Aku mengkalu balik Kedah guna baih(bas) jika tiket yang aku beli tu tak mengizinkan aku segera berangkat, maka aku akan gunakan masa yang berbaki tu untuk ke JalanPetaling aka Petaling Street aka China Town . Aku tak tahu makna yang tepat untuk Petaling, sapa yang tahu bolrh beritahu kat bahagaian komen.
Seronok ada rimas ada berdebar ada bila melalui sepanjang jalan ini yang sekarang ni dahpun merebak kesimpang kiri dan kanan jalan Jalan Hang Lekir(fuhh puas juga aku nak cari nama jalan ni dalam tenet)
Seronok kerana dapat melihat(jarang belipun)pelbagai barangan tiruan dijual, dan berselisih bahu dengan mek Salleh, pompuan cina dari tanah besar, pompuan kazakhstan dan pompuan arab, eh eh tak lupa juga mek Ndon...... Mat Bangla? Bersepah!!!
Rimas dengan suasana panas lembab terutama lepas hujan, bau peluh manusia yang hanyir dan hapak pelancung bajet dan sistem paksa beli oleh penjual dan makihamun mereka jika kita tidak jadi membeli selepas tawar menawar.
Berdebar bila aku disapa oleh wanita tak dikenali ketika mundar-mandir, negro ada, cina ada, mat salleh ada, Ndon ada yang aku tak ada(dan dia orang tak tahu) ialah bajet untuk layan depa.
Kita tinggalkan cerita diatas.
Apa yang sebenarnya aku nak papar disini ialah sesuatau yang amat menarik hati aku seterusnya membuat aku terasa amat bangga dan kehilangan secara serentak. Bangga kerana beliau masih lagi menjadi idola kebanyakan rakyat tidak mengira bangsa, terasa kehilangan sentuhan seorang Negarawan yang telah berjaya mengangkat Malaysia kemata dunia, tetapi jatuh terduduk kerana sitidolah....
Gambar yang aku paparkan dibawah bukanlah lama dalam simpanan aku, aku baru sahaja ambil 3 hari yang lepas. Namun baru hari ini dapat aku paparkan disini.
Rupanya mereka juga masih hormati beliau dan buat sisipan akhbar (fotostat) tu sebagai tangkal pelaris. Buktinya semasa gambar tu aku ambil ramai orang Arab dok khumun apek tu sambil minum ayaq dan cedok tau fu fah.
Bila aku minta permission untuk snap gerai dia dan close up keratan akhbar tu, dia dengan bangga membenarkan permintaan aku. Bila aku sudah dia tunjuk kepada gambar tu dengan jari telunjuk kanan seterusnya mengangkat ibu jari tanda jelas beliau masih berbangga dengan Negarawan yang jika sitidolah makin marah, ramai rakyat makin SAYANG.
Sebab?
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to AYAQ SOYA PETALING STREET