SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Mari kita dengar komen tahap kepala lutut pembangkang!

Posted by Anonymous Friday, July 8, 2011


Maaf Ambiga, saya tidak lut dengan jarum anda.

Rasanya, semua mesti sudah mengetahui mengenai rancangan BERSIH dan pakatannya dalam parti pembangkang untuk mengadakan perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 100,000 `orang kuning' pada Sabtu depan. Dengan penuh angkuh, mereka mendakwa mempunyai alasan kukuh berbuat demikian dan pada 9 Julai nanti, Yang di-Pertuan Agong mesti dimaklumkan mengenainya.

Apabila diminta justifikasi mengadakan perhimpunan jalanan haram itu, penyokongnya pantas memberi alasan yang sudah dijangka. Anda akan diberi syarahan mengenai kepentingan kebebasan hak demokrasi, selain kenyataan sinis kononnya anda tidak menghiraukan kebenaran.

Mereka akan memberitahu betapa SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menyenaraikan individu yang sudah meninggal dalam senarai pengundi. Mereka resah apabila dimaklumkan SPR tidak harus dipersalahkan. Berapa ramai antara kita yang membuat pemberitahuan kepada SPR apabila ada saudara-mara yang meninggal? Mengapa kita tidak mengambil masa lama untuk memaklumkan bank, syarikat insurans, polis, KWSP hatta Along sekalipun tetapi bukan SPR? Hakikatnya, kita memandang lewa keperluan membuat laporan kepada SPR kerana pilihan raya umum berlaku sekali dalam lima tahun. Kita kerap mendengar orang berkata: "Kenapa perlu nak lapor cepat-cepat? Orang mati bukannya boleh mengundi." Apa yang dilepas pandang ialah undang-undang tidak membenarkan SPR membuang nama pengundi tanpa bukti sahih.

Saya berjumpa dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam. Mereka mengakui ramai penduduk terutama di luar bandar, gagal melaporkan kematian anggota keluarga. Ini membuatkan saya terfikir, mengapa BERSIH menyalahkan SPR dan bukan sikap acuh tidak acuh sebilangan rakyat Malaysia?

Begitu juga halnya dengan dakwaan ramai pengundi mendaftar menggunakan alamat sama. Saya mengesyaki satu daripada puncanya ialah pengundi menggunakan alamat kediaman disewa apabila mendaftar sebagai mengundi. Malangnya, apabila mereka berpindah daripada rumah sewa, mereka gagal memaklumkan kepada SPR. Penghuni berikutnya akan menggunakan alamat sama unuk mendaftar sebagai pengundi. Saya masih ingat ketika berpindah ke kondo sewa di Kuala Lumpur pada 1993. Saya kerap menerima surat penyewa terdahulu termasuk penyata bank dan surat rasmi kerajaan kerana beliau tidak menukar alamat dengan pihak berkenaan, hinggalah saya berpindah tiga tahun selepas itu!

Dalam kes pengundi hantu yang berdaftar menggunakan alamat rumah ibu YB Azmin Ali, saya dapati ia agak melucukan kerana dalam jutaan rumah di negara ini, SPR terpaksa memilih rumah ibu pemimpin pembangkang yang paling lantang bersuara untuk `menempatkan' pengundi hantu. Memang melucukan.

Satu lagi isu berterusan BERSIH ialah undi pos. Pertamanya, istilah pengundi pos tidak tepat. Tidak ada undi pos bagi polis, tentera dan kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai pegawai pilihan raya ketika pengundian. Mereka tidak mengirim undi masing-masing menerusi sistem perkhidmatan pos. Mereka mengundi lebih awal dengan diperhatikan wakil semua parti bertanding. Pengundi pos mengundi seperti mana kita pengundi biasa melakukannya. Dakwaan yang diputar belit pembangkang kononnya ketua mereka memeriksa siapa yang dipangkah adalah palsu sama sekali. Wakil calon ada di tempat pengundian bagi memastikan itu tidak berlaku, melainkan mereka tertidur ketika bertugas!

Beberapa pemimpin BERSIH juga mahu pengiraan undi pos dilakukan pada hari yang sama atas alasan ada kemungkinan berlaku penipuan jika dikira kemudian. Cadangan itu tidak praktikal kerana keputusannya akan mempengaruhi aliran pengundian pada hari pengundian sebenar. Apa pun, pernah berlaku pembangkang mendapat lebih banyak undi pos berbanding BN. Secara khususnya, pilihan raya kecil Teluk Kemang pada 2000. Jika BERSIH bimbang dengan integriti beg mengandungi undi pos sepanjang berada dalam jagaan pihak berkuasa, mereka sepatutnya mencadangkan supaya wakil pembangkang hadir di lokap di mana beg-beg berkenaan disimpan. Iyalah, apalah sangat duduk merenung beg selama 3 hari 3 malam semata-mata untuk memastikan keselamatan beg-beg yang dikawal ketat, dikunci dan dipateri kemas itu.

Memang benar sebahagian besar pengundi pos memihak kepada BN. Bagaimanapun, ini tidak menghairankan langsung dan boleh dijelaskan dengan muda. Mengapa mereka mahu mengundi parti yang tidak putus-putus memburuk-burukkan, menghina, memaki dan mengkritik mereka? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan harga diri.

BERSIH juga mahu pegawai tentera dan polis, yang tidak terbabit secara langsung dengan pilihan raya supaya mengundi menerusi proses biasa seperti mana orang awam. Mereka mendakwa pihak berkenaan tidak perlu mengundi awal. Saya tidak setuju.

Antara hari paling kritikal bagi negara ialah pada hari mengundi. Ini kerana ketiadaan pihak berkuasa awam menimbulkan pelbagai kemungkinan berlaku huru-hara dan elemen subversif. Pada hari mengundi, pasukan tentera dan polis berada di tahap berjaga-jaga paling tinggi dalam berdepan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Justeru, bagi BERSIH jelas bersikap tidak bertanggungjawab apabila mencadangkan supaya pegawai tentera dan polis meninggalkan pusat kawalan masing-masing - tidak kiralah di hutan rimba, pulau terpencil, pangkalan udara dan laut, pusat pemeriksaan persempadanan nun di pedalaman atau pusat kawalan strategik! Kesediaan anggota berkuasa kita memastikan keselamatan negara tidak boleh dikompromi.

Mungkin ada yang menganggap saya keterlaluan dalam memperkatakan soal ancaman keselamatan pada hari mengundi. Mungkin juga. Tapi kalau ia berlaku, saya lebih sanggup anggota berpakaian seragam bergegas mendapatkan pesawat Sukhoi, MiG dan F18 serta segera melancarkan kapal Frigate, Corvette dan kapal selam untuk mengekang lawan. Ia hanya boleh dilakukan jika mereka berada di pangkalan dan bukannya menghabiskan masa beratur untuk mengundi di Grik, Batang Berjuntai, Lubok Antu atau Long Pasia!

BERSIH turut mendesak supaya undi pos dibenarkan di kalangan rakyat Malaysia yang tinggal jauh (dalam negara) dari kawasan mengundi. Sebagai contoh, rakyat Sabah yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud, Sabah.

Pada pendapat saya, seseorang yang mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud tetapi memilih untuk hidup dan bekerja di Kuala Lumpur tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi Wakil Rakyat bagi penduduk Kota Belud! Dia sepatutnya mengundi memilih Wakil Rakyat di Kuala Lumpur yang lebih sesuai menangani pelbagai isu berhubung kehidupannya di bandaraya besar itu! Adalah tidak adil bagi masyarakat tempatan Kota Belud tunduk kepada kemahuan `orang luar' yang tinggal di Kuala Lumpur dalam menentukan calon pilihan sedangkan mereka yang perlu berdepan Wakil Rakyat itu setiap hari.

Lagipun, bukankah meminta lebih ramai pengundi mengamalkan undi pos bertentangan dengan tuduhan awal BERSIH kononnya sistem undi pos dilingkari masalah prosedur yang membawa kepada kemungkinan penipuan?

Menyentuh isu penggunaan dakwat kekal, SPR sudah menjelaskan secara terperinci berhubung kebimbangannya mengenai penggunaan bahan itu. Secara peribadi, kebimbangan saya mengenai dakwat itu lebih kepada sama ada ia sah dari segi undang-undang.

Apakah SPR mempunyai kuasa di bawah Akta Pilihanraya 1958 sedia ada, untuk menafikan hak seorang pengundi yang jarinya sudah bertanda dakwat selepas mengundi tetapi mendakwa jarinya dihitamkan oleh dakwat secara paksa? Apa akan berlaku jika beliau berkeras untuk mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan, tidak kiralah jarinya mempunyai dakwat atau tidak? Apakah kita akan menyaksikan suasana kacau-bilau di pusat mengundi?

Semua ini adalah persoalan mudah tetapi besar kesannya jika tidak diperhalusi dengan jelas. Itu sebabnya mengapa BERSIH wajar mencadangkan pindaan terhadap Akta Pilihanraya di Parlimen dan bukannya demonstrasi jalanan! Walau sejuta orang berpakaian kuning muncul menyertai perhimpunan jalanan sekalipun, tuntutan itu tidak boleh dipenuhi tanpa meminda Akta Pilihanraya bagi menjadikannya lebih spesifik dan jelas.

Sama juga halnya dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Kaedahnya tidak jauh berbeza dengan amalan pendaftaran pengundi sepanjang tahun. Ia juga memerlukan pindaan ke atas Akta Pilihanraya bagi membolehkan peruntukan itu dimasukkan. Bagaimanapun, jika seseorang itu berasa tidak mahu mendaftar sebagai pengundi, bukankah beliau sekadar melaksanakan hak demokrasinya? Mengapa BERSIH mahu menidakkan haknya untuk tidak mendaftar sedangkan kononnya BERSIH adalah juara hak demokrasi rakyat?

Saya tiada masalah dengan tuntutan BERSIH supaya jangka masa berkempen ditetapkan sekurang-kurangnya 21 hari. Apa yang agak pelik di pandangan saya ialah BERSIH gagal menyedari kempen tanpa henti pembangkang yang berlangsung 365 hari, 24 jam seminggu di seluruh negara sejak 2008.

Mengenai dakwaan membeli undi ketika pilihanraya, saya harap Ambiga menyedari bahawa mereka yang bakal berdemonstrasi dengan beliau pada 9 Julai kelak agak pakar dalam hal ini. Semua orang tahu di tengah-tengah kerancakan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu, Anwar Ibrahim menjanjikan 100,000 hak milik tanah kepada golongan miskin di kawasan itu (Sumber: The Malaysian Insider, 13 April 2010). Ini diikuti dengan pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk menghapuskan cukai tanah bagi rumah kedai di Hulu Selangor (Sumber: New Straits Times, 20 April 2010), selain memberi bonus berjumlah RM6,116,000 kepada semua ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Hulu Selangor (Sumber: SelangorKini Online, 21 April 2010).

Dan saya harap Ambiga tidak melupakan ibu kepada segala perbuatan membeli undi: kempen Nik Aziz yang menjanjikan syurga jika anda mengundi PAS!

Dengan pelbagai kekecohan mengenai dakwaan keraguan pilihan raya di Malaysia, saya terfikir bagaimana agaknya keadaan di negara lain. Adakah negara lain di seluruh dunia berdepan isu dan dakwaan kepincangan pilihan raya? Apakah masalah itu hanya berlaku di Malaysia?

Menerusi carian di Internet, saya dapati pada Oktober tahun lalu, Pendaftar Pemilih (ROE) di New Zealand mengeluarkan 306 nama daripada senarai pengundi yang dikesan tidak mendiami alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Di Auckland, ROE menyiasat 90 pengundi yang dikesan menetap di dua kediaman di Pembroke St dan Puhinui Rd.

Di Venezuela, Majlis Pendaftar Pemilih Nasional dimaklumkan mengenai kewujudan 39,000 pengundi berusia 100 tahun dan ke atas. Di Sepanyol, Biro Bancian Pemilih menerima aduan berhubung percanggahan dari segi pengundi di 22 pekan di Malaga dan 16 lagi di Granada.

Dan di Amerika Syarikat, aduan dikemukakan berdasarkan pelucutan hak mengundi apabila Parti Republikan didakwa `membersihkan' nama golongan Afrika-Amerika daripada senarai pengundi pada pilihan raya Presiden 2004 yang memihak kepada George Bush. Selain itu, ramai yang tidak dapat melupakan peristiwa apabila Suruhanjaya Hak Asasi Amerika Syarikat mengumumkan proses pilihan raya di Florida ketika Pilihan Raya Presiden AS 2000 dipenuhi dengan pelbagai kesilapan serius.

Kisah di atas membawa kita kepada dua perkara menarik. Pertama, dari segi statistik, seperti mana-mana pangkalan data yang besar saiznya, senarai pengundi tidak akan terlepas daripada kesilapan sepenuhnya, walaupun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Secara statistik, ia memang mustahil. Ia adalah apa yang dipanggil oleh pakar statistik sebagai ralat pensampelan dibenarkan yang tidak menjejaskan integriti keseluruhan senarai dalam apa keadaan pun. Keduanya, dalam contoh di atas, pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa pilihan raya masing-masing dan membenarkan penyiasatan dilakukan. Mereka tidak menjadikan demonstrasi jalanan sebagai penyelesaian.

Hujah terakhir saya dalam artikel ini ialah soalan buat warga Kuala Lumpur. Apakah anda bersedia menghadapi demonstrasi jalanan di tengah-tengah ibu kota sepanjang masa? Anda sedia berdepan dengan segala kesulitannya? Semua itu akan menjadi rutin jika BERSIH diberi laluan memulakannya. Anda tidak boleh membenarkan BERSIH dan menghalang yang lain daripada berarak di sepanjang Jalan Bukit Bintang setiap hujung minggu bagi memperjuangkan pendapat masing-masing. Anda akan digelar hipokrit.

0 Responses to Mari kita dengar komen tahap kepala lutut pembangkang!

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ