Andaian aku.
Mari kita lihat sequel cerita Mat Sabuhong, timbalan presiden(malangbetul parti) pasrael.
Kenyataan akhbar dalam haramkah online secara tergesa-gesa, surathabaq depa punya sendiri:
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.
Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
Kenyataan akhbar dalam haramkah online secara kelam-kabut, juga dalam surathabaq depa sendiri punya:
Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.
Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.
Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.
Ini pula kenyataan secara kalut-malut oleh timbalan presiden bertaraf pelawak sarkas:(Kaldaian Daily)
“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”
“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.
Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.
” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.
Ini satu lagi versi jawapan Mat Sabuhong yang juga cukup caca-marba sunggoh!(KL Today)
Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.
” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.
Maka menurut pandangan aku, Mat Sabuhong sebenarnya tahu akan akibat yang bakal diterima setelah beliau mengambil keputusan untuk melanggar arahan kerajaan serta menderhaka kepada titah DYMM SPD YDP Agong yang mahukan rakyat menghindari perhimpunan haram. Tetapi kerana ,ahu terus popular, beliau mencari kaedah tertentu yang berpendekatan populis. Sudah tahu dirinya antara yang dilarang memasuki bandaraya Kuala Lumpur, mengapa beliau berdegil juga? Dan tentunya beliau cukup berakal untuk mengjangkakan risiko yang beliau perlu hadapi, jadi mengapa memilih penunggang motorsikal yang tidak terlatih? Beliau sepatutnya mengupah penungang motorsikal yang professional, ini aku rasa mesti setakat darjat MAT REMPIT yang telan BUTANG ni.
Atau mungkin juga penunggang ini telah menipu resumee nya semasa menawarkan diri untuk menjadi penunggang kepada Mat Sabuhong sebelum Mat Sabuhong berbohong pula kepada rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia. Tetapi ujntuk menutup malu akan kelemahan penunggang motorsikal yang dibncengnya, maka tangannya segera dituding kepada PDRM, sebab itulah beliau begitu tergesa-gesa membuat kenyataan, sekejap teraklah , sekejap land rover lah, sekejap lagi pajerolah pula, aleh-aleh proton waja akhirnya menjadi mangsa pembohonganprotege kepada ALJUBURI itu.
Dan diakhir skrip yang disediakan oleh mentornya yang juga cukup pintar sehingga bergelar MAHARAJA PENIPU, Mahkamahlah yang menjadi pentas untuk beliau terlompat kesana-kemari ketika di tempatkan dikandang yang sepatutnya mengandang kes liwat ALJUBURI.
Betul ke Mat Sabuhong ni nak saman PDRM???
Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.