Tiga slogan (tag line) diatas mewakili 3 calon yang akan bersaing untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Ketau Pemuda BN.
1. Dato' Mukhriz memilih slogan BERANI BERUBAH. Pada aku slogan ini begitu 'catchy' dengan seluruh akar umbi termasuklah ahli-ahli Pemuda UMNO peringkat akar-umbi. Bermula dengan slogan ini, aku percaya satu suntikan semangat telah dapat dijelmakan dalam setiap sanubari akar-umbi Pemuda khasnya dan seluruh ahli UMNO amnya. Dengan slogan ini selepas ini akan dapat mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu kepada UMNO yang telah terhakis terutamanya kepada saluran 3. Doaku agar orang yang mencipta dan mendokong slogan ini menjadi pilihan majoriti perwakilan Pemuda nanti dan dapat mengetuai Pemuda UMNO dan BN bagi melangsungkan semangat BERANI BERUBAH dan Melayu kembali menyokong gagasan UMNO bagi terus menjadi teras kepada BN.
2. Dato' Sri Khir Toyo memilih Pemuda Berani sebagai slogan yang pada aku nampak agak eksklusif kepada Pemuda sahaja. Namun ternyata kekuatan sokongan dari Pemuda Bahagian tetap ada untuk beliau, semuga melepasi had kelayakan untuk bertanding. Selamat Maju Jaya.
3. Saudara Khairy Jamaludin pula bagi saya telah dan amat silap memilih slogan. Slogan beliau yang berbunyi(amat retorik bunyinya) "Setiakawan" bukan sahaja insklusif(sebagaimana diakui oleh beliau sendiri, malahan juga amat tinggi nilai eksklusifnya. Slogan itu bagi saya menjadi satu benteng yang menjarakkan beliau dnegan golongan akar umbi seperti yang Pemuda akar-umbi rasakan selama ini. Slogan itu hanya menjadi penterjemah yang amat jelas sikapnya dalam Pemuda UMNO. Hai........entah siapalah yang mengilhamkan slogan yang sebegitu insklusif dan eksklusif. Setiakawan tersebut memberi bayangan kepada aku bahawa memang ujud "inner circle" yang begitu taksub memperopogandakan diri beliau sehingga tidak dapat disembunyikan keserlahan strategi beliau. Pada aku degan keputusan terkini menyerlahkan lagi apa yang aku sangsikan. Jika ditanya aku, aku memilih untuk beliau hanya memberi fokus pada portfolio beliau sebagai MP Rembau sahaja. Mulakan langkah kembali dengan perlahan-lahan dan dari bawah @ dari A sebelum pergi ke B dan seterusnya........
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to ANTARA BERANI BERUBAH, PEMUDA BERANI DAN SETIAKAWAN.