SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HARI TERBUKA MYKMU

Posted by Detguaq Thursday, October 30, 2008



Aku boh skit dah lah.......


Baru hari ni aku berkesemptan untuk berblog lagi. Ini berkaitan dengan kehadiran aku kemajlis anjuran mykmu di Kelab Darul Ehsan tempohari.

Secara keseluruhan, memang meriah. Maklumlah namanya pun hari terbuka, dapat berjumpa dengan ahlul kmu, dapat lihat TDM, bergambar dgn TDM dan dapat berinteraksi secara eksklusif dengan TDM. Makanan pun sedap. Puas sebab hadir dan guna duit titik peluh sendiri untuk hadir majlis berkenaan.

Dapat juga berkenalan dengan orang baru dan orang yang hanya dikenali melalui mykmu sahaja. Aku ada beberapa cerita menarik untuk aku paparkan diblog aku ini atas lingkungan INI WILAYAH PERIBADI AKU. Dan sudah tentunya aku berhak untuk melontarkan pandangan peribadi aku.

Sesampainya aku keKelab dengan teksi(tumpang keta anak sedara , naik rapid dari TTDI, naik monorail dari KL sentral, naik LRT dari Hang Tuah dan akhirnya naik teksi dari terminal Ampang), Sdr Jebon dah ada kat depan Kelab. Aku dimaklumkan oleh Duke melalui khidmat pesanan rnbgkas (yg baru naik pangkat) Tun belum sampai. Akupun lewat sikit pasal guna public transport(masih banyak ruang yang perlu diperbaiki). Selepas bersalaman dengan Jebon dan beberapa orang lagi ahlul mykmu(TDM sebut 'em waai kay" saja....) aku meluru menuju kemeja pendaftaran. Lepas bayar duit pendaftaran, aku tertarik dengan baju T yang ada sillhoute TDM. Aku capai yg kala hitam, sebenarnya dah banyak kali hati aku meruntun nak beli baju T oleh mykmu ni, tetapi tiap kali nak ambil, gostan tengok poket, tak berapa mengizinkan. Tapi kali ni, ada lebihan stok yang menyebabkan aku tidak berfikir 2 kali untuk beli baju ni pada kali ini. Maklumlah, aku kalu beli baju, yang ghega dia ataih pada 10 hinggit, sluaq ataih pada 30 hinggit mmg aku berpada-pada, maklumlah ekonomi tengah menunjukkan kadar menurun/menjunam!!! Aku pula bukannya orang kaya.......

Selepas pendaftaran, aku meluru masuk kedewan...... eh eh eh, mana pi kawna-kawan yang aku kenal? Awat banyak sangat veteran ni??? Yang abangpun veteran, yang kakakpun veteran, tak nampakpun wajah-wajah putera, puteri dan pemuda, yang ada kebanyakannya wajah wanita dan peTUA!!! Kalut aku kontek Duke.....Duke jawab panggilan, aku kata aku tak dapat locate dia!!! Last skali aku suruh dia angkat tangan.....jawapannya negatif.... Aku berpeluh! Tang mana pula ni??? Sesatkah aku? Dan dalam keadaan 'lompang masa' sekejab, aku benar-benar terkedu! "Hoi!, hang masuk dewan mana? Dewan tu untuk Persatuan Teksi! Dewan kita yang opposite!"Duke sergah aku.

Hish... aku denga nmuka sadin kluar dari dewan tu dan diluar riuh rendah depa dok gelak kat aku pasai wrong entry! Eh eh, aku sebenarnya bukan silap(nak cover lah ni)...akupun drebar teksi juga, jadi aku masuk untuk jumpa beberapa kawan-kawan aku kat dalam tu..... dah salam-salam akupun keluarlah.....back on track... Duke gelak sampai sengat kepiah 'tunku' tu. Dah agak reda, dia pekenai aku kpd teh-tarik. Oooo Org Utara gak. Lpaih tu pakat2 tukaq2 nombor lah.

Kendian tu aku masuk dan duduk dimeja yang kerusi dia masih kosong. Sebelah aku ialah....lupa pula nama dia. Maklumlah gabra silap masuk dewan masih ada. Dan sebelah dia aku ingat pula nama dia.....Azad kot? Setelah itu ramailah bloggers yang terkenal masuk. Depa dok satu meja yang khusus. Tapi paling awal aku nampak Dato' Rijal Arbee. Lpeas tu baru nampak KJ masuk(he he Kadir Jasin lah.... orang Tanamera...) dan ramai lagi.

Kendian tu TDMun tiba. Macam biasalah....org2pun serbu utk salam dgn dia. Memang aura TDM masih dapat mengegarkan suasana. Aku cool jer.... Stakat ambil gambar. Tun Hasmapun aku ada ambil gambar dia. Dah reda, nyawapun dah teratuq, maka majlispun dimulakan oleh MC. Suara merdu dan lancar. Sempat juga dia promote yang bapa dia besa dapat surat pelantikan sebagai ketua cawangan yangditandatangani oleh TDM. Simpan buat kenangan anak cucu!!!

Jebon berucap!

Tun bercakap!

Lepas TDM selesai dan mc mempelawa hadirin untuk makan, maka melurulah kami kemeja hidangan, inilah agenda utama mesyuarat orang kita, termasuk aku. Lagipun duit dah bayar. Makanlah, sebab selepas makan ni, ada sessi soal jawab.

Selepas beberapa orang bangun untuk bersoal dan TDMpun menjawab, maka akupun bangun menuju ke mikropon(aku ni pantang dgn mikropon...tapi utk k'oke saja). Aku perkenal diri, aku habaq kat TDM aku ada cadangan/saranan dan minta TDM ulas atau cadangbalas.

Begini bunyinya: Tun, dalam memikirkan cara bagaimana untuk mengatasi rasuah dalam politik SAYA dan seorang komentator dalam blog saya mencadangkan salah satu darinya 'term' politik wang kena ditukar kembali kepada rasuah politik. Manakala peranan G2 + 2 dan G7 + 2 mestilah dirombak. Dimana perlantikan mereka untuk mewakili bahagian-bahagian hanyalah sekadar membawa mandat oleh cawangan-cawangan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian(MPB) kePAU. Maksudnya mereka ini tidak boleh dan tidak perlu mengundi sekali lagi sehingga apa yang telah diputuskan oleh perwakilan cawangan semasa MPB menjadi tidak bernilai, tidak bermakna! Aku kata bahawa disinilah kunci yang menghidupkan jentera rasuah dalam politik, bilamana undi mereka ini boleh diubah semasa PAU, bukan lagi undi oleh akar umbi, tetapi undi oleh G2+2 atau G7+2.

UNDI AKAR UMBI KEPALA HOTAK!!!

Apa jawab TDM?....."Payah, UMNO ada 3.5juta keahlian(susut sikit kot?) nanti macam-macam pendapat timbul, tak sesuai..... Lagi baik suruh G7+2 atau G2+2 pi buat sumpah dimasjid!!!

Aik, Tun...apa yang susahnya??? Mana lagi senang, G7 n G2 bawa mandat akar umbi tanpa perlu diadakan undi semula diPAU atau nak angkut depa pi masjid buat majlis angkat sumpah? Dan sumpah dalam politik ni boleh pakai ke? Ntah berapa banyak sumpah yang telah dipermainkan, kerana sipenyumpah(tambah-tambah sumpah palsu) tu fikir balasan Allah lambat lagi, sempat tobat, rugi jika duit yang akan diperolehi setelah memerah calon-calon tidak boleh dipraktikkan lagi dan bla,bla,bla,bla,bla,bla,.....

Teringat aku ayat-ayat Allah:

2:224. Janganlah membuat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.


9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.

9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat berpuas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat berpuas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak berpuas hati terhadap kaum yang fasiq.(Fasiq=orang yang tidak mengendahkan larangan Allah).


Allah sebenarnya melarang diriNya dijadikan rujukan sekiranya apa yang kita sumpah kan itu adalah ihklas dan tulin. Tetapi jika tetap juga Allah yang mereka hendak gunanakn namanya sebagai jaminan, ini peringatan Allah:


16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh membuat keadilan, dan berbuat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.

16:91. Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu membuat perjanjian, dan janganlah melanggar sumpah-sumpah setelah mengukuhkannya, dan kamu membuat Allah penjamin kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat.


InsyaAllah, balasan dari Allah yang berat didunia dan akhirat menunggu.


Apakah TDM tidak mahu mendesak UMNO untuk menguji dahulu cadangan ini, sebagaimana beliau mendesak melalui kuasa PM(dahulu) untuk menambat nilai ringgit atau memajukan industri automatif?


Akan menyusul analisis mengenai G7 dan G2


2 Responses to HARI TERBUKA MYKMU

  1. DukeOfUMNO Says:
  2. mana gambag bang?...hehehhehe... silap masuk dewan...Muahahhahahhahhahhah...muahahhahhahahhha...muahahhahhaha... sampai mati aku ingat incident tu...muahahhahhahaha..!!!

     
  3. NOBISHA Says:
  4. Jebon berucap? Wah, saya tak pernah dengar .. teringan gak nak dengar :)

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO