebenarnya menganjak kita dekat dengan kehancuran.

Lalu aku cadangkan kepada golongan muda di akar umbi yang sebenarnya masih sayang kepada parti keramat UMNO ini. Mulakanlah transformasi di akar-umbi. Mulakanlah ia di cawangan masing-masing. Suara ahli pemuda/pemudi di cawangan-cawangan sebenarnya boleh menunjang kembali kehebatan UMNO sebagai parti pembela nasib orang Melayu, nasib pribumi Tanah Melayu, nasib pribumi Malaysia keseluruhannya.

Wahai orang-orang muda, pemuda dan pemudi cawangan-cawangan, gunakanlah perlembagaan parti untuk kebaikan parti itu sendiri. Mana-mana ahli-ahli akar umbi di cawangan-cawangan mendapati Ketua cawangan mereka tidak lagi mampu mengetuai mereka di akar umbi, gunalah kuasa anda yang di peruntukan oleh perlembagaan untuk menggantikan Ketua Cawangan anda yang sudah tidak mampu menyumbang dengan Ketua Cawangan yang lebih bertenaga dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjadi Ketua Cawangan anda. Tetapi sebagai penghormatan, lantiklah Ketua Cawangan yang lama untuk menjadi penasihat di cawangan anda.

Dan wahai pemuda pemudi, jika anda dapati Ketua-ketua Cawangan anda hanya suka mengejar jawatan tetapi baloq dlm menjalankan tanggungjawab, maka gantikanlah ia di dalam pemilihan cawangan yang akan datang dengan orang yang anda 'observe' yang layak memimpin. Jangan lah lagi memilih melalui kuasa anda sebagai ahli Ketua-ketua Cawangan yang kemudiannya di lantik pula sebagai Pengerusi JKKKP tetapi selalu 'tuang' dari kerja mereka dalam membantu rakyat tetapi sebaliknya 'menyeghama' ke mesin-mesin ATM atau perjumpaan untuk menerima cek elaun JKKKP yang awai-awai lagi, belumpun ayam berkokok, belumpun embun kering di rumput, belumpun bayang-bayang menyentot 3/4 panjang tetapi sudah tersengih di pintu dewan tempat mengumpulkan mereka....Gantikanlah mereka ini yang ingat elaun tu untuk depa guna macam gaji, padahal 'semangat' sebenar elaun itu adalah untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti cawangan. Jgnlah di lantik mereka ini untuk menasihati cawangan pula. Suruh depa dok belakang masa mesyuarat!

Usahalah untuk menggantikan Ketua-ketua Cawangan yang mentekedarah elaun JKKKP tetapi pandai ngelat dlm kerja mereka termasuklah yang harga mereka hanyalah dalam lingkungan RM200 ke RM 300 bila tiap kali tiba musim pemilihan parti di Bahagian.

Dan jika kita tahu menggunakan kuasa secara rasional, maka rasionlnya juga Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi atau Naib Presiden atau Timbalan Presiden hatta Presidenpun boleh di ganti oleh hanya satu cawangan sahaja. KERANA MEREKA JUGA LAZIMNYA ADALAH KETUA CAWANGAN!!!!

Jadi janganlah terus merungut di 'balik guri' jika mahu parti pulih dari segala liabiliti, kerana di atas kertas ianya boleh di lakukan. Maka gerakkanlah formula transformasi ini dari atas kertas kepada 'padang yang sebenar'.....DEMI UMNO yang rohnya kembali kepada asasi.

UMNO SHOULD BE SIMPLY BACK TO BASIC!!!

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ