SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

CARA UNTUK MERANSANG WANITA

Posted by detguaq12 Monday, September 26, 2011




25 September, 2011 23:55 PM
Dua Anugerah Wanita Mampu Rangsang Lebih Ramai Wanita Berjaya - Najib
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Pengiat Sosial Wanita 2011 yang diperkenalkan buat julung kali tahun ini akan menjadi titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai ikon wanita dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Perdana Menteri berkata selain memberi pengiktirafan kepada ikon wanita berjaya, penyampaian kedua-dua anugerah itu juga diharap dapat meransang lebih ramai kaum wanita untuk berusaha gigih dan mencapai kejayaan seumpamanya.

"Saya fikir kalau ada majlis sebegini yang boleh mengiktiraf tokoh ikonik yang berjaya sebagai usahawan dan pengiat sosial akan juga dapat merangsang lebih ramai wanita untuk berfikir 'kalau mereka boleh lakukannya kenapa tidak saya?'

"Itu semangat yang mahu kita lihat melalui anugerah ini," katanya sempena majlis penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Pengiat Sosial Wanita 2011 di sini Ahad.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta Pengerusi Yayasan Sime Darby Tun Musa Hitam.

Pada majlis itu, pengasas syarikat Ken-Rich Chemical Production Sdn Bhd, syarikat pengilang peralatan kimia, Hooi Lai Lin dinobat sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 manakala Presiden Rumah Amal Cheshire Datin Paduka Khatijah Sulaiman@Sulieman memenangi Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011.

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi krystal serta seutas jam tangan setiap seorang.

Hooi juga mendapat tajaan penyertaan dalam program pembangunan pengeskport wanita anjuran Matrade dan Khatijah pula mendapat penajaan daripada Tabung Khas Perbendaharaan selama dua tahun bagi menjalankan program atau aktiviti sosial.

Perdana Menteri berkata peranan kaum wanita kini sudah bergerak jauh daripada ruang lingkup sebagai ibu dan isteri kepada menjadi pengerak sosial dan aktivis politik.

Katanya mereka kini berada dalam fasa di mana kedudukan mereka semakin tinggi dan telah berjaya melangkah ke dalam arus perdana.

Oleh itu, kata Najib sudah sampai masa untuk kaum wanita di negara ini diberikan peluang dan dorongan yang lebih kuat untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

"Ini penting untuk memperkasakan wanita sebanyak yang mungkin," katanya.

Najib berkata wanita Malaysia bernasib baik kerana tidak pernah berdepan dengan tekanan untuk memperjuangkan hak asasi mereka seperti mana yang berlaku di negara-negara lain termasuk negara maju.

Mengakui bangga dengan pencapaian yang ditempa kaum wanita negara ini, Perdana Menteri berharap usaha mereka tidak terhenti kerana kerajaan sentiasa menyokong mereka.

Katanya sasaran kerajaan untuk meletakkan 30 peratus wanita dalam bidang korporat tidak sepatutnya dijadikan isu.

"Ini bukan kuota tetapi sasaran... kita bagi tempat berdasarkan merit. Jika tidak saya rasa wanita pun tidak akan terima jika tidak berdasarkan merit," katanya.

Lebih penting, kata Perdana Menteri wanita perlu dilihat sebagai rakan dalam perjalanan untuk mentransformasikan Malaysia.

-- BERNAMA

0 Responses to CARA UNTUK MERANSANG WANITA

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ