Makbul Ilahi adalah seorang ahli perniagaan tulin. Beliau adalah pengusaha salah satu kedai nasi kandar yang terkenal dibandar Sungai Petani. Beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda. Sebagai ahli perniagaan yang bersaing dipasaran terbuka beliau terdedah dengan cabaran sebenar dunia perniagaan, bukan macam sesetengah ahli perniagaan celup-celur makan(instant mee) yang hanya mengusung kertaskerja projek mencari komisen tanpa merasai perit maung sebenar dunia perniagaan.
Petang tadi dia bertemu dengan aku secara tak di rancang. Tetapi walaupun tak di rancang, tetap ada ole-ole untuk aku. Walaupun ole-ole ini tidak mahal, hanya dua keping kertas A4 yang kalau dikira nilai sekali fotostat hanyalah RM0.10 tetapi nilai yang diisi didalamnya cukup bernilai. Nilainya yang ada adalah untuk kita sama-sama cerna dan ungkap apakah yang sebeanrnya disebalik isu yang beliau bawakan ini.......
Oleh:
Makbul Ilahi b. Hj Hashim
Pengerusi Persatuan Kebajikan & Sosial
Daerah Kuala Muda.
Sandiwara berterusan Ahli Majlis, MPSPk Merugikan Rakyat Sungai Petani.
"Tindakan memboikot mesyuarat-mesyuarat Majlis sehingga Ketua Pentadbir(YDP) MPSPk ditukar boleh di umpamakan sepeti kebudak-budakan"
Itu ayat yang sesuai diberikan kepada barisan ahli majlis mesyuarat MPSPk yang masih bertelagah dengan pihak pentadbiran sehingga kehari ini ekoran pertikaian tindakan meroboh binaan tanpa kebenaran di jalan Cinta Sayang oleh bahagian Penguatkuasaan MPSPk pada Mei 2011 yang lalu.
Apakah itu alasan sebenar?(Sila lihat hebahan media di bawah)......
Kesihan betul denga nasib rakyat baik yang bekerja mahupun yang berniaga kalau perkara ini berterusan. Segala urusan dengan MPSPk sekarang ini tentunya banyak yang tergendala.
**Hai...baru 3 tahun memerintah dah macam-macam hal yang berlaku. YDP pula dijadikan kambing hitam oleh ahli majlis mesyuarat yang dok kira macamana nak kaut nak raup projek-projek yang ada dalam MPSPk ketangan kroni mereka.
ADA DULANG YANG SERPIH KE?
Antara bekas tapak peniaga yang telah dirobohkan
kini ditanam deretan pokok hiasan senitaman.
Nasi Lemak Cinta Sayang kini beroperasi di rumah ini yang terletak
berhampiran dengan tapak asal.
0 Responses to KLUK KLEK AHLI MAJLIS MPSPK: YDP JADI KAMBING HITAM.