BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SELAIN memperjelaskan punca kematian Teoh Beng Hock, suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematiannya turut mengupas kes yang menjadi punca beliau disiasat oleh SPRM.Ia berkaitan maklumat mengatakan ADUN Selangor daripada pakatan rakyat terbabit mengemukakan tuntutan palsu dan menggunakan peruntukan demi kepentingan parti, bukannya orang ramai.
Perhatian orang ramai kepada Beng Hock telah mengurangkan tumpuan kepada kes sebenar yang disiasat.
Justeru, eloklah Awang ketengahkan sedikit komen suruhanjaya berkaitan hal tersebut. Antara lain, suruhanjaya berpendapat parti politik tidak boleh terlibat dalam memberikan bantuan kewangan, seperti yang dilakukan oleh sebuah parti politik di kawasan DUN Seri Kembangan.
Awang nampak ada kewajaran perkara itu terus diteliti lebih-lebih lagi suruhanjaya berpendapat peruntukan bagi program di kawasan terbabit dikeluarkan daripada belanjawan kerajaan negeri.
Setahu Awang, wang kerajaan negeri perlulah dipastikan supaya ia dimanfaatkan oleh penduduk, bukannya parti politik.
Laporan itu turut menyebut bahawa seorang kontraktor mengaku berpakat supaya syarikat kontraktor kelas F bumiputera ‘digunakan’ untuk projek-projek kecil di bawah peruntukan ADUN, dan sebagai balasan mereka diberi komisen 5 hingga 10 peratus daripada nilai projek.
Sekali lagi, Awang berharap SPRM menyelesaikan siasatannya dalam kes itu.
Awang – Turut terguris.
0 Responses to Bisik-bisik yang patut kita dengar.