Aku sekali lagi berpeluang hari ini untuk turut sama dalam sidang Dewan Negeri, mesyuarat pertama penggal ke 4 DUN Kedah yang ke 12. Ramai pemerhati dari kalangan pelajar turut hadir. Wartawan-wartawan dari pelbagai media juga hadir. Sidang bermula pada jam 9.00 pagi di mulai dengan pertanyaan mulut oleh YB ADUN Bakar Bata yang juga pengerusi BPUNK, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Soalannya berkaitan dengan peruntukan dana oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri untuk kos penyelenggaraan jalan-jalan negeri. Beliau mencabar kerjaan negeri untuk menafikan dkawaan oleh Kementerian Kerja Raya tentang penyalahgunaan dana peruntukan berkenaan.
EXCO berkenaan ,iaitu Fakhurozzi bangun menjawab. Tetapi jawapannya amatlah mengejutkan mereka yang hadir didalam dewan apabila jawapannya tidak dapat langsung menerangkan secara konkrit berkaitan soalan asal. Malah selepas di asak dengan soalan-soalan tambahan, beliau dengan jelas hilang kawalan terhadap setiap soalan sehingga seperti biasa speaker dewan akan terus memotong perbahasan dalam dsewan yang mukia melalui kuasa yang ada di tangan beliau. Ketika inilah semua ahli dewan di maklumkan ujudnya TABUNG AMANAH JALANRAYA. Dan nampak jelas beliau tidak membuat 'homework' sebelum memasuki sedang dewan, mungkin sibuk berceramah dari menjalankan tugas sebagai EXCO kerajaan negeri.
Peruntukan sepanjang tahun 2010 adalah RM147, 575,242.00 juta, tetapi hanya dibelanjakan sebanyak RM54,355,736.43juta sahaja. Mana pergi duit yang selebihnya iaitu RM93,219,505.57? Itu untuk tahun 2010. Manakala untuk tahun 2011 pula kerajaan pusat telah memperuntukkan puluhan juta juga, jadi berapa pula duit dari peruntukan dana penyelenggaraan untuk tahun 2011 telah digunakan sehingga Jun 2011? Dan tentulah jumlahnya menjadi bertambah didalam TABUNG AMANAH JALANRAYA.Aku percaya jumlahnya sudah tentu melebihi seratu juta ringgit. Apa gunanya duit ini disimpan sebegitu banyak walhal masih banyak jalan-jalan negeri yang amat teruk keadaannya? Benarkah ianya TABUNG AMANAH JALANRAYA. atau TABUNG PILIHANRAYA?
memang betui skrg zaman pas gunakan helah, dulu umno sama gak gunakan helah bila menjawab...semua wakil rakyat tak boleh pakai cuma seorang sahaja yang boleh dan berkaliber iaitu tajudin belantek kan...kan...kan...