Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Tarikh diatas sepatutnya aku berada dikampung kerana pada sebelah petangnya ada satu peristiwa yang amat penting pada aku. Tiap-tiap tahun sebelum ini aku tidak pernah tidak menghadiri mesyuarat agung dicawangan aku, malangnya pada sessi kali ini aku kemungkinan besar tidak dapat hadir kerana aku masih berada di Kuala Lumpur.
Aku berblog ni pun dari satu kawasan antara Sungai Buloh dan Subang. Semuga Ketua cawangan aku tidak berkecil hati sekiranya aku tidak dapat hadir esok seperti yang dirancangkan....Allah Maha Kuasa, mengatasi segala sesuatu.
Aku benar-benar terkilan kerana disaat segenting dan sepenting ini kelibat aku tiada disisi rakan seperjuangan yang lain...... Cuma aku berharap ada rakan-rakan aku yang dapat mengusulkan satu usul yang penting kepada hala tuju UMNO sebelum terlambat, sebelum nasi yang dah menjadi bubur, basi tidak dapat dijamah lagi( Semuga Allah memelihara makhlukNya dari segala bencana.....oh Melayu....)
Biar aku petik (perkara yang amat jarang aku lakukan: iaitu memetik rencana dari sumber lain) sastu lapuran yang telah dibuat oleh Ketua Bahagian Petaling Jaya Selatan:
Dan berkaitan juga lapuran polis yang dibuat oleh Dato Mazlan Harun berhubung dengan surat oleh KBPJS berkenaan. Jangan biarkan UMNO terus parah......
"AKU SAYANG UMNO"
Baru hari ini aku ada sedikit masa untuk berblog setelah kali terakhir aku merayakan kemenangan Kedah yang mempertahankan Kejuaraan Piala Malaysia.
Hmm........... Malam selepas mendapat keputusan resmi mengenai kekalahan calon BN(baca UMNO), Ariff Shah kepada calon dari PKR, kawan-kawan yang sebelum ini rajin juga berbalas pantun mengenai PRK PP terus menyepi. Teringat aku hamburan kata-kata penuh yakin beberapa pemimpin BN(yang aku nampak UMNO saja yang aktif) yang hendak mengalahkan calon PKR(sekarang bergelar MP) dikubu kuatnya sehingga terbit ayat yang bukannya membuat orang suka kepada BN, tapi menambah kebencian dengan terbuktinya tentang jumlah undi yang makin bertambah berbanding PRU12 yang masih hangat. Kononya PRK PP adalah kubur politik kepada calon dari PKR, kononnya akan menghancurkan, meranapkan dan melenyapkan karier politik beliau.....Haa AWAT TAK AMBIK!!!!
Tetapi dalam hati aku yang berkasta marhien ni masih dok tertanya-tanya....
"Awatlah pi pelepaih dia awai-awai. Biaq ladia dok dalam lama-lama, biaq pi la dia dok menyalak hala kedindin konkrit tu. Penyokong dia dah tentu takkan kalih, takan rebah dan takkan berkata apa, kerana depa tu hanyalah tembok konkrit.
Baik sangant lah kita tu pi pelepaih dia tu dan akhirnya salaaknnya setelah keluaq bebas menyebabkan marhien seperti aku bertambah sakit hati dengan senario politik masa kini.
TAHNIAH! TAHNIAH!TAHNIAH!(dialog popular dalam semenjak dua menjak ni....)
Debaran semasa awal minit permainan apatah lagi ketika Selangor mendahului 'kita' amatlah menyesakkan dada sehngga aku terpaksa mencari 'seksafon' aku untuk meniupkan lagu yang dapat melapangkan saluran pernafasan aku.
Tetapi selepas pertengahan babak pertama, setelah Kedah mendapat rentak 'cintasayang'nya dengan sokongan padu penonton(hu hu hu...aku mengadap skrin besaq dikedai makan jer....)termasuklah keBawah Duli yang Mulia Al Sultan Abd Halim yang sentiasa bersemangat untuk memberi semangat kepada pasukan Kenari Hijau Kuning, akhirnya kemenangan trebel(depa kata macam tu ka?)menjadi kenyataan.........
Tuan Ustad Azizan Tak istihar cuti ka esok???
Aku percaya yang paling layak selepas Sultan untuk menerima kemenangan ini ialah tidak lain tidak bukan Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil yang semasa hidupnya sentiasa berwawasan apabila berbicara mengenai pembangunan Bolasepak Kedah..... Teringat juga aku kat Cikgu Ahmad Shafie, antara jurulatih yang bersama-sama Dato' pada satu ketika dahulu mula mengangkat Kedah dari pasukan tikus cencorot kepada pasukan Gergasi.
Hari ni Gergasi Hijau Kuning mengungguli takhta bolasepaki tempatan dengan menge'daih kaki gasi merah kuning............3 - 2.
Congrat to Kedah.
MALAM NI PENENTUAN SIAPA JUARA PIALA MALAYSIA 2008.
Adakah ia Kedah atau Selangor????
Aku??? Aku pilih Kedah ler.....
Sayangnya tahun ini aku tidak dapat kesana, tetapi aku ada spy yang akan memberitahu dari masa kesemasa situasi diStadium Bukit Jalil.
KEDAH!KEDAH!KEDAH!KEDAH!
Hmm.......rentetan dari andaian MJ mengenai ahli-ahli pemuda dari cawangan PUJ, nilailah kembali 'assumtion anda sebelum 'presume' dengan andaian yang menyatakan bahawa
kerana dalam satu usul oleh NKPC(masih dikedudukan yang sama selepas mesyuarat), beliau ada mengusulkan supaya dapatlah kiranya Pemuda UMNO bahagian Jerai mencalonkan Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir Mohammed sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada PAU kali ini.
Apakah kami mengenali secara rapat dan secara peribadi DMM? Apakah kami pernah merasa belanja teh tarik dari beliau? Atau pernah bersama pekena nasi kandaq samada diJerai atau Jerlun ataupun di Kolalumpur? Tak pernah!!! Begitu juga dengan sesiapa juga calon yang sedang berkempen sekarang ini. Tanyalah mereka-mereka samada mereka pernah berjumpa secara peribadi dengan saya, atau denganNKPC saya semasa kempen sedang hangat sekarang ini. Tidak seorangpun pernah datang kepada saya. Tidak perlu kerana saya boleh menilai sifat kepimpinan, bukan melalui material tetapi melalui kerjabuat mereka. Cuma kerana adanya jiwa yang 'rebel', tidak suka dikongkong, kurang berminat dengan status quo dan suka kepada cabaran dan memberi cabaran tetapi atas 'premis' demi UMNO serta menolak sistem feudelisme dalam demokrasi UMNO, maka kami sentiasa membawa kelainan kepada keputusan mesyuarat. Semuga kita dapat memisahkan jiwa dari sifat 'jumud politik'.
Dan aku amat berharap dalam mesyuarat cawangan aku kali ini, ahli-ahli cawangan dapat memilih G7 yang akan hanya membawa mandat dari keputusan mesyuarat, bukan membawa misi peribadi yang bernilai komersial. Mesyuarat cawangan? Bila? Hujungggg......bulan(bukan bila bulan mengambang).
Dan aku akan mengusulkan bahawa selepas daripada ini G7 kebahagian hanyalah simbol keputusan yang telah dicapai diperingkat cawangan. Manakala G7 Bahagian juga hanya lah simbol keputusan cawangan kebahagian yang akan dibawa oleh bahagian ke PAU. Haraplah dengan cara ini tiada lagi rasuah dalam Pertubuhan Kebangsaaan Melayu Bersatu ini. Kalau dah banyak duit juga nak hambur secara haram.....pi lah ketiap-tiap ahli UMNO dan taburlah duit hangpa tu kalau nak 'botak'.....
Teringat satu cerita yang masih hangat lagi yang berlaku didalam Bahagaian yang dua sempadan keselatan dari UBJ. Pada satu hari semasa seronok membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat cawangan dirumah seorang ketua cawangan dengan tidak sengaja terpacullah dari mulut sang isteri dengan tak sengaja(jenis mulut murai saiz tempayan), "nasib baiklah calon XXX tu huloq RM15k kat abang aku bulan lepaih, dapatlah kami pebesaq ruang rumah," sambil terghenyeh dan menyelak lengan baju untuk menunjukkan lima nam utas gelang mas, lebihan dari duit yang dihuloq secara rahsia yang bukan rahsia lagi. "Baghulah boleh kita meshorat dengan selesa pasai duit tu pun ada belen lagi tuk bli ekon".
Ahli-ahli wanita dan Puteri yang mengadakan mesyuarat serentak ada yang terkejut dan ada yang tergamam mendengar pengakuan berani lagi sensasi dari sang isteri yang 'Mrs Bean' itu. Dan sudah tentu dalam ramai-ramai ahli tu bukannya semua sokong calon A, ad yang sokong calon B......hehehe.....mari kita tunggu apakah mereka akan mendiamkan perkara ini atau dijadikan 'lethal weapon' samada untuk tawar menawar antara calon atau sekiranya mereka meraskan bertanggungjawab sebagai ahli yang ada maruah akan bangkit membuat lapuran kepada pihak yang ada kuasa unutk bertindak.....
Terima kasih kepad Melayu Jerai kerana sudi komen artikel saya mengenai calon KPB dan NKB. Saya terima dengan terbuka komen beliau itu.
Cuma nak perbetul sedikit sebanyak apa yang perlu diperbetulkan.
Pertama.
MJ: "ahli pemuda cawangan yang lain mungkin bukan macam ahli pemuda cawangan PUJ yang mungkin menilai pemimpin dari segi duit dan kemewahan adalah segalanya dan TIDAK ADA pertandingan NKB sesama sendiri."
PUJ: Kenapa anda bersangka yang ahli pemuda cawangan saya adalah ahli yang menilai kepimpinan dari segi duit dan kemewahan??? Ini saya sangkal, kerana saya kenal setiap ahli-ahli Pemuda cawangan yang rapat dengan saya dan aktif bersama dicawangan. Kebanyakan mereka mempunyai pekerjaan sendiri termasuk saya dan tidak bergantung sepenuhnya kepada politik sebagai sumber periuk nasi dan beras. Bagi saya terutamanya dan NKPC, politik hanya sekadar wadah untuk survival bangsa Melayu. Anda tersilap berperasangka. Tak mengapa, mungkin anda kurang rapat dengan saya, saya ma'afkan atas andaian anda.
Manakala untuk NKB, elok anda selidik terus dengan calon NKB, mungkin dia boleh memberi gambaran dan kefahaman mengenai apa itu 'satira'. Period.
MJ:"rasanya pemuda cawangan PUJ yang menjadi boneka kepada yang lebih superior kenapa perlu akur kepada arus perdana kalau pemuda cawangan PUJ mempunyai pandangan dan pilihan sendiri, jika mengharapkan yang diatas saja membaja dan yang dibawah meracun sampai bila pun pohon UMNO yang kita tumpang teduh tidak akan subur."
PUJ. MJ memang tukang masak yang mahir kerana pandai menggunakan perasa untuk menyedapkan masakan, sedangkan saya kalau nak menyedapkan maskan saya tidak akan menggunakan perasa, tetapi adunan yang seimbang terhadap sesuatu resepi itu. Untuk pengetahuan MJ, pilihan saya sebelum inipun tiada yang lain, spt yang saya katakan sebelum ini. Tetapi berbeza dengan NKPC saya, beliau mahu memilih yang satu lagi dan kami tidak perlu bertelagah mengenai hal itu kerana akhirnya, kami akan akur dengan keputusan mesyuarat. Dan apabila mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk terus memberikan kepercayaan kepada KPB yang ada unutk terus dikerusinya, maka itulah keputusan yang perlu diterima oleh saya, NKPC dan ahli-ahli.
Lagi pula saya sedikit sebanyak berbangga dengan KPB kerana sanggup menjadi calon DUN Sg Limau sedangkan ada pemimpin yang menolak bila ditawarkan tempat itu pada PRU terdahulu, kerana takut kepada kekalahan walaupun belum bertarung. Beliau hanya mahukan tempat yang selamat sahaja untuk bertanding. Dan sejarah Jerai ada memperlihatkan sesiapa yang sanggup bertarung di DUN yang menjadi kubang PAS itu akhirnya menjadi seorang survival poltik yang gagah.
MJ: "aku juga meragui pemuda cawangan PUJ, adakah mereka ini hanya setia pada individu atau setia pada UMNO atau kerana kepimpinan pemuda cawangan PUJ yang menjadi punca kemerosotan kehadiran??"
PUJ: Anda boleh kata apa sahaja mengenai kami, tetapi kami berada didalam UMNO bukan baru. Mungkin anda tidak meronda pada malam dan dinihari pada PRU tempoh hari, sedang ada ahli-ahli pemuda cawangan PUJ yang adap-adap saya menampal dan menaikkan poster pembangkang, namun beberapa kerat yang setia dengan UMNO(bukan orang tertentu didalam UMNO), terus gigih menganyam, menampal dan mengibarkan poster dikawasan kami, dan alhamdulillah, menyedari kami kekurangan tenaga, datang beberapa jentera dari pemuda cawangan lain membantu untuk menyemarakkan perang poster dikawasan kami, kerana kawasan kami adalah kawasan sensitif dan strategik. Takkan pula poster tu ada gambar YB lama??? Oh ya.....anda selalu out-station kan? Jadi kepada mereka yang nak setia kepada individu, itu hak mereka. Pada mereka individu itu amat dekat dengan mereka sehingga sukar meliberalkan diri, nak buat macamana? Mereka kata kepada saya, dah individu tu elok-elok buat kerja, pasai pa nak diganti dengan orang lain. Dan macam kata saudara juga, saya kata dia dah banyak penggal. Elok juga orang lain pula, UMNO juga. Tapi mereka yuang tidak bersetuju memandang sinis kata-kata saya. Nak buat macamana. Betul kata anda.
Tapi kena ingat juga, kalau yang mengganti tu akhirnya tidak dapat perform macam yang sebelumnya, PRU akan datang boleh jadi pakat-pakat gigit jari ler sesama kita. Contoh: TDM masih berkemampuan meneraju negara dan negara juga pada landasan yang baik halatujunya, pakat-pakat runtun dia suruh turun, ganti dengan Mr Clean konon, clean apa sekarang ni??? Huru hara adalah.
MJ: "jangan kita melihat dengan hanya sebelah mata atau PUJ cuma mendengar lebih dari melihat, untuk makluman PUJ salah seorang calon yang bertanding KB pun mendapat sokongan malahan turut berkempen dari TKB yang tidak mempertahankan jawatan. kalau nak dikira ubah fikiran kerana tamak...bekas YB tu pun pernah berjanji dan berkata setakat ni saja aku nak jadi ADUN..tapi...aku rasa baik PUJ jawab berapa penggal dah...kita kenalah terima takdir tuhan bahawa hari ini orang lain pulak...sebagai ahli kita harus menyokong sebagaimana bekas YB mendapat sokongan dulu"
Memang benar kata-kata MJ, benar dengan segala kebenaran, tetapi kebenaran dari pihak MJ adalah dari "kedua biji mata" MJ dan dari akal fikiran MJ, manakala kebenaran PUJ pula adalah dari "sebelah mata" PUJ dan mungkin pertimbangan PUJ hanya berdasarkan fungsi serebrum atau serebelum PUJ sahaja sehingga terlupa medula oblongata juga perlu berperanan, kerana tanpa ketiga-tiga organ berkenaan penilaina PUJ tidak sekata. Jadi sebagai YB, dah pakat-pakat pilih(itupun pasal UMNO)maka dialah YB kita. tetapi malangnya YB kepada parti pembangkan(dalam skop Negeri Kedah)......... Dan aku bukan tak sokong dia untuk duduk diantara barisan terkehadapan dalam UBJ, tetapi dah dapat jawatan YB, bagilah pula jawatan lain kat orang lain pula. Kalu duduk dikerusi nombor anupun title YB dia bukannya gugur, dia tetap YB DUN aku juga. tetap juga dia kena berkhidmat untuk rakyat DUN dia juga dan UMNO keseluruhannya. Namapun KULI RAKYAT(pinjam kata-kata YB Ariff Shah yang tak sinting seluaq walaupun redah ayaq BAH......selalu lagu tu ka?)
Dan sebagai konklusi untuk sapapun yang betanding, kalau dah ditakdirkan menang, maka dialah pemimpin aku, dalam UMNO Jerai ni.
Ini ada satu analogi untuk sang calon tak kira dimana anda menawarkan diri unutk bertanding.
Janganlah sehingga menjadi seperti
Semakin jelas soksek-soksek dari kalangan yang rapat dengan aku bahawa salah seorang cari yg mencalonkan diri untuk KBUJ akan terhakis sokongan disebabkan munculnya beberapa watak yang aku panggil "cendawan" kerana keujudan mereka hanyalah kerana ada pemilihan. Cendawan-cendawan ini bukanlah baru diarena UBJ ini, mereka akan tumbuh bertenggek dimana salah seorang calon itu berlegar, dan akan kuncup menghilang bila calon itu ada urusan diluar Jerai. Namun lapuran yang sampai kepada calon berkenaan(bila dia keluar daerah) dari mereka seolah-olah mereka bekerja bertungkus lumus, siang malam, pagi petang meronda kekesemua cawangan-cawangan bagi me war-warkan hasrat calon berkenaan untuk menjadi KBUJ, padahal mereka meronda-ronda ke"lain daerah"......
Mungkinkah macam dulu-dulu juga???
Bagi aku kewibawaan yang ada pada beliau boleh dikatakan tak perlupun kepada kelibat mereka. Bahkan bisa mengundang kebencian orang......... Begitulah seperti yang diluahkan oleh.....(plural).....
Aku pasti kedua-dua calon untuk KB telahpun bergerak berusaha mempengaruhi cawangan-cawangan agar memilih mereka sebagai KB. Dan aku pasti mereka tidak mampu bergerak secara 'sole propertier'. Jentera yang mereka susunlah yang akan bergerak dan membantu kemenangan mereka. Aku sarankan(jika nak dengarlah) agar jentera ini dilantik dari mereka yang tidak mempunyai masalah besar terhadap cawangan-cawangan. Istiharkan pasukan yang menjadi jentera mereka, agar tiada pihak lain yang mengambil peluang untuk mengakui bahawa mereka bergerak untuk sipolan-sipolan, padahal calon sendiri tidak mengetahui atau mengiktiraf mereka-mereka ini sebagai sebahagian dari pasukan kempen kepada calon-calon. Aku risau akan pandangan-pandangan negatif terhadap calon tertentu dek kerana bahana yang dibawa oleh mereka yang telahpun dilabelkan sebagai mempunyai masalah dengan cawangan-cawangan.
Dan lagi satu hal yang menarik ialah munculnya kembali cendawan-cendawan yang menenggek dibatang pemilihan. Jika tiada pemilihan, tiadalah cendawan ini. Berlainan sekali dengan cendawan-cendawan ini yang berharap bila calon yang mereka harap menang, bila menang jangkahayat mereka sebagai parasit akan berpanjangan dan dapatlah mereka berpaut lebih lama kerana ada baja AJK sebagai sumber. Cendawan-cendawan ini adalah cendawan yang bertopengkan politik untuk perniagaan. Berhati-hatilah wahai calon KB Jerai, cendawan-cendawan ini anda memang kenali. Ada anda ada mereka, hilang kelibat, mereka menguncup....... orang melihat timbul benci, bukan kerana calon, tetapi tempiasnya tetap terpalit!!! Manakala ada yang benar-benar ingin berkhidmat dan sentiasa berkhidmat tidak kira tahap, baik dicawangan mahupun dibahagian, baik dipemuda mahupun dibahagian, tanpa mengira siapa KB mereka, depa-depa inilah yang patutnya cawangan-cawangan pilih.
Dan aku dapat gambaran bahawa salah seorang calon mendapat sokongan dan bantuan dari KB yang tidak akan mempertahankan jawatan. Dan apa yang aku nak kata ini adalah pandangan peribadi aku.
Biarlah calon-calon ini bertanding diatas pentas(kekuatan mereka sendiri) yang samarata.
Dan kepada calon-calon, berkempenlah dengan sihat, jauhilah dari mereka yang suka mengambil kesempatan. Jangan biarkan peluang anda menjadi kabur dek kerana parasit-parasit ini. Kalau dulu dah sebut nakkan tempat/kerusi nombor anu, bertandinglah dikerusi nombor anu tu, janganlah nak ubah fikiran kerana tamakkan jawatan. Dah banyak hati dan perasaan yang terluka kerana rempuhan -rempuhan yang telah dilakukan.
Aku berkesempatan membuat satu usul yang pada aku penting dan menjurus terus kepada golongan muda dan marhien.
Aku usulkan agar sayap pemuda pusat menyusun satu pasukan untuk memantau aktiviti syarikat-syarikat bas ekspress yang dengan wewenangnya mengenakan caj-caj tambahan kepada harga tiket bas tanpa alasan yang kukuh dan caj-cajnya pula tidak seragam. Aku cadangkan agar mereka menubuhkan kaunter-kaunter pengaduan bagi menerima rungutan pengguna-pengguna bas yang rata-ratanya golongan muda. Meraka inilah yang selalu menjadi mangsa kerakusan pengusaha-pengusaha bas dan ulat-ulat tiket yang menyembah duit sebagai Tuhan mereka. Takkan nak biar parti lain yang buat mende ni kot?????
Aku berpeluang semenjak duamenjak ini menaiki beberapa bas-bas ekspress berlainan syarikat. Transnasional, Maraliner dan lain-lain syarikat swasta. Harga tiket? Beza.....memanggg berbeza.
Sebagai contoh, jika keKL dari SP menggunakan GLC spt Trans dan Mara, caj yang dikenakan adalah dibawah RM30.00 manakala jika lain-lain syarikat mengenakan antara RM30 -RM35(tiket tak rasmi), Yang menjadi kehairanannya apabila bas ekspress sudah kehabisan tiket, maka kita ditawarkan perjalanan menggunakan bas tambahan yang selalunya terdiri dari bas pesiaran empat tempat duduk sederet yang mana harga tiketnya melambung kepada RM45 hingga RM55(diPuduraya). Dan selalunya bila kita sudah membeli tiket bas-bas tambahan inilah maka episod menjadi bola yang ditendang kesana kemari bermula.
Kesihan melihat mereka-mereka ini menjinjing beg-beg mereka kesana kemari seolah-olah sekawan bebiri yang dikawal beberapa koboi yang menunggang walkie talkie untuk disumbat kedalam kandang yng tidak tahu dimana letaknya.......
Mengharapkan LKPK, JPJ serta polis semata-mata dalam membenteras kegiatan yang menyusahkan marhien inilah yang patut Pemuda juarai. INGATLAH, bahwa 80%(anggaran saya) pengguna bas ekspress adalah golongan saluran 3 dan 4!!! DAN MUSIM CUTI PENGGAL SERTA PERAYAAN telah tiba. Jangan tunggu lagi............
Semuga usul ini dapat sampai kePAU nanti, insyaAllah.
Semalam aku jugha bekesempatan mendengar hal berkenaan pemilihan UBJ untuk sesi kali ini. Untuk ketiga-tiga kerusi teratas, masing-masing yang menawarkan diri aku difahamkna telah melepasi kuota yang telah ditetapkan.
Fasa selepas ini mereka perlu bergerak lebih acap untuk mempengaruhi cawangan-cawangan dalam menentukan pilihan mereka. Disinilah G7 cawangan berperanan dan bermain peranan. Masa inilah apa yang diputuskan oleh ahli-ahli cawangan akan menjadi sebaliknya ditangan G7 cawangan. Mana-mana cawagna yang ahlinya tak ambil 'pot', hal G7 bukan lah isu, tetapi bagi cawangan yang ahli-ahlinya berpengatahuan, maka kebelotan G7 terhadap apa yang diputuskan dlm mesyaurat cawangan akan menghiris perasaan ahli cawangan yang berkorban masa demi menunuaikan tanggungjawab sebagai ahli, sedangkan kehadiran mereka hanya dinilai dari sudut mencukupkan korum, manakala agenda lain seperti sudah ditetapkan acuannya oleh si ketua.
Besarlah harapanaku agar mesyuarat cawangan aku nanti tidak pengaruhi unsur-unsur yang menjadi peracun kepada amalan demokrasi yang sentiasa subur dalam cawangan kami. Tabik pada tok ketua yang sentiasa terbuka dengan ahli-ahlinya. HIDUP UMNO!!!
Semalam adalah mesyuarat Pemuda cawangan yang aku hadir sebagai Ketua. Mesyuarat berlangsung dengan lancar, dimana kehadiran cukup korum pada kali ini. Bukan ahli tak ramai, tetapi kerana geografi kami dimana kebanyakan ahli pemudanya mempunyai pekerjaan yang menyebabkan mereka terpaksa keluar dari daerah temapt mereka bermastautin. Namun mereka tetap memilih untuk terus berada dicawangan ini.
Agak bernasib baik, kerana masih terdapat beberapa kerat ahi-ahlinya yang sentiasa sanggup untuk turun bermesyuarat setiap kali dijemput. Aku sentiasa berbesar hati dengan ketaatan mereka terhadap UMNO. Sebenarnya satu faktor lagi ialah kalau tidak kerana perubahan terhadap ADUN kami, mungkin kehadiran ahli pemuda lebih ramai seperti tahun-tahun terdahulu. Ramai yang tersentot kerana YB mereka yang lama masih lagi mereka dambakan beliau sebagai seorang YB, kerana jiwanya, jiwa rakyat.
Berlainan dengan aku yang dapat mersinalkan perasaan kau terhadapa UMNO, maka aku cepat dapat mengadaptasi situasi tertkini dengan meredhoi apa yang berlaku. Lagi sekali aku berharap YB baru ini dapat mem'po'key' dirinya sewarna dengan rakyat DUN aku. Dah dapat jawatan YB, syukurlah......... buat apa dok berebut yang lain!!! Dulu dah terpacul dibibir hendak duduk dibarisan kedua, duduklah disitu, saya sokong!!! Biarlah orang lain mengepalai UMNO Jerai ni......
Berbalik kepada mesyuarat malam tadi, untuk semua yang baru dipilih, baik sebagai KPC, mahupun NKPC dan AJKnya, anda mempunyai tanggungjawab yang akbar untuk menggiatkan lagi Pemuda cawangan ini.
Untuk pemilihan KPB dan NKPB kami turut akur dengan arus perdana. Mereka-mereka yang menawarkan diri tu semuanya boleh bekerja. Cuma diharap tidaklah menjadi boneka kepada mereka yang lebih superior. Sayap Pemuda mestilah bebas bersuara sekiranya suara itu adalah untuk kepentingan Pemuda secara khasnya dan kepentingan UMNo keseluruhannya.
Sayu mendengar ucapan-ucapan pengangguhan oleh Ketua Cawangan dan juga Pengerusi Tetap yang selalu apabila berpeluang bercakap mengimbau sejarah perjuangan silam agar dapat dijiwai oleh generasi sekarang. Dan harapan juga agar generasi sekarang dapat pula menggilap sejarah perjuangan ini untu kdihidangkan dengan penuh semangat kepada generasii yang akan datang selagi dunia ini belum Allah Kiamatkan!!!
Buah yang gugur kerana matang adalah buah yang boleh dimanfaatkan.
Makin hari makin berdebar-debar dengan apa yang sedang berlaku di Jerai. Calon KB nampak seakan seimbang dari segi pencalonan, tetapi untuk KPB pencabar yang ada tidak berapa mendapat perhatian, mungkin kerana beliau kurang berdamping dengan Pemuda, maka ahli-ahli lebih suka tidak memeningkan kepala lalu sebahagian besar pemuda cawangan yang dah bermesyuarat hanya memilih untuk mengekalkan yang ada. Sebaliknya untuk Naib Ketua, ada pertandingan 'sesama sendiri' seperti yang dilapurkan oleh calon-calonnya sendiri...he he he!!!
Cerita yang lebih serius akan menyusul jika aku ada kelapangan........
Salam......
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.