Bayangkan jika Malaysia berada dalam keadaan seperti diSomalia. Bukan pasal kebuluran, Alhamdulillahirobbilalamin....Malaysia makmur dengan hasil bumi. Makanan sentiasa berlebihan! Rakyat yang obes tinggi nisbahnya. Rakyat yang kebuluran sifar walau ada yang miskin, tetapi miskin rakyat Malaysia kerana mereka seolah-olah memilih untuk jadi miskin. Kecuali kemiskinan mereka disebabkan kecacatan fizikal atau mental, peluang untuk hidup selesa dan seimbang sentiasa terbuka tanpa mengira bangsa!
Ini aku sedut dari wawancara dengan Abang sukarelawan nombor satu negara(politik dia tak sesuai) iaitu Datuk Azeez Rahim.
African Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda, Kenya dan Brundi.
Contohnya begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga Malaysia.
Dia bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia, tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.
Ini atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi pengawal keselamatan.
Dari maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya, askar tempatan yang jaga keselamatan kita.
Bayangkan negara kita berada dalam keadaan kucar-kacir dek nafsu politik menggila beberapa kerat manusia sakit jiwa sehinggakan berlaku perang saudara(minta dijauhkan Allah) dan PBB menghantar tentera pengaman. Yang datang pula tu ada persamaannya dengan tabiat tentera Brundi. Tentera 'Brundi' ni pula lepas minum BRANDI, suka-suka tembak sana tembak sini sebab saja-saja nak buli lepas mabuk brandi. Sebab apa nak buli? Sebab negara sendiri tiada mempunyai kerajaan yang stabil. Kalau dulunya kerajaan stabil dan rakyat hidup makmur, tapi dek kerana dengki tak dapat undi rakyat dan tak dapat peluang jadi kerajaan, maka dihasutnya rakyat bangun menentang kerajaan yang dah hulur pelbagai kemudahan dan kemakmuran kepada rakyat dan akhirnya rakyat pula ada yang mengong lalu termakan racun politik dari pihak pembangkang lalu memilih perang saudara setelah usaha melalui pintu demokrasi secara pilihanraya tidak pernah membawa kepuasan kepada pembangkang. BEDEBOM!!!! Mulalah perang saudara!!!! Datang tentera pembuli, dibulkinya rakyat kita secara wewenang. Masa tu nak buat apa? Nak ngadu pada siapa? Baju kalis peluru? Tak guna dah.....Kalau peluru dah sebesar penumbuk, tiada baju kalis peluru yang dapat mengalih ledakan pembunuh itu. Renung-renungkan!!!!
Gambar-gambar dibawah ialah gambar tentera Brundi dan Uganda yang ditembak mati diMogadishu
0 Responses to Nyawa Kita murah dari Katak!!!