25 September, 2011 22:32 PM
Bajet 2012 Diharap Sedia Lebih Banyak Peruntukan Bina Projek Perumahan Rakyat
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan di
Parlimen pada 7 Okt ini dapat menyediakan peruntukan lebih besar bagi
Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ini perlu memandangkan masih terdapat ramai rakyat berpendapatan rendah memerlukan rumah PPR.
Selain itu, peruntukan juga diperlukan untuk projek pembangunan di kawasan PPR seperti penyelenggaraan rumah PPR, selain pembinaan dan pembesaran jalan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 80 anak-anak yatim Darul Kifayah pada majlis sambutan hari raya di sini.
Turut hadir pemangku Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Datuk Razali Abdul Razak.
Raja Nong Chik berkata jumlah rumah mampu milik PPR kini hanya tinggal kira-kira 3,000 unit.
Sementara itu, Yusuf Hamdain dalam ucapannya berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak rumah PPR kepada bekas polis serta menyediakan peluang perniagaan bagi menambah pendapatan mereka.
-- BERNAMA

0 Responses to FUYOOO!!!! KANAK-KANAKPUN BOLEH TERANGSANG!