Aku kurang senang dengan tindakan ADUN Kuala Nerang apabila mengalah apabila di asak oleh kombinasi Speaker DUN dan Ir Amirudin berikutan isu wang sumbangan SLC kepadaa aktiviti-aktiviti kerajaan terdahulu tetapi dengan sengaja di kaitkan dengan parti. Lebih tragis ialah apabila dia tidak mahu beralah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah ketika berebut-rebut untuk menjelaskkan isu Seri Temin Developement Corporation.
Aku rasa paling wajar ialah beliau memberi laluan kepada DP Ahmad Bashah apabila langsung tidak di beri ruang oleh Speaker DUN. Dan beliau juga boleh ambil kesempatan sebelum beredar dengan menyatakan akan mempertahankan dirinya selaku bekas CEO STDC di luar dewan dengan membuat sidang akhbar. Tetapi tindakan beliau yang terus, bukan sahaja keluar malah meninggalkan Wisma Darul Aman amatlah tidak wajar kerana sebaik sidang DUN berakhir, kehadiran beliau amat di perlukan bagi mempertahankan maruah UMNO yang sengaja di calitkan dengan tohmahan oleh pihak pasrael/pr.
Ternyata beliau kalah dan kelam apabila di psiko oleh speaker dewan. Sepatutnya Syed Sobri kena tunjukkan semangat juang yang tinggi ketika berhadapan isu yang menyentuh terus akan dirinya. Aku hanya kebetulan bertemu dengan beliau di sebuah kedai di Pumpong, itupun setelah aku melambai sebagai isyarat untuk mengajak berbual, tetapi beliau menolak dan terus berlalu dari situ. Sigh...........
Nampaknya masalah dalaman UMNO Kedah belum lagi selesai...sedangkan PRU Ke-13 kian hampir..
Khabarnya UMNO Bhg Sg Petani kena gantung....betoi ke..
Pasai apa Bhg Padang Serai masih bebas.....kelambu depa dah nak pecah....rumah dah senget....jamban pula dah tak boleh pam...tersumbat...kena sumbat....