SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Aku dihubungi oleh kawan aku, yang mohon aku dengan cara aku untuk berbuat sesuatu agar pencalonan Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai KPUM diKubang Pasu berjaya.

Menyedari keupayaan aku hanyalah dengan bersuara melalui blog, maka inilah yang aku terdaya buat masa ini.

Kubang Pasu........hmmm.... Hat yang dok ataih tu sapa ha? Let me check it out!!! Oh whooo YB Johari Baharom. Anak didik TDM lah ni.... tapi ini hari dia???

Aku pasti rata-rata, baik orang muda yang diluar parti dan ahli pemuda UMNO akar umbi pastinya mahukan DMM sebagai KPUM sebagaimana gelombang pengundian yang telah berlaku dimana-mana Bahagian diKedah ini. Seperti diJerai, hanya sebahagian dari barisan AJK dan KP (bukan semua bahagian, bukan semua KP dan bukan semua AJK) sahaja yang menyokong pencalonan kj(campur dengan perwakilan yang mewakili pemuda cawangan dimana AJK Pemuda Bahagian adalah juga ahli cawangan berkenaan) maka dapatlah undi yang sedikit jumlahnya. Jerai hanya memberi 29 undi kepada kj. Tapi kj mendapat BOO secara majoriti oleh perwakilan yang hadir.

Jika gelombang oleh 'floor' dimerata pelusuk negeri ini tidak dapat dihidu oleh para perwakilan PUKP, apakah ini bermakna deria bau mereka telah disembur dengan bauan dari jenama yang ada gambar 'Petuan Agong'? Sehingga deria sensitiviti mereka menjadi lemah dan tidak dapat menghidu roh baru yang sedang menjalar dan menyrap disanubari majoriti Pemuda UMNO?

Aku teringat bagaiman marahnya mereka terhadap Nazri Aziz sehingga mendesak melalui usul mesyuarat mereka dicawangan-cawangan (rujuk agenda daily)

Pecat Nazri:Bukan usul tetapi desakan

Naib Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu Ismail Khamis Isnin menjelaskan soal pemecatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hanya merupakan desakan dari tujuh cawangan sahaja dan bukan satu usul yang diluluskan dalam mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu.

Beliau memberitahu para wartawan di ibu pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu di Jitra bahawa lima cawangan yang mahu Mohamed Nazri dipecat daripada UMNO manakala dua cawangan lagi meminta agar menteri itu disingkirkan daripada Kabinet.

Menurutnya soal berkenaan tidak dibahanskan langsung.‘‘Kami tidak pernah meluluskan usul itu sebagaimana yang disiarkan dalam kebanyakan akhbar semalam,” katanya.- 28/8/2006

--------------------------


Usul pecat Pemuda UMNO Kubang Pasu tidak jejaskan Nazri

Datuk Seri Nazri Aziz tidak peduli pada usul Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, Kedah Sabtu yang meminta beliau dipecat kerana merasakan tidak menjadi sebarang kesalahan baginya mempertahankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan dari kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebaliknya menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang "bodoh" dan "keliru."

Katanya Pemuda UMNO bahagian itu sepatutnya meluluskan usul meminta bekas Perdana Menteri agar tidak lagi mengkritik Abdullah dan kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Nazri tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana mempertahankan Perdana Menteri mengikut "caranya tersendiri" setelah beliau merasakan perlu berbuat demikian kerana "terasa" dengan kritikan yang agak tajam.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usul itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar sayap parti itu.

Nazri yang merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gelang Patah Ahad berkata perlembagaan UMNO tidak menyatakan bahawa bersikap kurang ajar terhadap bekas pemimpin merupakan suatu kesalahan yang boleh dibuang parti.
Persidangan perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu dalam mesyuaratnya Sabtu telah meluluskan usul memecat beliau daripada mengganggotai UMNO dan jawatan kabinetnya berikutan kenyataannya yang disifatkan biadap terhadap Dr Mahathir.

Menurut Nazri, pada mulanya beliau tidak mahu bercakap kepada media tentang isu kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah dan kerajaan sebagaimana yang diarahkan oleh Kebinet tetapi kini terpaksa mengubah berikutan tindakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu itu.

Katanya beliau diberitahu bahawa apa yang berlaku semalam adalah Pemuda UMNO bahagian Kubang Pasu tidak meluluskan usul memintanya dipecat tetap

sebaliknya beberapa wakil pemuda bahagian meminta beliau dipecat semasa ucapan penangguhan mesyuarat itu.
Nazri berkata beliau akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Johari Baharum mengenai usul pecat itu.

Najib yang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya Ahad beliau berkata UMNO tidak semestinya mengambil tindakan disiplin kepada anggotanyaa hanya berdasarkan usul yang dikemukakan pada mesyuarat perwakilan.

Katanya terdapat pelbagai usul dan pendapat yang dikemukakan pada mesyuarat peringkat bahagian tetapi ia tidak semestinya pendapat majoriti dan berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan disiplin parti.

"Setakat ini hanya pendapat persidangan Pemuda, tidak semestinya apa yang diusulkan oleh bahagian...tidak semestinya tindakan disiplin diambil. Pada pendapat saya, tidak ada keperluan untuk diambil apa-apa tindakan terhadap Nazri," katanya.

- 27/8/2006

--------------------
Pemuda Umno Kubang Pasu meluluskan usul pecat Nazri Aziz

Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kubang Pasu Sabtu meluluskan usul tanpa bahas daripada lima cawangannya supaya memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz daripada Umno kerana mengeluarkan kenyataan yang mereka dakwa sebagai keterlaluan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Usul itu dikemukakan oleh lima cawangan pergerakan itu, iaitu
cawangan Kampung Padang Pasir, Kampung Darat, Kampung Padang Halban, Kampung Lembah Arang dan Kampung Baru Batu 7.
Dua lagi cawangan iaitu Kampung Wang Perah and Taman Mahsuri mahukan Nazri dipecat daripada jawatan menteri yang disandangnya serta meminta beliau memohon maaf secara terbuka kepada bekas Presiden Umno itu.

Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Kampung Belukar/Bendang Cherok pula mengusulkan supaya tindakan tertentu dikenakan terhadap Nazri berikutan kenyataan itu terhadap Dr Mahathir.

Bernama melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu, Zulkifli atau Mohd Ros Ahmad berkata, usul itu dibangkitkan kerana cawangan-cawangan tertentu dalam pergerakan tersebut amat menyanjung tinggi jasa Dr Mahathir.

Pada masa yang sama, pergerakan itu turut melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang sentiasa komited dalam tugasnya dan menyambung tugas Dr Mahathir secara berkesan walaupun dengan pendekatan yang berbeza, katanya.- 26/8/2006


Semuga ingatan pemuda UMNO Kubang Pasu kembali segar dan dari 5 hingga 7 cawangan yang BERANI BERUBAH pada 2006 dahulu kini telah bertambah kepada suatu angka yang dapat memberi lebih pencalonan kepada DMM sehingga boleh memenangkan beliau dengan selesa diKubang Pasu.


WAHAI Pemuda UMNO KUBANG PASU, letak sebentar sejarah membanggakan kamu mengenai TDM dalam kantung memori kamu. Tapi binalah kesedaran ANDA terhadap perlunya kita BERANI BERUBAH bagi menyuntik udara politik yang lebih segar. AURA yang semarak menyelubungi semangat kita adalah AURA yang

wajar dikekalkan oleh seluruh warga Pemuda UMNO agar usaha kita untuk menarik kembali minat golongan muda Melayu kembali kepangkuan UMNO. Hapuskan gejala rasuah yang jika berterusan akan menguburkan terus UMNO dari persada politik tanahair. Apakah anda mahu melihat tiada lagi satu Siasah yang sentiasa mempertahankan hak Ketuanan Melayu lenyap menyembah sejarah hanya kerana rasuah dalaman telah menjadi permainan biasa dalam UMNO? Golongan terdahulu yang mengganggap tanpa mainan rasuah, maka tidak boleh memenangi sesuatu kedudukan harus dilupuskan dari kitab peraturan tanpa buku setiap diri yang mahu melangkah menjadi pemimpin besar.


ANDA AKAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA PADA PETANG24HB OKTOBER 2008 NANTI, HARAPAN AGAR AURA BERANI BERUBAH SEMARAK DISANA.


CALON KETUA PEMUDA YANG BERANI BERUBAH:


SAUDARA AMINUDIN(PAKTAM)


CALON NAIB KETUA PEMUDA YANG BERANI BERUBAH:


SAUDARA RAHMAN



AKHIRUL KALAM.... WAHAI PEMUDA KUBANG PASU, TUNJUKKAN YANG ANDA INGIN BERUBAH DENGAN BERANI UNTUK BERUBAH DENGAN MEMILIH DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR SEBAGAI KPUM!!!


2 Responses to WAJARKAH PEMUDA KUBANG PASU DICOP SEBAGAI BODOH DAN KELIRU? DAN APAKAH DAKWAAN INI SUDAH DITARIK BALIK?

  1. nobisha Says:
  2. Tuan,

    Saya sudah masukkan blog tuan dalam blogroll saya (25 posting terkini). Sekiranya tidak keberatan, saya mohon dipertimbangkan untuk tuan masukkan blog saya dalam blogroll tuan. TQ

    p.s. saya dulu bekas pelajar sekolah menengah guar cempedak

     
  3. ketam Says:
  4. This is my suggesttion regarding UMNO Election..

    Semua mesyuarat bahagian hendaklah dibenarkan pengundian secara terbuka dalam pemilihan ,bukan pencalonan tetapi pemilihan, jika perkara ini berlaku maka UMNO akan dapat mengekang politik wang.

    Apakah maksud seseorang calon itu bahawa dia akan berkerja keras melobi dalam pemilihan nanti jika PENDAHULU PENCALONAN yang dicalonkan mendapati majoriti dalam pemilihan di BAHAGIAN??
    Bukankah jika wakil BAHAGIAN itu beralih-arah mengundi CALON yang lain daripada CALON YANG DITENTUKAN SEMASA PENGUNDIAN DIBAHAGIAN yang telah dipilih oleh AHLI boleh dikatakan wakil itu tidak AMANAH dan undi itu bukan undi daripada AHLI??

    Kesimpulannya disini penentuan pemilihan perlu ditamatkan di peringkat MESYUARAT BAHAGIAN SAHAJA..

    Lebih logik dan sesuai lagi di beri tempoh untuk PEMIMPIN YG INGIN MENAWARKAN DIRI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON(seperti PRU) kemudian diberi tempoh sebulan atau dua bulan untuk berkempen sebelum MESYUARAT CAWANGAN(tempoh sebulan)dan akhirnya MESYUARAT BAHAGIAN (tempoh sebulan) maka dengan ini betul-betul pengundian atas sokongan akar umbi diambil kira.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO