Dari Alasan dan Ulasan oleh Yayasan Warisan Johor, ternyatalahlah Mat Sabu tidak membacapun buku berkenaan sebaliknya hanya melihat pada gambar-gambar dan kemudiannya membuat tafsiran sendiri. Tafsirannya akhirnya bukan sahaja tersasar jauh dari kebenaran sejarah sebaliknya akhirnya memberi malu pula kepada keluarga Mat Indera. Sejarah yang tidak sepatutnya di ingatkan lagi oleh keluarga Mat Indera tetapi disebabkan nafsu politik kebinatangan Mat Sabu yang kini ada pula sudahpun berada dikedudukan nambor dua dan tentunya ada hasrat untuk menapak ketangga nombor satu parti yang beliau wakili kelak cerita yang dioselak bukannya memberi manfaat positif terhadap waris Mat Indera, sebaliknya hanya menambah luka dihati mereka gara-gara majoriti rakyat menolak cerita berbentuk pembohongan oleh Mat Sabu. Kepada keluarga Mat Indera, mufarakahlah dari konco-konco Mat Sabu juga Mat sabu sendiri kerana anda semua tidak bersalah dan kami tidak pernah menyalahkan waris-waris Mat Indera, sebaliknya yang bersalah kerana bersekongkol dengan komunis dengan menyerang anggota-anggota polis ialah Mat Indera, cara yang tidak boleh diterima oleh keseluruhan rakyat ketika itu dan rakyat telah memilih cara atau kaedah yang lain untuk menuntut kemerdekaan berbanding bersekongkol dengan KOMUNIS sehingga Mat Indera telah terpalit umpama sekawan kerbau! Wahai keluarga-keluarga Mat Indera, tindakan Mat sabu adalah penyebabnya dan dia sepatutnya dipersalahkan kerana tersalah membongkar kubur sejarah untuk mencari sedikit untung seumpama kaki nombor yang mengharap kubur yang dikorek kemudiannya dipuja akan memberikan nombor yang bertuah dan membolehkan sikaki nombor meangn besar setelah kena nombor yang dipuja dari kubur yang dikorek!!! Malangnya dah namapun JUDI, maka nombor tak naik, MARAH RAKYAT YANG NAIK MELUAP-LUAP!!! ISA ADALAH DESTINASI TERBAIK UNTUK MAT SABU.
Kalau sudah hendak lemas, apa yang ada depan mata pun dipautnya, itulah bidalan sesuai untuk Mohamad Sabu yang dakwa Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengiktiraf pemimpin komunis Melayu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Sebaliknya, YWJ dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan walaupun nama Mat Indera disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam buku bertajuk, Pengukir Nama Johor namun Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.
Sebaliknya jelas YWJ, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada lelaki itu seorang pengganas komunis atau pejuang.
Selain artikel hasil penyelidikan Allahyarham Ismail Adnan, buku itu juga memaparkan penulisan mengenai Mat Indera berdasarkan kajian Sahgidon Dirhan bertajuk Bajuri Haji Siraj, yang mendedahkan Mat Indera pemimpin komunis Melayu melakukan keganasan dan kekejaman terhadap bangsa sendiri.
Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan, berkata buku berkenaan hasil kajian penyelidik dan penulis secara individu di bawah Projek Penyelidikan dan Penulisan Warisan Sejarah Johor (PEWARIS) yang diselenggarakan yayasan itu.
“Projek PEWARIS membabitkan penulis dan penyelidik yang dilatih sekumpulan tenaga akademik dari beberapa institusi pengajian tinggi awam negara ini. Hasil kajian dan penulisan mereka dibukukan untuk tatapan masyarakat, termasuk buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada 2004.
“Justeru, Pengukir Nama Johor hasil kajian dan penyelidikan penulis secara individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi. Terserah kepada masyarakat khususnya golongan sejarawan mentafsir dan menilainya kerana pentafsiran oleh golongan yang tidak arif, dikhuatiri boleh mengelirukan masyarakat.
“Selain artikel mengenai Mat Indera hasil penyelidikan dan penulisan Ismail, sebuah lagi artikel dalam buku sama oleh Sahgidon pula menyatakan Mat Indera adalah pemimpin komunis Melayu yang ganas dan kejam terhadap bangsanya sendiri," katanya.
Muhamad Fuad berkata, perbezaan itu wujud kerana YWJ memberi kebebasan kepada penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.
Katanya, pendekatan itu dengan harapan hasil penyelidikan berkenaan dapat merangsang penulis lain memperkembangkan maklumat yang ada dalam penulisan buku terbabit supaya ia menjadi lebih komprehensif.
Pada sidang akhbarnya semalam, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan ‘yakin’ mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku Pengukir Nama Johor pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera yang ditulis Ismail Adnan.-6/9/2011
0 Responses to Mat Sabu Buta Huruf, Buta Sejarah! PENGERUSI FELDA KIRIM SALAM!!!