04 Julai, 2011 12:20 PM
UMNO Kedah Mula Gerak Jentera Pilihanraya
LANGKAWI, 4 Julai (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Kedah mula mengerakkan jentera pilihan raya dengan mengarah semua bahagian menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya peringkat peti undi dalam persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata penubuhan jawatankuasa sebanyak 672 peti undi di seluruh Kedah dapat diselesaikan dalam minggu pertama atau kedua bulan ini.
"Kita telah mengeluarkan arahan dan peruntukan kepada semua bahagian Umno Kedah supaya mengambil tindakan menubuhkan jawatankuasa itu", katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas badan itu di sini malam Ahad.
Beliau berkata pada masa sama, jawatankuasa peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga telah ditubuhkan.
"Bilik-bilik gerakan telah diwujudkan peringkat negeri dan bahagian dengan dilengkapi maklumat lengkap seperti pengundi dan daerah mengundi," katanya.
Ahmad Bashah berkata senarai pengundi terkini yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah diedar ke semua bahagian.
"Selain itu Jawatankuasa peringkat pusat akan melawat Kedah yang dijadual pada pertengahan bulan ini untuk melihat persiapan negeri ini," katanya.
Mengenai lawatan Najib ke Kedah pada 28 Julai ini, beliau berkata perbincangan mengenainya telah dibuat dan aturcara lawatan akan dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri untuk mendapat persetujuan.
-- BERNAMA

**Melihat kepada tajuk di BERNAMA aku juga turut berharap mana-mana Bahagian UMNO yang masih lagi belum menggerakkan Daerah Mengundi(DM) di Bahagian masing-masing segera mengujudkan Daerah Mengundi bersama-sama jawatankuasanya. Bahagian-bahagian UMNO yang stabil aku nampak sudahpun menubuhkan AJK DM masing-masing seperti Jerai dan Sik. Tetapi sejauh mana bahagian-bahagian lain telah siap dengan BilikGerakan dan AJK DM masing-masing hanya mereka yang tahu.
Tatkala BPUNK telah memalukan gendang perang, adakah seluruh Bahagian UMNO di Kedah ini masih belum selesai bertempur sesama sendiri? Adakah alunan paluan gendang mereka masih berentak yang sama dan masih lagi tidak dapat mengikut rentak gendang perang BPUNK?
Tentunya masih ada UMNO-UMNO Bahagian tertentu diKedah ini masih lagi terus mencongak formula terbaik nntuk meredakan bahang persengketaan dalaman bagi memberi fokus kepada PRU yang semakin hampir dan biarlah ianya padam agar fokus yangpaling utama tidak tersasr. Dan tatkala pemilihan dalaman UMNO-UMNO Bahagian di ishtiharkan kelak, maka gunalah waktu itu sebaik mungkin untuk membuat transformasi mengikut perlembagaan parti. Peraturan mestilah di hurmatidan di ikuti. Mana-mana institusi yang ahlinya kerap melanggar peraturan dan perlembagaan lambat laun akan berdepan masaalah yang mungkin tiada jalan penyelesaian. FIKIR!
0 Responses to GERAK JENTERA: UMNO KEDAH PERLU SERIUS!