Aku sebenarnya segera dapat menangkap dan meneka bahawa portal malaysiakini sebenarnya telah di ceroboh oleh pihak mereka sendiri atau di upah sendiri para penggodam untuk menggodam portal mereka melalui perancangan dalaman. Tujuan penggodaman portal ini(Hacking) hanyalah untuk menarik perhatian dan simpati pengundi di Serawak. Tidakkah kita hairan setelah sekian lama menganyang UMNO/BN hampir setiap hari tanpa di ganggu tiba-tiba bila kempen PRN semakin panas dan memihak kepada BN portal mereka yang banyak menyiarkan tulisan tahap hampas serta tidak menyumbang kepada politik positif mahu di serang oleh penyokong BN? Aku cukup kuat mensyaki bahawa ini adalah perbuatan masuk bakul angkat sendiri. Ini adalah perbuatan pihak mereka sendiri semata-mata untuk menarik perhatian umum.
Bukankah mahaguru mereka begitu cekap mempraktikkan kaedah ini? Mencuri kemudiannya menuduh orang lain mencuri. Berbohong kemudiannya menuduh orang lain berbohong. Tidak sakit tetapi berbohong seperti orang sakit. Tunjuk alim walaupun hidup penuh maksiat.
Dan setelah mendapati kempen-kempen pihak pembangkang saban hari semakin kurang mendapat sambutan maka di ada-adakan pula cerita kononnya media arus perdana di larang membuat liputan kempen yang di lakukan oleh parti-parti pembangkang yang belumpun apa-apa di awal-awal kempen PRN lagi sudah berpecah-belah. PeeGayR yang dieksport keSerawak menunjukkan belang tamak haloba sehingga tidak mahu bertolak ansur dengan SNAP, parti asal Serawak. Awal-awal lagi dah tunjuk bongkak!
Macamana media arus perdana hendak membuat liputan kalau kempen-kempen mereka lesu tanpa penyokong? Kalau adapun penyokong-penyokong yang mengekori pemimpin pembangkangseperti LELAKI OMEGA hanyalah penyokong-penyokong yang di import dari semenanjung.
Jadi bagi aku perkara sebenar sebagai kesimpulannya Malaysiakini di ceroboh dan di serang secara maya adalah rekaan mereka sendiri untuk menarik perhatian dan kononnya pihak media arus di larang untuk buat liputan juga adalah rekaan pihak pembangkang untuk meraih simpati pengundi Serawak sahaja.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to Malaysiakini rancang sendiri pencerobohan dan serangan maya terhadap portal mereka?