Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Inilah teori aku. Mungkin juga orang lain fikir macam aku, mungkin juga disebaliknya. Appeedyyaaa?
Setelah menyedari bahawa kemasukan ezam tidak dapat membawa keuntungan jangka pendek bagi ayah lah, maka plan B terpaksa dijalankan walaupun mungkin akan menyebabkan UMNO rebah tegulin.
Menyeret Mukhriz bersama-sama YB Tajudin akan memarahkan lagi luka yang telah sedia menanah. Kanser terbaru yang dibawa masuk ketubuh kabinet UMNO oleh ayah lah seperti zaid mengakibatkan penyakit bertambah serius.
Dan tindakan seterusnya dilihat nyata ada unsur-unsur ugutan untuk menutup mulut mereka yang berani mendedahkan kepincangan ayah lah. Demam ayah lah tak kebah-kebah. Anak semakin gundah Menantu semakin gelabah.
Tukang Punahsihat bukanya memberi ubat tetapi musibat. Semakin mereka cuba merawat semakin penyakit menjadi melarat.
Semalam setelah 24jam mohon masuk balik UMNO Ezam diberitakan oleh akhbar arus perdana akan bertanding KP UMNO sekiranya ada pencalonan. Hari ini dah jadi lagu lain. Tak betul langsung akhbar diMalaysia ni. Tak boleh pakai berita dia orang. Itupun sekiranya Ezam yang betul. Aku tak fikir begitu. Penafiannya boleh disiarka nsegera secara update news kerana kita diinternet ada kemudahan sebegini. Agaknya setelah seharian lekalalai dengan keseronokan dilayan oleh pm flipflop yang tido, maka diapun dah dirasuk oleh semangat sang idolanya yang baru.
Apakah kerana memang pening lalat kerana bangun dari tido atau mamun kerana mabuk ubat resdung maka tindak-tanduk ayah lah yang mengetuai kerajaan PAHABAHU sebenarnya tidak pernah berubah-ubah walaupun dahi politiknya dah benjol kerana terhantuk rasukalang PRU12 yang lalu.
Rupa-rupanya anganan yang disorongkan oleh entah siapa kedalam impian ezam tidak berjejak umpama teratai. Sudahlah kemasukannya dipertikaikan, impian politiknya pula impian yang tidak kena pada tempat.
Apakah ini penangan dari Punasihat yang sama-sama berasa kepanasan bak cacing yang semakindicari oleh pemancing, panik sehingga tidak dapat hendak sembunyikan perasaan mereka hasil asakan akar umbi.
Buatlah kenyataan apapun mengenai kemasukan mereka-mereka ini kedalam UMNO, kononnya ada faedah. Saya percaya disebaliknya mengenai keyataan Kerismudin. Ezam hanyalah mengundang bersama perpecahan UMNO dengan kemasukannya. Itulah perasaan saya.
Siapa Si Ezam? Masuk balik UMNO tak sampai sehari dah bunyi macam-macam.
Petikan dari Utusan:
Sedia tanding jawatan Ketua Pemuda
PETALING JAYA 29 Mei - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.
Bagaimanapun, beliau sedar kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam UMNO tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.
Namun Mohamad Ezam berkata, beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin UMNO yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu kaum yang dihormati oleh kaum lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam UMNO ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
- Bernama
*: Kata kemarin bukan kerana jawatan. Hari ini dah bagi 'hint'. Nampaknya UMNO sekarang benar-benar merudum darjah kemuliannya. Senang sangat kalau nak cari kedudukan. Keluar parti, jadi pembangkang yang vokal, keudian tu tunjuk insaf, masuk balik dengan kenyataan tidak kejar jawatan. Esoknya 'kenen' sikit, bagi 'hint' dan tunggu respon. Senang sungguh la ni nak buat marketing dalam UMNO.
Dan terkini ada satu blog yang mengimbau kegiatan masa lampau ezam, iaitu
http://kisahezam.blogspot.com/
Aku dah baca dan aka nterus membaca. Dan apakah didalam politik malaysia semuanya halal? Semuanya boleh? Putar belit kenyataan, mungkir janji, tikam belakang kawan, hubungan terlarang, bla bla bla....... Awat? Dalam politik ni Allah kata buat apapun tidak berdosakah selagi alasannya adalah kerana politik?
Tiada lagi Pulau Batu Putih!!! Dah tenggelam!!! Singapura telah menggempabumikan kawasan tersebut sehingga mengenggelamkan PBP dan sebagai gantinya sebuha pulau timbul menggantikan PBP menjadi Pedra Branca. PBP dah dikuburleburkan.
Sementara South Ledge masih belum jelas kedudukannya. Masih kabur. Apakah hendak terus dibiarkan kekaburan itu tanpa usaha untuk menjadikan ianya sesuatu yang jelas dan sah? Nak TIDO lagikah?
Dipetik dari Berita Harian edisi Singapore 24/05/08:
Mengenai Terumbu Karang Selatan (South Ledge) pula, keputusan ICJ tidak jelas dan ia setakat menyatakan bahawa kedaulatannya milik negara yang mempunyai kedaulatan terhadap kawasan perairannya.
Pulau Pisang?
Sempadan Malaysia Thai?
Sempadan dengan Indonesia?
Sempadan dengan Filipina?
NAK TIDO LAGI KAH??????
Kemarin seharian aku hanya boleh melilau kelilin sebab capaian aku di internet jadi lembab membuat aku memutuskan untuk reformat. Pepagi tadi aku dah selesai memformat komputer dan petang ini baru berkesempatan untuk memblog aka blogging.
Aku baghu terprasan yang Jeanbara telah sudi linkkan blog aku dengan blog dia. Dan sebagai balaih bekaih, aku linkkan pula blog dia dengan blog aku.
Jadi pada para pengunjung selamat melawat blog aku. Sila beri komen. Anda bebas untuk beri komen. Pro and Cont are wellcome.
Macam-macam posisi aku cuba untuk meneran keluar kepala ta ali ya kaf yang dah mula mengeras tu...... Kemeragaman perut aku menandakan dia sudah tak diterima oleh usus kecil dan besar aku. Tetapi ulat-ulat putih dan kuman-kuman lain yang memerlukannya untuk kelangsungan hayat menganggap sebaliknya. Sambil menjegil? Dah..... Sambil mengertap bibir? Dah...... Sambil menjerit tanpa suara? Dah...... Posisi duduk? dah...... Posisi cangkung(SALAH NI kalau guna tandas duduk)pun dah........
Broklek? Awai-awai dah aku telan.......tak payah nak ajaq.
Minyak Angin? Tak dak kesan langsung
Macamana lagi aku nak buat ni...... Ta Alif Ya Kaf ketegaq sangat........
Last-last kau keluaq dululah dari tandas........tapi buat sementara sahaja. Pasti ada ubat untuk PAKSA menda ni kluaq.........
Lepaih kluaq saheh perut aku kembali sihat dan yang penting kesihatan aku dalam POLITIK!!!
SYABAS! SYABAS! SYABAS!......HUUUUUAAAAAAAAARRRRGGGGHHHH...HU HU HU....
Perasaan aku begitu bercelaru, rasa marah yang tidak tahu kemana nak aku lepaskan. Walaupun aku jauh diUtara, namun apa yang telah diputuskan amatlah meruntun maruah aku sebagi rakyat Tanah Melayu. Batu Puith bukan lagi batu putih, tetapi Pedra Branca(puas aku google untuk dapat nama ni, pasai aku tak ingat langsung nama batu putih dalam bahasa asing.
Apakah yang akan terjadi kesan dari pengumuman ini? Bagaimana pula bentuk geografi kawasan behampiran pada masa terdekat dan masa akan datang? Apa perasaan rakyat Johor yang kebanyakan? Yang dapat merasa untung hasil dari menjual pasir kepada Negara Ketuat itu mungkin biasa saja.....
Apakah ada habuan yang maha besar oleh pihak-pihak tertentu oleh Negara Sekenit tu?????
Sekali lagi maruah kita dimeghuah oleh kehinaan!!!!!
Bahagian aku?.....Jerai.....selembut bayu menusuk kalbu.....lembut lembai macam PM juga.... Kami akur konon..... Aku dan beberapa sahabat dari cawangan aku dah bertekad untuk buat pengumukman semasa mesyuarat cawangan ni. La ni secara tak rasmi aku dok berehat ditepi tebing dah.....sampan UMNO aku dah aku labuhkan sekejap. Ikatannya walaupun tak ikat mati, tapi aku ikat betoi-betoi. Kalau tokey pengkalan lain ajak singgahpun aku tak akan singgah. Tunggu tokey pengkalan UMNO tukaq orang lain baru aku pi singgah balik.....
Aku tak kisah..............
Saya baru sudah membaca kenyataan dari DMM. Molek benarlah untuk beliau terus berada didalam untuk terus memberi tekanan. Saya yakin bahawa bveliau juga akan medapat sokongan dan dokongan dari dalam.
Manakala Ayahnda TDM yang telahpun membuat keputusan untuk menekan pak lah dari luar bersama-sama dengan silent majority dan marhien seperti saya juga merupakan usaha yang pasti akan memberi kesan dalam memulihkan parti UMNO dalam mengembalikan kekuatannya disamping membuat pihak pembangkang 'gigit jari'.
Memanglah dipihak pembangkang amat berharap Pak Lah terus menjadi kepala UMNO agar boleh digunakan kelemahannya dalam memimpin demi survival mereka yang selama ini mereka tidak pernah mendapat comfort position selama menjadi pembangkang.
Saya sendiri tidak rela untuk membiarkan perkara ini berterusan......
Semuga ada tindakan berani dari Kepala Batas(marhein UMNO seperti saya).........
Dipetik dari Bigdog Dot Com:
Sidang media Dato’ Mukhriz
Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun akan memanggil sebuah sidang media di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur jam 5.30pm ini.
Ini adalah susulan kepada pengumuman kejutan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar bersyarat dari UMNO di Alor Setar semalam. Tun Dr. Mahathir mengesa ahli UMNO keluar ‘bersyarat’ dari UMNO dan membubarkan Cawangan UMNO tetapi meminta agar tidak menyertai parti lain. Mereka dinasihatkan kembali menjadi ahli UMNO setelah ada Kepimpinan lain mengantikan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan.
*Perkembangan terkini 6.25pm
KENYATAAN MEDIA
UNTUK KELUARAN SEGERA
20 MEI 2008
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:
1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;
2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;
3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan
4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.
Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.
Sekian.
*Perkembangan terkini 7.15pm
Semasa sessi soal jawab, Mukhriz menjelaskan bahawa beliau belum lagi berunding pengundi Jerlun dalam isu keluar UMNO yang banyak pihak membuat jangkaan dan andaian. Beliau memilih untuk masih setia dengan UMNO kerana begitu banyak kerja perlu dilakukan untuk memulihkan parti dan tidak akan berganjak dari terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan semua jawatan. Keputusan ini tidak didorong mana mana pihak.
Exco Pemuda UMNO itu juga menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir ada membincangkan tindakan beliau mengumumkan keluar bersyarat dari UMNO, tetapi beliau tidak pula membincangkan sebaliknya. Beliau mengaku bahawa keputusan beliau untuk terus bersama UMNO akan mengecewakan ayahandanya dan akan bertemu ayahandanya untuk menjelaskan tindakan beliau.
Beliau menegaskan bahawa menurut tradisi UMNO, Timbalan Presiden akan mengambil alih seorang Presiden. Apabila ditanya siapa yang paling layak menjadi Presiden, beliau berkata atas ahli UMNO untuk menentukan calon itu.
Apabila ditanya apakah tindakan ini (terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletak jawatan) akan memporak perandakan UMNO, beliau menjawab “UMNO sekarang ini sudah pun porak peranda!”. Beliau terus menjelaskan bahawa dengan Kepimpinan yang lemah, Malaysia tidak lagi menjadi destinasi menarik untuk pelaburan asing langsung (FDI) dan antara buktinya pengumuman Tun Dr. Mahathir semalam memberi kesan negatif kepada Bursa Malaysia hari ini.
Untuk soalan kenapa beliau gagal menghadiri majlis makan tengahari bersama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diParlimen siang tadi, beliau menjelaskan bahawa beliau sedar ianya dianjurkan hanya untuk MP BN menyatakan terus sokongan kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan beliau memilih untuk setia kepada parti dan Perjuangan, bukan Kepimpinan.
Gambar-gambar semasa TDM diStar City hotel
SELAMAT BERKENALAN DENGAN UBI
Memandangkan syor supaya kita semua makan ubi sebagai alternatif kepada nasi dah semakin popular, dipaparkan di sini gambar sebahagian daripada jenis-jenis ubi. Bukan apa, kut la ada adik-adik generasi la ni yang dah tak kenai. Sebenaqnya ada terlalu banyak lagi jenis ubi, daripada ubi kemili sampai la ke ubi gadung dan ubi gajah. Nanti la, kalau perlu, kita perkenaikan secara berperingkat.Jeanbara juga berharap sangat agar kawan-kawan kita macam pu3 kulim, ctz dan lain-lain tu sudi cari-carikan resipi memasak ubi untuk dikongsi bersama. Pesan kita pada kawan-kawan dalam blog ni, yang ada mini market dan kedai runcit, jangan la lepas ni dok penaik harga ubi pulak naaa...
Aku pasti ramai yang akan memenuhi tempat mereka kunjungi untuk temui rakyat jelata. Masing-masing dahagakan politik yang stabil dan pemimpin yang kuat lagi berwibawa seperti mereka. Bukan pemimpin yang hanya beretorik sahaja.
Apa kata DSAAB semasa berucap pada hari sambutan ke 60 UMNO?
Jangan lupa diri - Ahli UMNO perlu tingkat integriti agar parti terus relevan – Abdullah.
Siapa yang lupa diri? Golongan marhien UMNO ke golongan elit dlm UMNO? Nampaknya ahli juga yang disalahkan. Lagi-lagi slah ahli-ahli! Depa tak salah. Dia tak slah. Menantu dia tak salah! Depa ni integriti depa tinggi!!! Kita ni yang takdak integriti.
Rakyat yang rosakkan 300,000undi tiada integriti. Ahli yg tak keluaq mengundi tiada intigriti. Ahli yang protes tiada intigriti.
Cukup beretorik ucapan dari PM yang seperti 'kebas' perasaan.
Salam.
Rentetan hasil dari pembacan aku di DEPA-KATA:
Aku setuju bahawa Boss-boss bahagian la ni masin-masin dok tengah kalut n sibuk dok atok strategi macam mana nak kekalkan jwtan. Apa nak jadi pada marhien umno dan rakyat trutama Melayu yg dok selama ni jadi silent voters depa tolak sebelah. Yang dok brangan nak dok jwtan yg lebih tingipun ramai gak di bahagian tu. Tapi mengkalu bahagian tu mmg patut kna ganti ketua dia(kebanyakan ka @ kesemua ka d neghi kedah ni????)kna ganti la....
Pasai nak counter dgn Kjaan Pas depa tolak ketepi sat sampai habih PAU. Yang aku dok ghisau tak dan PAU ada PRKP dan sebelum tu puak yg dok brangan nak jadi tazanpun dah ramai minatnya, maklumlah rantin dan dahan sebelah sana tu nampak cantik dan kukuh dari sebelah sini.....do dlm banglopun wat pa kalu dok tepi jamban, baik dok stingaden...pdn ngan muka yg dok jolok srg tebuan.
Aku la ni heghan sunguh, pasai apa aku tengok depa-depa ni yg dah dok jadi menteghi bukannya baghu, ada yg dari tak dak anak, sampai dah anak nak beranak pula(jadi Datuk atau tok wan). ulu masa pa nama....TDM jadi PM nampak depa ni cam ceghedik, tapi bila dok bawah DSAAB depapun jadi sama bodo nan boss depa....maklumlah...sifat baharu........ish ish ish...
Salam semua,
Terasa hidup ini kembali ceria dan bersemangat kerana baru jer lepas lawat blog TDM. Walaupun aku entah yang keberapa ratus yang memberi komen dlm blog Beliau, aku rasa kau bukan yang terakhir....
Aku hairan dengan sikap kepala kerajaan sekarang yang terus-terusan menjadi tunggangan dalam menghadapi sesuatu isu dan keadaan kerana nampak begitu jelas yang beliau tidak begitu memahami sesuatu isu sehingga sanggup menjadi platform untuk menaikkan sesuatu isu itu seperti kes badan kehakiman. Apakah beliau betul-betul faham situasi kes TSA???
Dan apakah pengumuman beliau mengenai Suruhanjaya Kehakiman sudah memadai berakhir sebagai pengumuman? Tidakkah kenyataan beliau bahawa akhirnya, ya.... akhirnya sebagai PM, sesiapapun akan mengambil langkah yang sama iaitu keputusan adalah ditangan PM!!! Bukan begitukah yang TDM lakukan? Apa bezanya???
Rakyat terus dipertontonkan dengan lakonan hambar yang tidak berjiwa dari DSAAB.....
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BLOG ARCHIVES
-
▼
2008
(166)
-
▼
May
(18)
- HIDUP KEMBALI BERSEMANGAT!!!!
- DOK TANG TU JUGA!!!!!
- TDM dan Ku Li
- Pasai Ubi
- PERTEMUAN DENGAN TDM DISTAR CITY
- TEKANAN WAJIB DITERUSKAN
- DATOK MOKHZANI PULAK DAH.......
- SATU LAGI KEJAYAAN GEMILANG KERJAAN TIGA BERANAK
- ANALOGI YANG HAMPIR SEWAKTU DENGAN NOVEL SHAHNON
- TIADA KATA SECANTIK BAHASA
- NAJIB SIPENGKIAS, MUHYIDDIN SIPENGKAIS
- KIASAN: SAYANG BINI TINGGAL-TINGGALKAN
- KEMARIN YANG LEMBAB
- PEDRA OH PEDRA
- ANTARA KEPULANGAN TDM DAN pm DARI NIPPON
- UDANG BALIK BATU PUTIH
- FLIP-FLOP DAN DENIAL SYNDROME
- ESCAPISM DAN DIVERTION OF ISSUE
-
▼
May
(18)