Kelmarin aku menghadiri 2 rumah terbuka kawan-kawan. Terima kasih Duke of UMNO, terimakasih Wan Joe.
Yang satu tu aku hadir pukul 4.30ptg. Satu lagi pukul 10mlm.
Yang satu tu ahlul mykmutara. Satu lagi bisnesman yang menjalankan perniagaan yang 95%dikuasai oleh orang Cina iaitu perniagaan berasaskan aluminium dan kaca.
Pada kedua-duanya aku ucapkan terimakasih. Sunyi pula rasanya tanpa rumah terbuka oleh ahlul politik, almaklumlah takut menjadi sentuhan kecundang.....nanti disqualified pula.
Berbalik pepada Wan Joe, aku kenali beliau dengan agak lama juga, tak kurang dari 13tahun. Dari mula dia bekerja dengan tokey, kemdian tu berkongsi dengan tokey dan akhirnya jadi tokeh. Nyata tokey simata sepet yang dia tumpang belajar tidak lokek untuk mencurahkan ilmu, kerana wanjoe sendiri begitu komited untuk mendapatkan kemahiran.
Sekarang bagi aku wanjoe bolehlah dikategorikan sebagai usahawan yang sedagng meniti kejayaan, InsyaAllah. Dapat juga aku menambah kenalan malam tadi, dengan seorang tokey plaste siling dan tokey perabut. Mereka-mereka itu juga menimba pengalaman dari tokey sebelum menjadi tokeh. Bukan senang nak mahir dan menguasai sesuatu bidang.
Ini tidak, dok tak duduk tetiba melantun(dilantun?) menjadi Naib Ketua Pemuda, tak boleh cabar, biar dia dapat......rezeki terpijak. Kuat sungguh dia na!!! Patutnya dia kena ambil iktibar dari kawan aku yang bernama wanjoe yang berbelas tahun menimba pengalaman sebelum mengangkat diri menjadi tokeh, dan bila menjadi tokeh, kedudukannya teguh. Dan sikap merendah dirinya menjadikan aku selesa unutk meneruskan hubungan niaga dengannya.
Untuk Duke of UMNO anda ada misi besar yang perlu diterjemahkan dalam perjuangan ini. Kekadang tu yang nampak serupa tak mestinya SAMA.........
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to RUMAH TERBUKA