Salam Syawal kepada yang mengunjungi blog ini. Tadi singgah sebentar di zanas, laman kepunyaan sahabat aku, abang ipar lihat dan komen bahawa tarikh tu bukan 31hb Ramadhan bang oiii!!! Hari ni dah 1hb Syawal.
Kesempatan ini aku nak guna untuk mohon maaf dari setiap jiwa yang aku kenal atau tidak. Dah adat kita begitu, iaitu bila tiba Syawal, berebut-rebut kita pakat-pakat mohon maaf sesama kita, walaupun perbuatan memohon maaf itu patut dilakukan pada setiap masa.
1 Syawal ni, aku tak kemana.........balik kekampung dan berkumpul dengan kakak-kakak dan abang-abang ipar serta sanak-saudara. Anak-anak sahaja yang pergi beraya. Aku tak ada mood nak pergi mana-mana Mungkin esok atau lusa baru nak mulakan acara ni.
Pasal hujan, kendiannya mendung menyebabkan mood akupun mendung juga................
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to SALAM SYAWAL