Dulu puak pasrael ni juga yang melalak-lalak bila sidang DUN di dakwa terlalu singkat. Tetapi tidaklah sesingkat sidang DUN kali ini. Lalu ramailah yang hadir bertanya mengapa setelah mendapat mandat dari rakyat mereka tidak mengubah apa yang mereka tentang dulu. Apakah label yang sepatutnya kita beri kepadda mereka yang membenci sebelum dapat tetapi mengamalkan apa yang mereka tidak suka dahulunya?
Apa yang pasti bagi aku kali ini sidang DUN kali ini tidak lebih dari aksi sebelah pihak untuk kondem pihak lawan dan dalam masa yang sama masuk bakul angkat sendiri. Tetapi dalam masuk bakul angkat sendiripun kita kena sedar bakul yang mereka masuki itupun hanyalah bakul orang. Bakul mereka bukan sahaja kecil, reput pulak tu, jadi tumpanglah bakul orang kemudian tu war-warkan itu bakul mereka yang punya....bukan Ahmad Albab yang punya!!!
Dan pada aku sebagai kesimpulan dari sidang DUN kali ini bukanlah hendak di hebahkan sangat kerjabuat kerajaan pasrael Kedah, tetapi hanya hendak memaklumkan perlantikan senator baru bagi menggantikan senator yang lama, bukan apa sekadar nak bagi pakat-pakat rasa elaun senator dan pencennya. Kali ini kuota senator untuk pkr sekali lagi di beri juga kepada pkr juga. DAP gigit ekoq babilah nampaknya! lagi satu kerusi senator kekal berada dalam tangan orang pasrael Kedah, iaitu controversial man Yusuf Husin yang di kaitkan dgn MEMALIGATE. Nampak sangat yang DAP Kedah umpama melukut di tepi gantang atau bak kata sahabat wartawan "ada tak menambah, tiada tak mengurang".
Hari ini sekali lagi aku mendengar laungan slogan Kedah Belanda, iaitu slogan berbentuk retorik oleh pasrael Kedah. Slogan yang tidak nampak langsung kesannya kepada rakyat. Kesemua projek-perojek pertanian yang ada, baik secara individu, berkelompok mahupun yang berskala besar adalah inisiatif Kerajaan Pusat yang di kuasai oleh BN. Sehinggakan sempat YB Ku Abdul Rahman ADUN Guar Chempedak menyindir kerajaan pasrael Kedah bahawa bukan setakat dia, malah rakyat tidak nampak impak dari slogan kosong penuh retorik berkenaan kecuali DURIAN BELANDA, TERONG BELANDA DAN AYAM BELANDA yang sememangnya sudah lama ada di atas bumi Malaysia ini. malah projek pertanian di DUN Bayupun seperti yang di bisikkan oleh YB Azmi Che Hussien adalah atas inisiatif beliau bersama para peserta berkenaan, tetapi cuba di 'SAPI' kan doi dalam persidangan DUN kononnya adalah hasil usaha kerajaan pasrael Kedah.

Begitu juga dengan reaksi hasil dari soalan tambahan ADUN Belantek, YB Mohd Tajudin yang sentiasa aktif dalam perbahasan dewan apabila cetusan soalannya mengenai wang saku sebanyak RM500.00 yang tidak di beri kepada salah seorang pelajar Universiti Iskandariah, Mesir nyata telah berjaya menghangatkan dewan. Rentetan dari itu soalan seterusnya oleh Dato' Paduka Ahmad Bashah nyata telah membakar rasa marah Ostad Eizan sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap Kerajaan Pusat apabila menyamakan tindakan Kerajaan Persekutuan dengan BEROK NAIK NYIOQ. Oleh kerana tidak di beri peluang maka ketika sidang akhbar di adakan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional secara kolektif menganggap kerajaan pasrael/pr kedah umpama kata bidalan iaitu BAGAI BERUK DAPAT BUNGA.
0 Responses to Kecutnya Teloq Kerajaan pasrael Kedah.