Beberapa hari berturut-turut ini dua isu berkaitan rasuah, satu oleh Ahli politik dan satu lagi oleh kakitangan Kerajaan. Aku berharap dalam kedua-dau kes ini tidak perlulah Pemimpin Tertinggi Negara iaitu Perdana Menteri Malaysia mempertahankan kesalahan oleh pasangan pegawai tertinggi dalam Jabatan Kastam yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri. Dan begitu juga sebagai Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO tidaklah perlu beria-ia mempertahankan ADUN Lenggeng yang telahpun di dapati bersalah oleh mahkamah. walaupun selepas rayuan nanti keputusannya adalah berlawanan dengan apa yang telah diputuskan hari ini, persepsi negatif terhadap ADUN Lenggeng sudah tidak dapat di sebtal lagi daki dan kotorannya.
Jika tindakan untuk memperisai ADUN Lenggeng di teruskan, aku yakin pihak pembangang akan segera menyambar isu ini untuk di jadikan modal menghentam parti dan Presidennya sehingga ke tahap tidak masuk akal. Oleh itu DS Najib harus menjauhi kedua-dua isu ini terutamanya dalam memberi komen-komen memihak.
Biarlah mereka di adili sepenuhnya oleh undang-undang dan para pengamalnya agar tidak di lihat sebagai 'double standard'. Aku langsung tidak menyokong kenyataan yang aku baca dalam akhbar termasuk BERNAMA(kebanyakan akbar-akhbar lain memetik dari sini).
Bagi aku lebih baik beliau tidak memberi apa-apa komen mengenai ADUN Lenggeng walaupun kita tahu prosedur undang-undang selepas keputusan oleh mahkamah, jika bersalah kita masih boleh buat rayuan. Komen beliau walaupun seperti menampakkan tiada apa-apa kesalahan di sebe;ah pihak penyokong dan rakyat atas pagar, tetapi sentiken dan persepsi yang sedang di mainkan oleh pembangkang tidak harus di biar subur.
Jika kita google mengenai komen mereka berkaitan kenyataan Perdana Menteri, 2 muka laman google search menunjukkan blog-blog dan portal-portal pembangkang menghentam Najib walaupun yang bersalah ialah ADUN Lenggeng secara individu.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to Sudah Bersalah, Janganlah di Pertahankan.