TERKINI! Kenyataan Doktor : Sebab Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 Meninggal Dunia!
Di antara laporan tersebut :-
Kita tolak ideologi politik ketepi kerana ianya isu interpretrasi kesihatan yang hanya dapat dijelaskan oleh mereka yang mahir di dalam bidang itu. Bukannya Zuraida Kamaruddin.
Seorang peserta perhimpunan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia kerana sesak nafas, dipercayai disebabkan terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, yang dilepaskan oleh pihak polis tadi. Baharuddin bin Ahmad, 59 menyertai perhimpunan di sekitar pusat beli belah SOGO, dan kemudian menuju ke KLCC.
Baharuddin Ahmad ialah suami kepada Rosni, Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview menuding jari terhadap kerajaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.
"Ini sesuatu yang amat menyedihkan kerana menyebabkan kematian. Kerajaan tidak faham apa itu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, maka cara ia menangani perhimpunan telah menyebabkan tragedi ini."
Menurut Zuraida, Baharuddin meninggal pada kira-kira jam 6 petang, di Hospital Kuala Lumpur. Baharuddin dikatakan sesak nafas ketika melarikan diri dari gas pemedih mata.
Untuk pengetahuan semua, MiM mempunyai pengalaman sebagai seorang doktor perubatan selama 18 tahun dan di bawah adalah kenyataan MiM :-
1. Merdeka View melaporkan bahawa 'Seorang peserta perhimpunan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia kerana sesak nafas, dipercayai disebabkan terhidu terlalu banyak gas pemedih mata.'
2. Laporan hospital yang MiM terima mengatakan bahawa Allahyarham meninggal dunia bukan seperti yang di dakwa oleh portal tersebut tetapi di sebabkan oleh serangan sakit jantung (heart attack).
3. Gas pemedih mata bukan penyebab kematian beliau.
4. Tetapi kehadiran beliau bersama-sama dengan perusuh-perusuh yang lain dan turut serta di dalam kekecohan perhimpunan itu berkemungkinan besar pencetus kepada symptom awal serangan jantung tersebut.
5. Aktiviti-aktiviti seperti menjerit melaung dan berlari boleh menyebabkan jantung seseorang itu berdenyut dengan lebih laju dan menambah stress kepada jantung tersebut.
6. Kejutan jantung kerana berada di dalam perhimpunan haram itu adalah penyebab kematian Allahyarham.
7. Dalam usia 50-an dan jika kita dapat rujuk sejarah perubatan Allahyarham, beliau mungkin menghadapi beberapa penyakit kronik seperti Hypertension, Diabetes Mellitus atau pun Hypercholesterolisme.
Video : Heart Attack
8. MiM mempunyai ramai pesakit yang berusia 50-an yang mempunyai penyakit kronik. Nasihat yang sering MiM kata ialah pastikan ubat dimakan ikut waktu, penjagaan makanan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang keterlaluan serta boleh mendatangkan kejutan stress kepada jantung.
9. Nasihat tersebut adalah satu kemestian oleh seorang doktor dan mesti dipatuhi oleh setiap pesakit jika mereka tidak mahu komplikasi buruk dek penyakit mereka.
10. Dan sudah tentu komplikasi yang paling tidak diingini ialah mati mengejut.
11. Dalam isu Allahyarham, pihak manakah yang menggalakkan beliau supaya hadir di dalam satu perarakan berjalan kaki yang agak jauh jaraknya ?
12. Pihak manakah yang mengapi-api perasaan Allahyarham supaya meneruskan perjalanan bersama-sama yang lain dan masih lagi mahu turut serta walau pun sudah diberi amaran berulang-ulang kali oleh pihak berkuasa?
13. Dan MiM pasti diagnosis yang tertera di dalam surat kematian Allahyarham ialah 'Sakit Jantung', 'Heart Attack' atau 'Myocardial Infacrtion' dan bukannya 'Excessive Inhalation Of Chemical Substance'!
Kesimpulannya,
1. Jangan kita keliru dengan isu ini, lebih-lebih lagi berita kematian Allahyarham dimainkan oleh mereka yang tidak mempunyai ilmu di dalam bidang perubatan.
2. MiM juga ingin nyatakan bahawa media pro-pembangkang dan pemimpin seperti Zuraida Kamaruddin tidak patut mengeksploitasikan kematian Baharuddin Ahmad.
3. Di ketika keluarga Allahyarham bersedih dan berkabung, ada pihak yang mahu meneguk di air yang keruh!
Sungguh memalukan!
Nasihat doktorpun tidak mahu didengari
Undang-undang negara pun tidak dihormati
Asyik terikut nafsu yang ke kiri
Musibah dan akibat tanggunglah sendiri.
Kita kena faham perjuangan kekadang nyawa dan hartabenda peretaruhannya, apatah lagi menghadapi kumpulan yang zalim dan kejam, bercakap berdegar-degar nak didahulukan, nak diutamakan.. shittttt, kalau dah gila kuasa sayang nak lepas.. apatah lagi kalau banyak penyakit yang duk tunggu kalau kuasa dah hilang...