SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PELURU UNTUK PEMBANGKANG TERSEDIA DI N9.

Posted by Detguaq2 Saturday, March 5, 2011



Akhirnya mahkamah 'kerajaan zalim lagi berat sebelah' telah membuat keputusan.  Tentunya pihak pembangkang akan tetap memutarbelitkan kenyataan mereka selepas ini dengan lontaran kata-kata yang negatif bercampur nistahinaan terhadap parti UMNO apabila ADUN Lenggeng telah didapati bersalah menerima rasuah dari seorang lelaki INDIA yang menjalankan perniagaan menjual pasir.


Sekali lagi berlaku di mana individu yang tidak dapat mengawal nafsu terus memalitkan lumpur persepsi kepada parti.  Tetapi sudah pasti seluruh partilah yang akan dapat kesan langsung dan mendalam dalam hal ini, kerana individu itu hanya akan hilang jawatan, elaun wakil rakyat dan pencennya sekali.  Dia tidak akan kehilangan maruah diri dan harga moral kerana dia tidak ada kedua-duanya.  Dan UMNO/BNlah yang wajar mempertahankan harga diri dan nilai moral sebilangan besar ahli-ahlinya yang tidak tahupun transaksi di antara ADUN berkenaan dengan lelaki INDIA tersebut malah tiada ketika kejadian berkenaan kecuali mungkin konco-konco dari kedua-dua belah pihak serta pegawai-pegawai dari SPRM

Terperangkap atau sengaja masuk perangkap?  Itu bukan lagi alasan kerana nasi sudah menjadi bubur, roti sudah berkulat, gulai sudah basi.  Yang penting sekarang ialah pemipmin-pemimpin UMNO/BN sudah kena mengenapasti 'winnable candidate' dengan seberapa pantas tetapi berhati-hati.

Walaupun hukuman hanya akan di jatuhkan pada 1hb April nanti, meneliti kembali maklumat berkenaan kes, aku sungguh terkejut dengan sikap individu bernama Mustafa Salim ini, kerana begitu rapuh mengalah terhadap nafsunya sehinggakan begitu gopoh dalam tindakannya.  Bayangkan bagaimana seorang yang baru beberapa bulan di anugerahkan Allah dengan kemenangan ketika bertanding dalam pilihanraya dan kemudianya Allah beri sedikit kuasa terus melahap duit yang sumbernya adalah rasuah. Bukankah sudah ada elaun sebagai YB, bukankah sudah ada peruntukan sekiranya ingin memnbei khidmat kepada rakyat setempat, bukankah ada jabatan-jabatan tertentu dari kerajaan negeri dan persekutuan untuk membantu untuk menyelesaikan setiap aduan dan masalah rakyat yang timbul?  Sebagai YB kepada DUN yang kerajaan negeri dan persekutuan dari parti yang sama tentunya segalanya mudah dan lancar, lainlah jika dia menjadi YB kepada DUN negeri yang kalah dan kini di terajui oleh parti lawan seperti di Kedah ini yang menjadikan setiap langkah kelihatan sumbang kerana pentasnya tinggi rendah di buatnya oleh parti lawan.

Nampak begitu jelas di sini, bukan parti yang menjadikan diri kita JAHAT, tetapi nafsu kita sendiri yang memandu kearah kejahatan.  Semuga jika berlaku PRK di Lenggeng nanti parti UMNO/BN segera dapat membersihkan imej parti dengan menampilkan calon yang bukan sahaja kelihatan bersih, tetapi sememangnya bersih.

____________________________________________________________________________________

ADUN Lenggeng bersalah




RASAH 4 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim (gambar) didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor bagi mendapatkan permit menjual pasir, dua tahun lalu.
Mustafa, 52, yang memakai kot berwarna hitam nampak tenang di kandang tertuduh sementara isteri dan beberapa penyokongnya di galeri awam kelihatan menggelengkan kepala apabila keputusan dibacakan oleh Hakim Amran Jantan.
Dia didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada M. Manimaran di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.
Mustafa yang dipilih sebagai ADUN Lenggeng pada 2008 didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk mengeluarkan permit menjual pasir kepada pengadu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Amran menetapkan 1 April ini untuk menjatuhkan hukuman.
Mahkamah bagaimanapun membebaskan Mustafa daripada dua lagi tuduhan meminta wang daripada pengadu melalui orang tengah berjumlah RM2,000 dan RM3,000 di Lot 1321, Mukim Pantai pada 28 Ogos 2008 serta di pejabat SPRM di Jalan Dato’ Kelana Makmur pada 30 Ogos 2008.
Terdahulu, Amran berkata, tertuduh yang memberi keterangan bersumpah mendakwa dia tidak menerima atau meminta wang itu daripada pengadu dan juga memberitahu bahawa kedatangannya di restoran tersebut disalaherti oleh pengadu.
‘‘Bagaimanapun, seorang saksi pendakwaan yang juga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berada di lokasi kejadian mendengar perbualan mereka mengenai surat sokongan untuk mendapatkan permit menjual pasir dan besi buruk.
‘‘Keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh pengadu dalam kes ini,’’ katanya.
Ujar Amran, tertuduh juga mendakwa tidak mengambil dan hanya menyentuh wang RM2,000 dalam satu sampul surat yang diletakkan di atas meja oleh pengadu serta memberitahu bahawa dia tidak selesa dengan tindakan pengadu tersebut.
‘‘Namun satu rakaman video menunjukkan tertuduh masih duduk ditempat duduknya dan dia juga dilihat berbual dan ketawa sambil menghisap rokok.
‘‘Tindak-tanduk tertuduh menunjukkan dia gagal memberi penjelasan yang jujur,’’ ujarnya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Kevin Morais manakala Mustafa diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya dan Feisal Mustapha.

0 Responses to PELURU UNTUK PEMBANGKANG TERSEDIA DI N9.

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO