Kini sudah lebih dari sebulan akhbar tabloid Sinar Harian telah menrik keluar wartawan tetap mereka di beberapa daerah termasuklah di Sik.Aku tidak mahu berbincang dalam skop yang luas berkaitan isu ini. Fokus aku adalah untuk daerah Sik. Sehingga kini persoalan sebenar mengapa Nurul Fatihah telah di panggil untuk haya membuat coverage berita di Alor Setar masih menjadi tandatanya kepada masyarakat Sik. Walaupun aku di beritahu oleh editor kanan negeri Kedah bagi tabloid ini bahawa jualan SH di Sik membawa kerugian, tetapi rata-rata orang ramai dari daerah Sik tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan. Ini kerana kebanyakan dari pembeli akhbar di daerah Sik menjadikan SH sebagai pilihan utama untuk di baca oleh mereka.
Setiap hari kata mereka, berita tempatan mengenai Sik menjadi tarikan untuk mereka membeli tabloid berkenaan. Mereka dapat mengetahui apa yang berlaku semalamnya di tempat-tempat lain dalam daerah Sik pada pagi ini. Orang-orang di Teloi tahu apa peristiwa yang berlaku di Gulau. Orang diDanglau tahu apa yang berlaku di Kampung Selamat dan orang di Namek tahu apa yang terjadi di Sungai Semiar. Tetapi kini orang-orang Sik tidak lagi boleh membaca kisah kampung lain dalam daerah Sik, mereka juga tidak boleh lagi membaca kisah rakan taulan mereka dari kampung-kampung berdekatan, baik sakit demam, kematian ataupun sukan lagi. Kalau hendak di harapkan kosmo atau harian metro, di Sik juga tiada wartawan. Apatah lagi akhbar-akhbar arus perdana seperti UM dan BH. Kalau tabloid Haprakah? Takat nak cari iklan ubat-ubatan SEX bolehlah!
Baru-baru ini bila kau bersembang dengan dua tiga orang rakan mengenai keadaaan ini, ada yang mengangkat persepsi yang pada aku mungkin ada asasnya. Mereka mendakwa bahawa SH sebenarnya lebih mirip dan bersimpati kepada pembangkang, pas khusunya. Inilah delima SH apabila terlalu ciput berita-berita mengenai aktiviti YB-YB depa walaupun salah seorangnya adalah MP. Berbanding dengan ADUN Belantek yang mewakili parti BN yang juga merangkap Ketua UMNO Bahagian Sik yang begitu aggresif dengan pelbagai pendekatan dan aktiviti yang cenderng kepada memberi perkhidmatan kepada rakyat secara konsisten baik di kawasannya sendiri iaitu DUN Belantek mahupun DUN Jeneri yang menjadi DUN angkat beliau atas kapasitinya sebagai KUBSik menmyebabkan kerjabuat YB-YB dari pas umpama serpihan kacang yang lekat di celah gigi.
Aku tidak tahu samaada benar atau tidak kononnya ada arahan dari 'man behind the screen' yang mahu mereka menarik keluar wartawan tetap mereka di sana kerana dengan cara ini akan dapat mengurangkan penyaluran maklmuat secara 'regular' mengenai kerjabuat ADUN Belantek, iaitu YB Tajudin Abdullah. Itulah deruan yang sepoi sampai ke telinga aku beberapa hari lepas. 'Tangan-tangan ini begitu khuatir dan cukup merasa tertekan dengan kerjabuat ADUN Belantek yang konsisten di kedua-dua DUN iaitu Belantek dan Jeneri. Malah ada ketika walaupun Nurul Fatihah adalah seorang gadis, tetapi ada waktu-waktunya dia terpaksa mengikuti program adhoc YB seperti melawat mangsa banjir dan kebakaran walaupun pada waktu tengahmalam atau awal pagi. Tindakan ini tidak dapat di buat oleh YB-YB dari pihak sebelah sana kerana keterbatasan tenaga mereka.
Kesimpulannya bagi aku rakyat di daerah Sik kini cukup rugi kerana maklumat setempat yang dulu boleh di ikuti saban hari, kini kabur dan kelabu........
pakteh dah dua kali tulis tentang SH yang cenderung kepada pembangkang....apatah lagi selepas ANWAR melawat depa last year.....
xleh tengok fatiha dah la kita noooo...hehe
Pak teh...boleh add fatiha dalam facebook....hu hu hu
buka cawangan baru