Sebagai anak kelahiran Guar Chempedak, tanah tumpahnya darah ibuku dan aku, aku cukup berbangga bila Guar Chempedak menjadi venue kepada salah satu tempat yang akan dilawati oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang gigih menguruskan negara singah untuk bertemu rakyat dengan menyertai Jamuna Rakyat. Dikhabarkan sebanyak 30 ekor lembu akan ditumbangkan untuk sumbangan lauk paauknya. Patutlahpun aku tengok seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Jerai cukup sibuk sepanjang minggu ini. KUBJ, Tok Mi kehulu kehilir merangka pelan rancangan aturcara majlis disertai dngan gimik yang aku yakin dapat menarik hati rakyat untuk bersama-sama Barisan Nasional dulu kini dan selamanya.
Aku juga berharap atas kesempatan ini pengisian kepada progam ini dapat memenuhi matlamat mengapa ia diadakan. Aku jga berharap YAB DSNTAR dapat meluangkan lebih sedikit masanya diJerai dalam rangka lawatannya ke Kedah pada 28h Julai nanti. Rakyat Jerai pastinya mahu bertemu secar adekat dengan Perdana Menteri Malaysia yang cukup gigih bukan sahaja menguruskan kerajaan dan negara malah menangkis serangan bertali arus oleh pembangkang yang dilihat cukup bersedia dari segi kewangan yang aku rasa bukannya satu jumlah yang kecil dan cukup menghairankan aku dari mana mereka mendapatkan sumber kewangan yang begitu besar jumlahnya.
Cuma satu sahaja pesanan aku sebagai rakyat bawahan ini. Aku nak ungkapkan dalam bahasa inggeris iaitu
Please be serious with "winnable candidate".
Kedah need this formula to win back from pr!
Najib sertai kenduri rakyat di Guar Chempedak
ALOR SETAR 24 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyertai kenduri rakyat di Guar Chempedak sempena lawatannya ke negeri ini Khamis ini.
Acara makan tengah hari masakan kampung secara bersila itu akan diadakan di padang awam Guar Chempedak dekat Jerai dan dijangka dihadiri lebih 10,000 penduduk.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Perdana Menteri dijadual memulakan atur cara dengan melawat Masjid Taman Wira Mergong di sini yang menerima peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM1.2 juta untuk diperbesarkan.
Selepas itu katanya, Perdana Menteri akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira yang terletak berdekatan masjid berkenaan dan bersarapan bersama mereka di gerai pasar tani berkenaan.
"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga akan mengadakan pasar tani mega di Taman Wira selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini sempena ketibaan Ramadan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Tambahnya, Perdana Menteri kemudiannya akan bertolak ke Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah di sini bagi menghadiri majlis bersama komuniti Cina serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut.
"Selepas itu Perdana Menteri menghadiri majlis Kenduri Rakyat di Padang Awam Guar Chempedak di mana kesemua hadirin akan duduk secara bersila semasa majlis berjalan.
"Pada majlis itu juga akan dilakukan upacara menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional (BN)," kata Ahmad Bashah.
Katanya, pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual berjumpa dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang diikuti pertemuan dengan rakan Facebook di Hotel Holiday Villa, Alor Setar.
"Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Perdana Menteri akan menghadiri majlis makan malam bersama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra.
"Orang ramai dijemput hadir bagi menghadiri majlis bersama Perdana Menteri itu," katanya.
Tahniah selamat datang PM ke Guaq Cempedak Yan Kedah