SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Kalau Semua JKKKP Macam ni........

Posted by Det Guaq9 Sunday, April 24, 2011


Semalam aku sempat bersama satu pasukan mantap JKKKP sebuah kampung dalam DUN Jeneri.  DUN Jeneri adalah dalam Parlimen Sik. Parlimen Sik adalah dalam negeri Kedah.  negeri Kedah adalah dalam tangan Pee Rrr.  CHEH!

Inilah julung-julung kali aku bertemu JKKKP kampung bermesyuarat untuk melangsaikan elaun bermesyuarat mereka dalam suasana cukup telus dan teratur.  Dan elaun yang mereka dapat ini bukannya elaun yang di beri BUTA_BUTA oleh Kerajaan Persekutuan.  Elaun ini adalah kerana kehadiran mereka dalam mesyuarat bulanan JKKKP sepanjang tahun 2010.  Oleh kerana AJK JKKKP mereka bermesyuarat setiap bulan untuk menggenapkan 12 bulan kalendar mesyuarat mereka maka setiap dari mereka mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat seperti yang di arahkan dalam pekeliling Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah(KPLW).

Aku ada mendengar terdapat sesetengah JKKKP yang bukan sahaja kekerapan mesyuarat(sebenarnya kejarangan) mereka umpama gigi susu rongak, malah hingga ada yang tidak berjaya menghantar minit mesyuarat kepada pihak yang di tentukan oleh KPLW, malah ada juga yang pengerusinya bersama setiausaha dan bendahari mengukut sebahagian dari elaun sebagai 'tochi' atau komisen utk diri sendiri dan hanya sebahagian sahaja yang di serah kepada AJK JKKKP yang lain.  Pelbagai alasan di beri.  Yang paling lazim ialah sumbangan makan minum mesyuarat.  Padahal elaun utk makan minum tiap-tiap kali mesyuarat ada peruntukan asing dan khas bagi tujuan itu.  HAPRAK Betul!

Dan mesyuarat yang mereka adakan bukanlah mesyuarat kosong kedai kopi, tetapi isi mesyuarat yang mereka minitkan mempunyai matlamat yang jelas serta 'viable'. Setiap minit yang mereka hantar saban bulan mempunyai beberapa perkara baru dan beberapa minit lama yang telah berjaya di atasi telah di keluarkan dari kertas mesyuarat, manakala minit yang masih belum di ambil tindakan di bawa kedalam kertas mesyuarat yang baru denga ndi tmabah minit-minit baru yang berbangkit dalam mesyuarat.

Dan Kampung mereka pula bukanlah calang-calang kampung.  Pernah mendapat beberapa anugerah baik dalam bidang keceriaan kampung, pertanian, penternakan, perladangan malah sukanpun mereka cemerlang. Pasukan bolasepak mereka cukup di segani dalam pertandingan sekitar Utara.  Malah aku sendiri di tunjukkan akaun JKKKP mereka yang mempunyai dana yang agak banyak untuk mereka melaksanakan beberapa aktiviti tanpa perlu menunggu sumbangan dari luar.  Dana mereka adalah sebahagiuannya dari sedikit sumbangan oleh Pengerusi JKKKP sendiri dan juga beberapa hadiah dalam bentuk wang yang mereka perolehi hasil dari kemenangan kampung mereka dalam pelbagai pertandingabn di pelbagai peringkat.

Sesungguhnya pencapaian mereka ini wajar di teladani. Tetapi berapa banyak JKKKP termasuk Pengerusi dan Setiausahanya yang mempunyai visi dan rasa kebertanggungjawaban terhadap tugas dan jawatan mereka?  Aku cukup bengang denga nperangai sesetengah Pengerusi JKKKP yang hanya gian memburu elaun bulanan tetpai cukup liat untuk membantu masyarakat dalam kampung yang mereka pengerusikan.  Bab kerja cukup BA:LOQ!  tapi kalau dengar ada majlis untuk serah elaun, belum masuk waktuy subuh kagi depa dah terpacak dekat dewan tempat majlis penyerahan di adakan.

Sikap mereka inilah yang membuatkan masyarakat membenci institusi JKKKP dan cukup memneri kesan terhadap Kerajaan Pusat.  Ada yang kalau dapat bantuan seperti benih baik tanaman mahupun ternakan sibuk mengutamakan anak beranak.  kalau dapat bantuan mesin-mesinpun adik beradiklah dulu yang menjangkau dan menjengkaunya.  Sehinggakan kalau ada bantuan zakatpun depa dulu yang PEDERAIH!

Tapi berlainan sekali dengan sikap Pengerusi JKKKP ini yang cukup telus terhadap anak buahnya serta masyarakt yang beliau pengerusikan.  malah hubungan baik beliau dengan pelabagai lapisan masyarakt termasuk dengan pihak Imam dan jawatankuasa masjid cukup rapat.  malah belia utidak kekok untuk memperkatakan tentang kepentingan dunia siber, malah sedang berkira-kira untuk memburu kemudahan internet dan hubungan tanpa wayar(wireless connection) dalam bidang telekomunikasi agar tiap-tiap individu dalam kampungnya dapat merasai kepesatan teknologi terkini ini.

kampung beliau juga sebenarnya antara kampung yang betuah kerana ada sebuah Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) sentiasa memberi kemudahan mengakses internet pada kadar yang cukup murah serta kelas panduan siber secara percuma di sebuah bangunan yang terletak dalam kawasan masjid di kampung berkenaan.

TAHNIAH ABANG AD SERTA BARISAN AJK JKKKP KAMPUNGNYA: 
KAMPUNG KUALA RUMAN

**Berapa ramai Pengerusi JKKKP bersikap dan bersemangat seperti Abang Ad?  Mungkin sahabat saya iaitu JKKKP Kota Sarang Semut ada butirannya?

6 Responses to Kalau Semua JKKKP Macam ni........

  1. Aku pun tumpang ucap tahniah juga lah.Kalau macam ni punya JKKKK bebaloilah bagi elaun pun.Ada amanah.Jangan jadi macam tempat aku di Parlimen Padang Serai masa belum piliahnraya dulu.Dato Lim Bee Kau bagi projek bela ikan keli pada JKKKK habis hilang kemana.Katanya depa jual habis lingkup.Banyak JKKKK adapt projek itu.Sebab itu melayu tak boleh maju.Tak ada amanah.Rakyat marah.Bazir duit rakyatDepa ingat orangtak tahu.Bila marah JKKKK depa marah sama dapa kerajaan.yang naya kerajaan.Aku harap tolong tengok balik laa.

     
  2. Anonymous Says:
  3. aku nak tanya skit pasal ketua cwg umno kws tmn tak dilantik sebagai
    jkkkp awat depa ni tak buat keja utk umno ka.bila mai pilihanraya depa ni la yg kuat keja .pengundi ditmn bukan macam pengundi dikampung.elok depa dibayar elaun seperti jkkkp dikampung.pengerusi umno negeri kedah sila ambil perhatian.

     
  4. Anonymous Says:
  5. betoi pasai apa ketua caw umno tmn tak lantik JKKKP bayar elaun RM 800 sebulan.Sedangkan MKK Kedah kawasan taman pun depa bayak.

     
  6. detguaq Says:
  7. Anon,

    Sebenarnya tiada peruntukan yang mewajibkan setiap Ketua Cawangan UMNO baik di Kedah mahupun di negeri-negeri lain. Ia hanya atas ihsan Kerajan Persekutuan setelah kajian menunjukkan kepada keperluan untuk melantik Pengerusi JKKKP. Ada tempat yang Pengerusi JKKKPnya bukan dari kalangan Ketua Cawangan. Di negeri Perak misalnya seorang Pengerusi JKKKP dilantik dari kalangan 5 cawanganpun ada. Uniknya di Kedah, ramai pula dari kalangan ketua-ketua cawangan di lantik sebagai Pengerusi JKKKP. Bagi pendapat aku, mereka yang duduk di kawasan perumahan yang di bangunkan oleh developer perumahan swasta adalah dari kalangan mereka yang bergaji tetap, jadi jika mereka tidak di pilih utk menjadi Pengerusi JKKKP, mereka masih boleh membantu rakyat atau ahli dengan membawa perkara berbangkit ahli mereka atau rakyat kepada Pengerusi JKKKP yang berhampiran kerana selalunya kawasan yang ada taman-taman perumahan kepadatan penduduk adalah tinggi dan tentunya terdapat banyak cawangan-cawangan UMNO yang berhampiran.

    MKK kedah taman mana tu?

     
  8. Sdr Det: kata umno ialah parti buat dasar kerajaan.Buatlah dasar bagi ada peruntukan.UMNO boleh buat dasar itu dan ini.Tak kan dasar JKKKK pun tak boleh buat.Alasan hang sesuai dengan orang kg sahaja.Jangan UMNO cakap tak serupa bikin.Dasar yg halus macam ini tak boleh buat.Kenapa bila PAS dapat kuasa dia boleh buat dasar yang lebih drp sedia ada.Ini adalah satu perbandingan.Soalnya kenapa tak ubah dan buat dasar bagi tmn pun ada JKKKK.Cakap kata UMNO sebagai politik menguasai kerajaan atau kerejaan menguasai UMNO.

     
  9. detguaq Says:
  10. PGJ.

    Pendapat yang aku bagi di atas adalah apa yang aku fikirkan. Kerajaan tidak perlu terikat. Tetapi jika di katakan dasar, itulah dasarnya bagi aku. Tetapi setiap dasarpun bukannya dapat penuhi semua kehendak. Tiada satu dasarpun yang di cipta oleh manusia ini sebegitu sempurna sehingga tiada cacatnya. Sedang ciptaan Allahpun tetap ada yang peetikai. Dan sampai mampuihpun dasar ini tidak akan dapat memuaskan hati PGJ, kerana PGJ hendakkan dasar beliau sahaja, manakala dasar yang telah di laksanakan oleh kerajaan persekutuan itu dia tak terima sebagai dasar pula. Ini bukan sistem komunis yabng kesamarataan menjadi tagline, tetapi dasar yang cenderung kepada keperluan adalah lebih sesuai pendekatannya. Dah terang denga njelaspun kalau hati dah ada penudung, maka hitamlah yang nampak di depan mata.....

    Mengenai buat dasar, bagi aku itulah dasarnya, iaitu perlantikan JKKKP adalah mengikut keperluan yang pembuat dasar fikir memenuhi formula yang mereka bentuk(design). pas buat dasar? Dasar apa? Dasar mata keranjang atau dasar serkap jarang?JKKKK? Mana ada JKKKK, yang ada JKK bagi negeri yang kerajaannya adalah barisan nasional dan JKKKP bagi negeri-negeri yang di perintah oleh pr. Nampak sangat PGJ ni melaksanakan dasar serkap jarang.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO