Cara guna peruntukan dipertikai
ALOR SETAR 18 Julai – Tindakan kerajaan Pas Kedah hanya menggunakan RM54 juta daripada RM147 juta peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun lalu untuk menyelenggara jalan raya, dipertikaikan kerana peruntukan itu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.Ketua Pembangkang Barisan Nasional, Datuk Mahdzir Khalid (BN-Pedu) berkata, lebihan yang besar jumlahnya itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam tabung amanah kerana masih banyak jalan di negeri ini yang perlu diselenggarakan.
“Kenapa lebihan itu tidak digunakan, kalau ya pun lebih sebab dibelanja mengikut bajet, pihak kerajaan negeri boleh bawa semula ke dalam dewan untuk kelulusan sebagai bajet tambahan.
“Kami nak kerajaan negeri jelaskan kepada rakyat ke mana perginya peruntukan itu yang kononnya disimpan dalam tabung amanah jalan raya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Mahdzir mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang memberitahu persidangan berkenaan bahawa lebihan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kedah untuk menyelenggara jalan raya bagi 2010 dimasukkan ke dalam tabung amanah.
Azizan (Pas-Sungai Limau) berkata, ini kerana peruntukan yang dikeluarkan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini adalah berdasarkan bajet yang telah dipersetujui dalam dewan.
Kata Azizan, kerajaan negeri tidak boleh membelanjakan wang berkenaan sesuka hati walaupun lebihannya masih banyak, sebaliknya perlu mengikut bajet yang telah diluluskan.
“Kita tak pernah ubah (cara belanja)... kita belanja macam mana kerajaan dulu juga belanja,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (BN-Bakar Bata) yang mempersoalkan lebihan peruntukan oleh Kerajaan Pusat itu.
Terdahulu ketika menjawab soalan daripada Ahmad Bashah, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kerajaan negeri menerima peruntukan RM147.6 juta bagi 2010 untuk menyelenggara jalan, namun daripada jumlah itu hanya RM54.3 juta digunakan dan ia berdasarkan bajet yang telah diluluskan.
“Bagi 2011, sebanyak RM73.8 juta peruntukan diterima dan sehingga Mei 2011 sebanyak RM21.4 juta telah digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri perlu lebih telus dalam perkara tersebut kerana rakyat berhak mengetahui ke mana perginya baki wang itu yang mencecah hampir RM100 juta.
“Banyak aduan mengatakan jalan-jalan raya tidak diselenggara dan berlubang-lubang tetapi duit yang disediakan Kerajaan Pusat tidak digunakan untuk membaiki jalan maka kita persoalkan di mana duit baki itu” katanya.
Fakta:
Kerajaan Pusat cukup bermurah hati(generous) apabila memperuntukan sejumlah RM147 juta untuk penyelenggaraan jalanraya negeri. Manakala untuk jalan-jalan persekutuan masih ditanggung oleh Kerajaan Pusat. Tetapi kerjaan negeri telah menyimpan baki berjumlah RM93,219,505.57
Manakala untuk tahun 2011, dari peruntukan berjumlah RM 73.8juta, masih ada RM 52.4 juta berbaki. Jumlah dana untik kedua-dua tahun berkenaan ialah RM 145.62 juta masih disimpan. Apakah tujuan sebenar mereka menyimpan wang berkenaan sedangkan ia adalah wang yang perlu disalurkan untuk kesejahteraan rakyat?
Bayangkan jika faedah simpanan mengikut keadaan semasa ialah 2.75% sebulan, setiap bulan sebanyak lebih kurang RM 3 juta dapat di perolehi. Jika benar, apakah tujuan sebenar mereka adalah untuk memperolehi faedah keatas wang yang di simpan dalam sebuah tabung amanah yang di beri nama Tabung Amanah Jalanraya(atau Tabung Amanah Pilihnaraya sebenarnya?)
Adilkah membiarkan keadaan jalanraya-jalan raya negeri terus dalam keadaan buruk lagi berlubang-lubang hanya kerana ingin mengejar dan menikmati perolehan dari kadar faedah yang di berikan oleh bank-bank?
Mengenai keujudan TAJraya yang baru sahaja di ketahui ketiak sidang dewan. Pengumuman oleh kerajaan negeri mengenai keujudan TAJraya ternyata mengejutkan banyak pihak terutamanya rakyat Kedah. Sekrang, mereka tertanya-tanay siapakah di belakang TAjraya? Berapa ramaikah Lembaga pemegang amanah serta pengarah-pengarahnya? Berapakah elaun yang terpaksa di keluarkan setelah ujusnya apa yang di katakan TAJraya ini? Betulkah tujuan TAJraya ini atau hanya wayang untuk TAPraya? Hanay kerajaan pr Kedah yang dapat menjawabnya.
Geli hati bila dengar dia asyik kata "Tabung Amanah, Tabung Amanah"..
Mereka tak faham Budget agaknya, bagaimana nak ada Tabung Amanah jika jalan berlobang sana sini, sebab tu diberi peruntukkan untuk baiki jalan supaya rakyat tak tersembam.
Mungkin MB tak diberi taklimat keadaan jalan raya yang perlu diperbaiki.
Belanja berhemah kerajaan berkebajikan.....
Minta rakyat kedah bagi sumbangan setiap keluarga RM1.00 sebulan untuk baiki jalan rosak dan untuk isi tabung amanah MB sebagai persediaan PRU ke-13.....
Sebelum ni tak pula dengar ada tabung amanah MB...bila PAS jadi kerajan ada tabung amanah MB...
Negeri lain macam mana ada ke.....
Anon....tabung dpepa ni selalnya akan pecah bila dekat nak raya....ya, raya, tak kiralah raya posa ka, raya hajika waima pilihanraya. Tapi pasai jalan raya depa tak kalut, pasai dah pecah.
AQ,
lepas ni bolehlah depa jaja:
Jangan tanya apa yang negeri boleh beri pada rakyat, tetapi bertanayalah apa yang rakyat boleh beri pada negeri!