Hasrat rakyat yang akan mengundi terutamanya penyokong UMNO termasuk mereka yang bukan ahli parti tetapi bersimpati kepada perjuangan UMNO sememangnya bukannya rahsia lagi bahawa mereka mahukan muka-muka baru dicalonkan. Satu suntikan yang segar diperlukan oleh UMNO/BN untuk memarakkan tenaga baru dan menyingkirkan toksin politik yang menyumbangkan terlalu banyak penyakit yang jika dibiarkan sehingga boleh membunuh survival politik UMNO. Barah ini dikenalapsti menjangkiti dinasor-dinasor UMNO dan amat sukar diubati kecuali dikuarantin mereka ini untuk kebaikan UMNO termasuklah diKedah.
PRU-13: Pengundi mahu Umno letak muka baru, kata Muhyiddin
TERKINI
@ 03:43:27 PM 30-09-2011
September 30, 2011
SERDANG,
30 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui bahawa pada
umumnya para pengundi mahu Umno menurunkan calon-calon muka baru pada
pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Presiden Umno (gambar) ini berkata maklum balas yang diterima menunjukkan sesetengah pihak sudah penat dengan nama-nama lama.
Bagaimanapun katanya, barisan calon yang bakal diturunkan adalah campuran — orang muda dan tidak terlalu muda.
“Calon yang boleh menang, yang paling penting ialah sama ada calon (diturunkan) boleh diterima dan boleh menang, meskipun calon itu sudah lama menjadi ketua bahagian, menang tanpa cabaran dan menjadi ahli Parlimen sebelum ini.
“Tetapi apabila kita tanya orang ramai, mereka berkata ‘ah, orang itu sudah terlalu lama, kami sudah penat. Kami mahukan seseorang yang baru’. Itulah maklum balas yang kami terima,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata akan ada keseimbangan antara calon-calon muda, yang bertenaga, layak dan dikehendaki, selain mereka yang berpengalaman serta berguna kepada parti.
“Meskipun Umno mahukan seseorang calon (tertentu), tetapi orang tidak suka, ia tidak boleh menjadi asas untuk mengekalkan seseorang calon.
“Sama ada seseorang itu memegang jawatan dalam parti, itu tidak semestinya. Apa yang penting ialah sama ada calon boleh menang,” kata beliau.
Beliau mengakui langkah tidak memilih seseorang sebagai calon akan mewujudkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi mempertahankan bahawa kepimpinan parti boleh mengawal perkara tersebut.
“Kami akan duduk dan bincang... kadangkala pemimpin Umno merajuk sekejap sahaja, biasalah manusia,” katanya lagi.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

0 Responses to MUKA BARU: PENGUNDI MAHU. UMNO MAHU?