Esok adalah hari dimana Mesyuarat Pemuda UMNO Jerai akan diadakan di Dewan Sebaguna Guar Chemepdak pada sebelah pagi. Nampaknya Ketua dan Naib Ketua tiada persaingan, tahniah kepada mereka berdua, iaitu Sdr Bassori dan saudara Zulkifli. Jadi debaran pemilihan pada peringkat Bahagian tidaklah terasa langsung. Hanya pada peringkat AJK Pemuda sahaja yang ada pertandingan bagi mengisi barisan yang akan menyokong kepimpinan Pemuda UMNO Jerai.
Dan bagi sdr Izham Din(Naib Ketua pemuda UMNO Guar Chempedak) yang hendak menawarkan diri bagi mengisi G2 Pemuda Jerai ke PAU nanti diharapkan beroleh kepercayaan dari perwakilan Pemuda UMNO Jerai. Anda adalah wakil kepada suara "DARE TO CHANGE"!!! ahli-ahli pemuda UMNO Guar Chempedak khususnya dan Jerai keseluruhannya!!!
Dan aku berharap agar para pewakilan Pemuda yang mendapat kepercayaan cawangan agar memberi undi anda kepada mereka yang anda rasa layak untuk memperbaiki imej pemuda UMNO pada peringkat Nasional. Anda mesti BERANI BERUBAH.
Pemuda-pemuda UMNO Jerai sepatutnya melihat disekeliling mereka, melihat kecenderungan laiun-lain Pemuda Bahagian yang telahpun mengadakan mesyuarat mereka, terutama diKedah!!! Kemanakah perginya undi para perwakilan. Diharap perwakilan Pemuda UMNOI Jerai juga BERANI BERUBAH!!!. Tidak semestinya mereka yang ada jawatan di peringkat Pemuda Bahagian sahaja yang layak untuk bertanding G2, yang berada dicawangan juga layak kerana turut membayar yuran dan turut mempunyai wawasan.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to MESYUARAT PEMUDA UMNO JERAI